Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Thursday 29 February 2024

16 Tempat Menarik Di Seoul Korea Selatan Yang Wajib Dilawati

Seoul, ibu negara Korea Selatan, merupakan sebuah bandaraya metropolis yang sarat dengan arus pemodenan meliputi bangunan pencakar langit, keretapi berteknologi tinggi dan budaya k-pop serta k-drama. Walau bagaimanapun, warisan budaya seperti istana-istana lama dan pasar-pasar tradisional masih dijaga dengan baik dan menjadi tarikan pelancong sehingga ke hari ini, menjadikan Seoul sangat menarik untuk dilawati.

Berikut adalah senarai 16 tempat-tempat menarik tumpuan pelancong di Seoul (susunan berdasarkan pengalaman admin sendiri).


16. BUKCHON HANOK VILAGE

Terletak di antara Istana Gyeongbokgung dan Changdeokgung, Bukchon Hanok Village ini merupakan kawasan perumahan tradisional (Hanok) penduduk Seoul. Terdapat beratus-ratus Hanok di kawasan ini menjadikannya antara tempat tumpuan pelancong terutama bagi mereka-mereka yang meminati senibina dan fotografi.

Di sini juga terdapat 8 photo spot locations untuk panduan pelancong untuk mendapatkan hasil gambar terbaik. Tapi awas, oleh kerana ini adalah kawasan kediaman, anda diingatkan untuk tidak membuat bising sehingga boleh menggangu ketenteraman penduduk di sini.

Waktu Operasi : Sepanjang tahun

Cara ke Bukchon Hanok Village : 
Seoul Subway Line 3, Anguk Station exit 3 (untuk ke 1st and 2nd photo spots location) atau exit 2 (untuk ke 3rd to 8th location)













Terdapat banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan menyewa Hanbok iaitu pakaian tradisional Korea.










15. NAMDAEMUN MARKET

Namdaemun Market merupakan pasar tradisional terbesar di Korea dengan lebih 1,700 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan merangkumi pakaian, barangan harian, peralatan dapur yang terdiri daripada produk-produk buatan tempatan dan juga yang diimport. Kebanyakan kedai-kedai di sini mempunyai kilang-kilang mereka sendiri atau membuat produk itu sendiri yang membolehkan mereka menjualnya kepada pengunjung pada harga yang sangat murah.


Photo credit : Namdaemun Market official website








Ada juga sebuah kedai halal di Namdaemun yang menjual kebab.




Waktu Operasi : 11.00pm - 6:00am (pemborong) , 7:00am - 5:00pm (kedai biasa). Tutup pada hari Ahad.

Cara ke Namdaemun Market : 
Seoul Subway Line 4, Hoehyeon Station exit 5 atau 6 (satu stop dari Myeongdong Station)



14. SEOUL CENTRAL MOSQUE

Seoul Central Mosque yang terletak di Itaewon, merupakan masjid yang terbesar di Korea Selatan. Pejabat Korea Muslim Federation terletak di aras satu, manakala di tingkat dua adalah tempat solat bagi lelaki dan di tingkat tiga adalah tempat solat bagi wanita.





Cara ke Seoul Central Mosque : 
Seoul Subway Line 6,  Itaewon Station Exit 3. Jalan straight kemudian belok kanan di Usadan-ro Street. Teruskan perjalanan mendaki jalan berbukit kemudian belok ke kiri di Usadan-ro 10-gil street. Jalan terus sehingga nampak gerbang masjid di depan anda.


13. MAKANAN HALAL DI ITAEWON

Itaewon juga merupakan tempat wajib bagi pengunjung Muslim kerana di sini terdapat pelbagai restoran yang menyediakan makanan halal untuk pelancong dan warga setempat yang beragama Islam. Antara restoran yang popular di Itaewon di kalangan pelancong Malaysia adalah Eid dan Manis Kitchen yang menyediakan pelbagai masakan Korea yang halal. Selain itu terdapat juga banyak pilihan restoran yang berasaskan masakan Timur Tengah.

Di Itaewon ini juga terdapat Foreign Food Mart yang menjual barangan keperluan harian.








The Halal Guys


Interior The Halal Guys






Cara ke tempat makanan halal di Itaewon : Seoul Subway Line 6,  Itaewon Station exit 3


Ada juga restoran halal dekat dengan Itaewon iaitu Jipbap Kimseonsaeng. Semua makanan sedap-sedap terutama Dak-Gang-Jeong (Sweet Soy Sauce Chicken) dan Beef Bulgogi. Gambar nanti saya akan upload kemudian sebab saya masih di Seoul masa saya menulis ini.

Cara ke sana : Noksapyeong Station exit 3.

Tips : Kalau ke sini, boleh la ke Noksapyeong Bridge sekali, tempat filming location Itaewon Class.



12. N SEOUL TOWER

N Seoul Tower atau juga dikenali sebagai Namsan Tower, adalah sebuah menara komunikasi dan pemerhatian terletak di Namsan Mountain di pusat bandar Seoul. Ia dibuka kepada orang ramai pada 15 Oktober 1980 dan sejak itu telah menjadi tarikan utama pelancong sehingga sekarang.

Di bahagian atas N Plaza, terletaknya Roof Terrace iaitu dek kayu yang luas dimana beribu-ribu padlocks dilekatkan pada oleh pasangan-pasangan kekasih bagi melambangkan kasih sayang abadi mereka. Ia juga tempat yang paling strategik untuk menikmati keindahan Seoul dan masa yang paling sesuai untuk ke N Seoul Tower ini adalah pada waktu matahari terbenam.

N Seoul Tower juga sering menjadi lokasi penggambaran untuk k-drama, di antaranya drama popular Boys Over Flower dan My Love from The Star.

Waktu Operasi : Setiap hari dari 10.00 am - 12.00am (Observatory Tower 30 minit sebelum tutup)




















Cara ke N Seoul Tower :

1) Menaiki Shuttle Bus no 02 dan 05 dari Chungmuro Station exit 2
2) Shuttle Bus no 05 dari Myeongdong Station exit 3;  
3) Shuttle Bus no 03 dari Itaewon exit 4 dan Seoul Station exit 9;
4) Menaiki Cable Car : Dari Myeongdong Station exit 3, jalan lebih kurang 10-15 minit ke arah sebelah kanan Pacific Hotel. 
5) Menaiki Seoul City Tour Bus


11. GAROSU-GIL atau SAMCHEONDONG

Kedua-dua tempat ini tidak banyak berbeza makanya saya berikan kedudukan yang sama.

i) Garosu-gil

Nama Garosu-gil adalah berasal dari perkataan Korea yang bermaksud jalan yang dipenuhi dengan deretan pokok-pokok dan diberi nama sebegitu kerana kawasan ini dihiasi dengan pokok-pokok ginkgo. Masa yang paling menarik untuk ke sini adalah pada musim luruh dimana daun pokok-pokok gingko ini akan berukar warna kepada kuning keemasan.

Kawasan ini juga terkenal dengan  galeri, restoran, bar, kafe , serta butik pakaian dan bangunan-bangunan dengan seni reka bentuk yang menarik.

Tips : Jika ingin melihat pokok-pokok gingko yang bewarna kuning keemasan di Garosu-gil , boleh lah datang pada penghujung autumn iaitu minggu-minggu terakhir pada bulan November.










Cara ke Garosu-gil : 
Seoul Subway Line 3,  Sinsa Station Exit 8. Jalan straight dalam 800m kemudian belok ke kiri.


ii) Samcheong-dong


Samcheongdong-gil adalah kawasan yang terdiri daripada lorong-lorong sempit yang menghubungkan pintu masuk utama ke hanok village di Jongno. Ia yang terletak di antara Gyeongbokgung Palace dan Bukchon Hanok Village, menawarkan keharmonian antara seni moden dan  struktur tradisional. Jalan utama di Samcheong-dong ini dipenuhi dengan kafe menarik, kedai-kedai antik dan galeri.









10. COEX

Bagi peminat k-pop khasnya telah mengetahui yang S.M. Entertainment merupakan salah satu daripada syarikat hiburan gergasi di Korea Selatan.

Pada 14 Januari 2015, S.M Entertainment telah membuka secara rasmi SMTOWN yang terletak di COEX Artium. Ia terdiri daripada SMTOWN STUDIO, ruang maya yang menawarkan pengunjung merasai pengalaman sebenar sebagai artis S.M. Entertainment, SMTOWN LIVErary CAFÉ, kedai menjual barangan cenderahati dari artis-artis S.M Entertainment. Terdapat juga SMTOWN THEATRE yang mempunyai Panavision skrin besar di mana pengunjung boleh menikmati hologram dan persembahan secara langsung.

Waktu Operasi : Setiap hari dari 11:00-22:00.












Kalau dah ke sini, boleh juga singgah ke Starfield Library yang terletak di tengah-tengah Central Plaza di dalam Starfield COEX Mall. Dibuka setiap hari dari 10.00am hingga 10.0pm.






Cara ke SM Town @ COEX Artium : 
Seoul Subway Line 2,  Samseong Station Exit 5 atau 6


9. DONGDAEMUN

Tidak sah kalau ke Seoul jika tidak singgah ke Dongdaemun.

Dongdaemun yang terkenal sebagai syurga beli-belah kepada pelancong terutamanya, terbahagi kepada dua bahagian iaitu Seksyen 1 yang terletak di  di sekitar Doosan Tower manakala Seksyen 2 pula di sekitar Dongdaemun Design Plaza and Park.

Pusat membeli-belah yang besar di Seksyen 1 pada dasarnya menjual barangan borong dan runcit, tetapi kebanyakannya berurusan dengan pelanggan pada harga runcit. Pusat membeli-belah utama adalah Doosan Tower, Migliore dan Hello APM.

Waktu operasi : Dari 10:00 pagi - 5:00 pagi pada hari berikutnya. Sesetengah kedai tutup pada hari Ahad.




Di DDP juga terdapat LED Rose sebagai salah satu tarikan pelancong. Untuk ke sini, sila gunakan exit 1 dari Dongdaemun History and Culture Park station.










Note: Ada rumours mengatakan yang Doota Duty Free Mall akan ditutup tidak lama lagi.

Cara ke Dongdaemun : 
(Seoul Subway Line 1, 4) Dongdaemun Station Exit 8 atau 9
(Seoul Subway Line 2, 4 & 5) Dongdaemun History & Culture Park Station exit 1 (Dongdaemun Design Plaza area) dan exit 14 (shopping malls area)



8. GYEONGBOKGUNG PLACE dan NATIONAL FOLK MUSEUM of KOREA

Gyeongbokgung Palace merupakan istana yang utama dan terbesar daripada lima Grand Palaces yang dibina oleh Dinasti Joseon. The National Palace Museum of Korea terletak di selatan Heungnyemun Gate manakala National Folk Museum terletak di arah timur Hyangwonjeong Pond.

Pada masa dahulu, pengawal diraja Dinasti Joseon ditugaskan untuk menjaga Gwanghwamun Gate, pintu masuk Gyeongbokgung Palace. Kini, pengunjung boleh merasai pengalaman Change of Guards Ceremony yang dijalankan setiap hari (kecuali pada hari Selasa) pada pukul 10:00am dan 2:00pm selama 20 minit.


Waktu Operasi : 
November-February 09:00-17:00
March-May 09:00-18:00
June-August 09:00-18:30
September-October 09:00-18:00
Tutup pada setiap hari Selasa














Cara ke Gyeongbokgung Palace :
Seoul Subway Line 3, Gyeongbokgung Palace Station exit 5



Tips: Jika sudah selesai melawat Gyeongbokgung Palace, bolehlah berjalan kaki ke Gwanghwamun Square dan Cheongyecheon Stream yang terletak berhampiran.
















Biasanya setiap tahun pada awal hingga pertengahan November, Seoul Lantern Festival akan diadakan di sini.








7. LOTTE WORLD 

Lotte World merupakan indoor theme park terbesar di dunia. Terletak di Jamsil, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu indoor Adventure theme setinggi 4 tingkat yang sesuai untuk anak-anak kecil. Manakala Magic Island theme yang terletak di sebelah luar berhampiran Tasik Seokchonhosu pula lebih sesuai untuk pengunjung dewasa.

Waktu Operasi :Isnin - Khamis dari 9:30 a.m. hingga 10 p.m., Jumaat - Ahad dari 9:30 a.m. to 11:00 p.m











Note : Hard Rock Cafe Seoul yang Sebelum ni terletak di aras 5 di Lotte World Mall iaitu bersebelahan Lotte World telah ditutup for good ya guys.




Harga tiket untuk naik ke Lotte World Tower Seoul Sky adalah lebih kurang RM70 seorang.




Cara ke Lotte World dan Lotte World Tower :
Seoul Subway Line 2 dan 8 , Jamsil Station exit 3.


6. INSADONG

Insadong Street menjangkau lebih 700 meter antara Anguk-dong Rotary dan Tapgol Park. Ia merupakan tempat yang unik penuh dengan kedai menjual barangan kraftangan Korea terutamanya di Ssamziegil, kedai-kedai tembikar dan lukisan. Di sini juga terdapat banyak restoran tradisional and tea houses.

Pelbagai acara seni dan festival sering diadakan di sepanjang jalan yag menawarkan peluang bagi pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam seni dan kebudayaan tradisional Korea. Setiap Sabtu dari 2:00pm hingga 10:00pm dan Ahad dari 10:00am hingga to 10:00pm, jalan utama di Insadong ini akan ditutup kepada kenderaan dan bertukar menjadi kawasan bagi mempamerkan budaya Korea.









Ssamziegil





Cara ke Insadong :
Seoul Subway Line 3, Anguk Station exit 6


5. EVERLAND THEME PARK

Everland adalah taman tema terbesar di Korea Selatan yang terletak di Everland Resort di Yongin, sebuah bandar di Gyeonggi-do (kira-kira 40 minit masa perjalanan dari Seoul). Ia menerima kira-kira 7.3 juta pengunjung setiap tahun dan pada tahun 2014, ia berada di kedudukan ke-16 di dunia untuk kehadiran pengunjung paling ramai.

Taman tema ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land dan American Adventure. Di sepanjang tahun pula, Everland menganjurkan pelbagai festival dengan tema-tema yang menarik seperti dalam kisah dongeng.

Snow Festival (January - February)
Tulip Festival (March - April)
Rose Festival (May - June)
Summer Splash (June - August)
Chistmas Fantasy (November - December)







Tulip Festival in March.











Chistmas Fantasy Theme in November.















Note : Di Everland ini juga ada disediakan sebuah surau untuk bersolat, terletak di bersebelahan Mystery Mansion. Turun dari Sky Way, jalan ke arah kiri...







Cara ke Everland :

1) Keluar je exit 10 (previously exit 6) dari Gangnam station terus je jalan straight sampai jumpa Who.A.U. Bus stop bus no 5002 untuk ke Gangnam kat depan kedai ni. Kalau sampai situ nampak ada orang beratur line panjang, terus je ikut beratur. Tu ramai-ramai semua nak ke Everland la tu..

2) Kepada mereka-mereka yang travel beramai-ramai, disarankan agar menggunakan khidmat travel agent. There are several pick up locations you can choose based on your preferences.

Untuk membaca tentang pengalaman saya dan tips-tips sebelum ke Everland, sila klik sini .



4. MYEONGDONG

Pada 2011, 2012 dan 2013, Myeong-dong tersenarai sebagai shopping street yag ke-9 termahal di dunia. Di sini terdapat pelbagai kedai-kedai menjual barangan buatan Korea dimana ia didominasi oleh kedai-kedai menjual produk barangan kecantikan terkenal seperti Nature Republic, Tony Moly dan sebagainya .




Ada banyak tempat makan halal di Myeongdong sekarang. Kami pernah makan nasi goreng di Yoogane pada 2013 (yang ni saya dah tak recommend lagi sebab 2016 nampak ada Ham pada menu jadi agak was-was). Sekarang kami lebih prefer makan di restoran Busan Jib atau Kampungku jika di Myeongdong .




Sedap gila dish bulgogi ni!


Makan di sini bila dah tak lalu lagi nak makan makanan Korea. Ni biasanya time dah nak dekat penghujung trip.

Dengan luggage bagai sebab baru sampai dari Tokyo







Bersebelahan Kampungku Restaurant pula terdapat Kampungku Mart, yang menjual barang-barang keperluan seperti makanan halal yang boleh juga dijadikan souvenir.










Di depan Kampungku Seoul Restaurant ini pun terdapat sebuah gerai menjual Bubble Tea halal. Dah jadi tempat persinggahan wajib untuk anak-anak saya setiap hari semasa trip kami yang terbaru pada November 2019 walaupun pada masa tu cuaca agak sejuk.











Street foods pun senang didapati di Myeongdong. Cuma sekarang ni tidak ada lagi tanda halal pada gerai-gerai ni. Mungkin kerana sebelum ni terdapat berita yang tular di sosial media yang meragui akan status halal gerai-gerai ni. Tapi bagi saya terpulang pada diri masing-masing jika mahu makan atau tidak. Lagipun dah banyak pilihan makanan halal di Seoul sekarang, tak sukar macam dulu. Jadi kalau tak mahu beli makanan yang di sini pun tak mengapa kot. Saya sekeluarga pun hanya pilih makanan yang kami rasakan dari sumber-sumber yang tidak mengandungi apa-apa bahan yang meragukan.










Cara ke Myeongdong :

Myeongdong Station exit 7 (I prefer this exit sebab ada escalator hehehe). Untuk ke Kampungku Restaurant dan Mart, sila gunakan exit 3.

Tips

Awal March 2019, saya melawat Seoul lagi dan kali ini kami sekeluarge menetap di Step Inn Myeongdong 1. Walaupun biliknya agak kecil, tetapi lokasinya yang terletak betul-betul di tengah Myeongdong dan di antara dua subway stations membuatkan tempat ini saya recommend untuk budget traveler yang plan untuk stay jika ke Seoul nanti. 
Jika mampu, Prince Hotel atau Pacific Hotel terletak berdekatan dengan Myeongdong Station dan tempat makanan halal. Jika anda memilih untuk menginap di Airbnb, cari yang berdekatan dengan kedua-dua hotel ini.


3. SEOUL OLYMPIC PARK





Tempat ini saya sangat-sangat recommend untuk dilawati pada musim luruh (autumn)!




Dengan keluasan kira-kira 1.45 juta meter persegi, Olympic Park ini dibahagikan kepada beberapa zon, termasuk taman sukan rekreasi, taman seni kebudayaan, taman eko, dan tempat untuk pelawat mendalami sejarah warisan Korea, selain  merasai semangat Olimpik yang pernah diadakan di Korea Selatan pada tahun 1988.

Laluan yang disyorkan untuk pelawat :

Photo credit koreatodo.com

Lakeside Lane: Peace Square → Gommal Bridge → Soma Museum of Art → Peace Square

Fortress Lane: Mongchon Fortress circuit

Memory Lane: Gommal Bridge → Mongchon Fortress center → Mongchon Hut Site → Wild Flower Garden → Mongchon Fortress circuit → Picnic Place → Gommal Bridge

Lover’s Lane: Gommal Bridge → Mongchon Fortress center → Seoul Historiography Institute → 88 Square → Cafeteria → Mongchon Fortress center → Picnic Place → Soma Museum of Art → Peace Square → Gommal Bridge

Youth Lane: Bicycle circuit

Nota : Peta di atas ni sangat berguna untuk dijadikan panduan untuk meneroka Olympic Park.


Sebagai permulaan, untuk melihat deretan pokok gingko yang bewarna kuning keemasan sila turun di stesen Mongchontoseong dan keluar di exit 1. Terdapat ratusan pokok gingko yang memukau di sepanjang laluan ini sehingga ke Rose Plaza.









Jika melalui World Peace Gate, anda akan menemui mercu tanda ini dahulu.








Untuk melihat Pink Muhly Grass, jalan ke arah Dialogue Sculpture .



Kemudian anda akan menemui tangga ni. Perlu ada keazaman yang cukup kuat untk memanjat tangga yang begitu tinggi ni dulu ya.







Dalam perjalanan keluar menuju ke Rose Plaza, terdapat pokok-pokok yang bewarna-warni di sepanjang laluan ni.







Di Rose Plaza, terdapat ribuan pokok mawar ditanam di sini.













Wild Flower Garden







The Thumb




Nota : Kerana Olympic Park sangat besar dan mengambil masa tiga jam untuk diterokai, pelawat dinasihatkan untuk membiasakan diri dengan pintu masuk dan keluar, serta membawa peta sebagai rujukan.

Waktu Operasi: 05:00–22:00 (Plaza area sehingga 24:00). Dibuka setiap hari, masuk percuma.


Cara ke Seoul Olympic Park :

Mongchontoseong Station ( Line 8), Exit 1 (keluar betul-betul di depan World Peace Gate).
Olympic Park Station (Line 5), Exit 3 (keluar di The Thumb, hampir dengan Rose Plaza).


2. NAMI ISLAND

Menurut sejarahnya, Pulau Nami yang berbentuk seperti  bulan sabit ini telah terhasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong. Menurut sumber, ia merupakan kubur General Nami, yang mengetuai kemenangan yang besar terhadap pemberontak dalam tahun ke-13 raja-7 Dinasti Joseon, King Sejo (pemerintahan 1455 ~ 1468).

Satu ciri khas Pulau Nami ini adalah bahawa tidak mempunyai tiang telefon. Ini kerana semua wayar elektrik telah dibina di bawah tanah untuk mengekalkan landskap asal pulau ini.












Sekarang terdapat restoran berstatus halal di Nami Island ini iaitu Dongmun atau lebih dikenali sebagai Asian Cuisine Restaurant. Ia menyajikan pelbagai makanan Korea yang sering kita lihat dalam drama-drama Korea.








Jajangmyeon










Update : Pada Disember 2017, Alhamdulillah saya sekeluarga berpeluang travel ke Korea untuk kali ke 3. Nak rasa winter lah pulak kononnya. Mula-mula tu tak pasti samada nak ke Nami Island lagi sebab sebelum ni memang tak pernah miss ke sana. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi juga sekali lagi.

Turned out, it was the best decision that we make.... Ya Allah! Cantiknya pemandangan di Nami masa winter ni, macam dalam fairytale! Magical!


Travelog Kembara Orang Johor


















Bonus : Dan kalau sudah ke Nami, saya sarankan untuk singgahlah juga ke Petite France sebelum pulang ke Seoul.

Note: Jika semata-mata untuk ke Petite France sahaja tanpa ke Nami, pada pendapat saya not worth your time and  money. But hey, that's just my two cents. It's all up to you guys to decide.














Cara untuk ke Nami Island : Saya lebih gemar menggunakan perkhidmatan keretapi laju ITX dar Cheongnyangni station dan turun di Gapyeong Station. Kemudian, tunggu Gapyeong City Tour Bus di bus stop depan Gapyeong Station, tak payah lintas jalan... Fares dalam lingkungan KRW5000 per adults /KRW3000 per child.

Btw, ticket bas ni boleh digunakan lagi untuk perjalanan ke Petite France dan kemudiannya ke Cheongpyeong train station (lebih hampir dengan Petite France berbanding Gapyeong station) untuk menaiki ITX pulang ke Seoul.


1. SKI RESORT

Jika anda ke Seoul waktu musim sejuk, jangan ketinggalan untuk melawat ke salah satu ski resorts yang banyak terdapat di Korea ini, samada untuk belajar cara berski atau sekadar untuk menikmati pemandangan dan merasai salji sebenar.

Berikut adalah ski resorts di sekitar Korea yang kami sekeluarga pernah lawati.


i) Yongpyong Ski Resort

Biasanya pada musim sejuk Yongpyong Ski Resort ini akan dibuka pada akhir bulan November setiap tahun. Manakala ia merupakan salah satu ski resort yang ditutup paling lewat iaitu sekitar pertengahan bulan Mac.

Yongpyong Ski Resort terletak di Pyeongchang, Gangwon-do (kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan dari Seoul). Ia merupakan antara tempat ski yang terbaik di Korea Selatan. In fact, it is the biggest ski and snowboard resort in Korea. Fyi, the International Olympic Committee (IOC) has selected Pyeongchang as the host city of the XXIII Olympic Winter Games in 2018.

Ski Resort ini lebih sesuai untuk mereka yang ingin belajar atau sudah mahir bermain ski. Jika menggunakan khidmat travel agent, tempat ini sesuai untuk keluarga atau kumpulan yang ramai.














Sesuai untuk hiking


Cara ke Yongpyong Ski Resort : Lebih mudah book dengan Klook.

Selain itu, untuk ke sini anda boleh juga menggunakan perkhidmatan keretapi Gangneung KTX (Pyeongchang Bullet Train yang beroperasi bermula Disember 2017 sempena  XXIII Olympic Winter Games) dan turun di Jinbu station. Bagaimanapun, dari Jinbu station free shuttle bus hanya ditawarkan kepada hotel guests sahaja. Cara yang sama jika anda mahu ke Alpensia Ski Resort.

Tips: Jika anda merancang untuk bermalam di ski resort di atas dengan melalui Jinbu station, saya ada cadangan menarik. Sementara menunggu masa untuk check-in, apa kata anda teruskan perjalanan dengan menggunakan laluan keretapi yang sama hingga ke Jeongdongjin station. Di situ terdapat Jeongdongjin Beach yang indah! 
Atau anda boleh terus ke Mukho Station dan berjalan-jalan di sekitar Mukho Port, makan fresh seafood, melawat Nongoldam-gil, Observation Deck dan sebagainya. Dan anda akan sempat untuk naik keretapi jam 2.08 petang untuk ke Jinbu station, shuttle bus pukul 3.00 petang dan seterusnya check-in. Menarik bukan? Saya dah cuba semasa trip 28/2/2024, di mana saya dah siap-siap tempah di Holiday Inn & Suite Alpensia, jadi saya naik KTX awal pagi, turun di Mukho station dan Alhamdulillah semua berjalan mengikut perancangan. Selepas check-out keesokan harinya, saya ke Yongpyong Ski Resort pula dengan menaiki free shuttle bus dan pulang ke Seoul dengan menaiki tour bus yang saya tempah di Klook.


ii) Daemyung Resort Vivaldi Park 

Vivaldi Park terletak di wilayah Gangwon-do, kira-kira 90 minit perjalanan dari Seoul adalah sangat mudah untuk dilawati. Hanya tempah pakej yang sesuai di Klook.

Ski resort ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil kerana terdapat kawasan yang luas di Snowy Land untuk mereka menikmati snow tanpa dikhuatiri terlanggar atau mengganggu mereka yang sedang berski. Biasanya dibuka antara awal Disember hingga penghujung Februari setiap kali musim sejuk.

















iii) Welli Hilli Park Ski Resort

Welli Hilli Park terletak kira-kira 1 jam dan 30 minit dari Seoul di kawasan yang mengalami salji yang lebat. Untuk ke sini, anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi Gangneung KTX (Pyeongchang Bullet Train) dan turun di Dunnae station. Dari situ, terdapat free shuttle bus yang akan membawa anda ke ski resort.

Ski resort ini mempunyai sejumlah 19 cerun yang disediakan untuk semua  samada yang baru bermula untuk belajar berski atau snowboarding, sehinggalah rider-rider yang bertaraf pakar. Tapi pada pengamatan saya, ski resort ini lebih sesuai untuk mereka yang ingin bermain snowboard.

Kelebihan snow resort ini adalah kemudahan untuk merancang sendiri transportation selain dapat mengurangkan kos. Option lain, boleh teruskan perjalanan ke Pyeongchang station jika ingin ke Phoenix Park resort yang juga menawarkan free shuttle bus.


















RECOMMENDED!

Dahulu saya masukkan dua restoran di bawah ini sebagai salah satu tempat menarik untuk dilawati di Seoul. Tapi memandangkan restoan sebegini mudah ditemui sekarang di Malaysia, maka saya keluarkan dari senarai di atas. Tapi, jika berkesempatan, silalah cuba ya!


YANG GOOD BBQ RESTAURANT

This is by far, the most recommended restaurant for Muslim travelling to Seoul. The lambs dishes di sini sangat (did I mention sangat?) best dan sedap! 2nd time we all ke Seoul, datang ke restoran ni dua hari berturut-turut....

Tapi sekarang agak sukar untuk makan di sini sebab dah makin ramai pelanggan terutama sebelah malam. Hujung Feb 2024 saya ada ke sana lagi bersama suami dan anak-anak, dan kami semua setuju rasa masakannya  tidak sesedap dulu. 












Cara ke  Yang Good Restaurant :

Turun kat Yeoksam Station (just 1 stop from Gangnam) then ikut exit 6.

Untuk info lanjut tentang cara-cara ke Yang Good Restaurant, sila klik sini .



MAE HWA YANG KOJI

Untuk yang tidak berkesempatan ke Yang Good kerana lokasinya yang agak jauh di Gangnam dan sentiasa packed dengan pengunjung, jangan bersedih. Ini kerana terdapat sebuah lagi restoran halal yang menawarkan masakan BBQ dan ianya hanya terletak di Myeongdong! Alhamdulillah, untuk autumn trip saya sekeluarga ke Seoul pada November 2019, sempatlah kita try makan di restoran ni.






Harga hidangannya juga jauh lebih murah dari Yang Good...







Restoran ni sebenarnya adalah sebuah restoran masakan Cina. Ini kerana selain BBQ, terdapat makanan lain yang ditawarkan di sini yang berkonsepkan masakan Cina yang sememangnya terkenal dengan rasa yang sedap kerana mereka menggunakan bahan-bahan yang segar. Suami saya memang gemarkan masakan Cina siang-siang dah kata ini restoran favorite dia di Seoul.







Cara-cara ke Mae Hwa :

Dari Myeongdong Station, ikut exit 3 dan ikut arah kiri Pacific Hotel. Laluan yang sama jika mahu ke Kampungku Seoul Restaurant dan Kampungku Halal Mart.

So I guess that's about all yang I boleh share dengan you guys setakat ni. Hopefully this entry sedikit sebanyak dapat membantu bagi mereka-mereka yang plan nak ke Seoul on your own especially for the first timer. Pada yang sedang mengira-ngira budget ke Korea untuk 6H5M , boleh refer entry  Seoul 6H5M Musim Sejuk / Bunga 2016 mengenai anggaran perbelanjaan saya ke Korea pada bulan March 2016.

So, happy planning la ye!

Until next entry, annyeonghaseyo!


xoxo
CQ



Nota penting : Tujuan blog ini ditulis sekadar untuk panduan asas dan perkongsian ilmu yang diharap boleh memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Manakala foto-foto di laman ini diambil sendiri oleh admin ketika melawat Korea pada lewat musim luruh (autumn) November 2013, penghujung musim sejuk (winter) March 2016, pertengahan musim sejuk (winter) December 2017, musim sejuk (winter) March 2019,  musim luruh (peak autumn) awal November 2019 dan winter Feb 2024. Saya akan kemaskini bila terdapat info baru untuk dikongsi. Maka, sila ambil perhatian kerana ada kemungkinan terdapat beberapa info atau foto-foto di sini yang tidak menggambarkan keadaan semasa di Korea (sebagai contoh : landmark yang telah bertukar, tempat-tempat  yang tidak wujud lagi, harga yang berubah, cuaca yang berbeza dsb.). Ini disebabkan admin tidak melawat tempat-tempat yang disebut di bawah ini setiap kali melancong ke Korea. Harap maklum ya!





42 comments:

  1. Wowwww... seronok baca blog rosita. TQ for sharing info

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure.. :) Harap dapat membantu, sedikit sebanyak...

      Delete
    2. bestny.. seronok jadinya dari ingat bt itinerary dr asyik plak baca.. terima kasih

      Delete
  2. Thx for the great sharing!

    ReplyDelete
  3. Boleh share the price x?juz backpacker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Hasz..sorry ya sebab lambat reply. Saya baru balik dari mengerjakan umrah jadi agak lama jugak tak online.

      Untuk budget tu, boleh copy link di bawah ni. Di akhir blog tu saya ada listkan perbelanjaan saya. Tapi Hasz boleh adjust sendiri ikut kesesuaian you ok.

      https://mylifemyrulesbyrosita.blogspot.my/2016_06_01_archive.html

      Delete
  4. Thanks for the info nak tanya bawa duit brp ye.. budget 😬😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fitrie! Sorry for the late reply...

      Biasanya budget ni bergantung pada jumlah hari dengan apa aktiviti yang you nak buat. Kalau banyak yang you dah beli siap-siap online, so cuma perlu bawa duit makan dan shopping.

      Ok untuk reference budget saya last time saya ke Korea, cuba copy link di bawah ni dan buka. Cuba baca hingga akhir, kat situ saya ada listkan (roughly) perbelanjaan saya di sana. Hopefully it'll help...


      https://mylifemyrulesbyrosita.blogspot.my/2016_06_01_archive.html

      Delete
  5. Akk rancang nk repeat lg hujung thn 2018. Musim salji.ada yg mem follow jom, wat geng

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana perancangan boleh juga ni. boleh contact saya di feezzle.ent@gmail.com

      Delete
  6. Sgt2 great info.. thx for sharing

    ReplyDelete
  7. Cara nak ke sana tu dari hotel mana ye? Ke bole apply dr mana2?

    ReplyDelete
  8. Maaf lambat reply.. bz sikit la this past few weeks...
    Maksud Ira nak ke mana tu? Yongpyong ke?

    ReplyDelete
  9. boleh share travel agent utk yongpyong ski tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...apa salahnya. Untuk ski trip saya biasa gunakan perkhidmatan Sally Tour. Boleh try google.

      Delete
  10. assalamualaikum,

    boleh sy tau cara nak contact sally tour utk ke yongpyong, pyeongchang ski
    kami akan ke korea pertengahan jan 2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.... sorry ya lambat reply. Saya baru je balik dari trip Japan dan Korea, baru hari ni sempat nak tengok blog.

      Fyi, untuk communicate dengan Sally Tour saya biasanya akan hantar email pada mereka. Boleh google website http://sallytour.co.kr, ada detail di sana.

      Delete
  11. good info!!! tqvm for sharing!!!!

    ReplyDelete
  12. naik shuttle bus perlu beli tiket awal atau boleh naik bayar on the spot pada dirver ?

    ReplyDelete
  13. hi, berapa byk spent utk pengangkutan ye?

    ReplyDelete
  14. hi,Assalamualaikum. nak tnya. saya dh beli tiket balik Itx gapyeong pkul 4.30 ptg. Jadi pukul brpa ye sy patut amik shuttle bas gapyeong dr Petite France utk ke Gapyeong station.. dan satu lg, tau tak counter Itx yongsan ( utk tukar tiket) buka pukul berapa.. Terima kasih in advance.

    ReplyDelete
  15. Bole say a tahu berapa bajet awak pegi korea time winter and flight awak booking brapa awal??

    ReplyDelete
  16. Salam, kalau pergi ujung October n early November yg Yongpyong ski resort and Welli Hilli park tu sume x buka kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya penghujung November baru dibuka dan paling awal adalah Yongpyong Ski Resort.

      Delete
  17. HI salam,

    Saya try htr email tp add email cannot found, by the way, nak tanya yg naik ITX from cheonyangni St to Gapyeong tu, beli tix on da spot e=ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itx tu beli pass dia dulu kat kedai gs25 atau cs pastu boleh topup kat kedai tu atau train mcm kad touch & go

      Delete
  18. Wow, nice la tempat-tempat ni. Yang starbucks dalam tin tu sedap tak rasa dia?

    ReplyDelete
  19. Sorry sangat2 pada semua pertanyaan yang tak sempat saya jawab. Bz betul sekarang ni sampai tak sempat nak update blog. Banyak lagi trip-trip menarik yang lain yang tak sempat saya tulis seperti trip Osaka - Kyoto - Tokyo - Seoul - Busan pada December 2017 dan trip Melbourne pada August 2018. Untuk gambar-gambar terkini boleh follow Instagram saya @gerobok_orang_johor dan boleh tinggalkan komen di sana dan In Sha Allah saya akan segera jawab ok!

    ReplyDelete
  20. Thanks share info berguna.

    Kalau berminat untuk dapatkan servis private tour di Korea, boleh contact kami +601133422711
    kami rakyat malaysia yang menetap di Korea.

    ReplyDelete
  21. Thanks. Good info for travel to Seoul.

    ReplyDelete
  22. nk tanya. kalau pakai T-money card tu blh ke guna utk ITX train ? ke kena beli ticket lain btw nice info πŸ‘

    ReplyDelete
  23. thanks sis..content yg padat..

    ReplyDelete
  24. nama saya Redzuan Sarina Binti dari PULAU PINANG,
    MALAYSIA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Rossa kerana membantu saya mendapatkan pinjaman. selama tiga bulan, saya telah mencari pinjaman untuk melunaskan hutang, setiap orang yang saya temui ditipu dan mengambil wang saya sehingga akhirnya saya melihat kisah Cik Masitah Ayob dan alamat laman web syarikat yang dikongsinya. Syarikat itu kemudian memberi saya pinjaman sebanyak RM470,000 yang saya mohon. syarikat juga dapat membantu anda. kerana syarikat itu juga telah menolong beberapa rakan saya yang lain. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, sila hubungi syarikat ROSSA FINANCE melalui e-mel: Rossastanleyloancompany@gmail.com
    Whats-app Syarikat Mother Rossa: +1 (914) 529-5708.
    Syarikat itu tidak tahu bahawa saya melakukan ini dengan menyebarkan niat baik syarikat kepada saya, tetapi saya merasakan saya harus berkongsi perkara ini dengan anda semua untuk membebaskan diri daripada penipu, berhati-hati dengan peniru dan hubungi syarikat pinjaman yang betul. Di bawah ini adalah kata-kata semangat bagi mereka yang mencari pemberi pinjaman swasta yang jujur ​​dan jujur.
    "jika anda memerlukan pinjaman untuk membayar kredit dan hutang? Adakah anda memerlukan kewangan untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menjalankan projek besar? Adakah anda memerlukan pinjaman kuliah? Adakah anda memerlukan dana untuk pelbagai tujuan lain?" ? Inilah e-mel saya untuk sebarang pertanyaan mengenai ibu rossa,
    e-mel saya: redzuansarinabinti2020@gmail.com
    E-mel ibu rossa: Rossastanleyloancompany@gmail.com
    nombor telefon bimbit +601616345654
    Terima kasih kerana membaca dan selamat maju jaya

    ReplyDelete
  25. Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.

    Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.

     Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)

    ReplyDelete
  26. Pelanggan Pelanggan
    Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk memenuhi keperluan kewangan anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, kami boleh dipercayai, cekap, cepat dan dinamik, dengan jaminan 100% juga disediakan (euro, pound, dolar, peso dan Rp.) Dan juga menyediakan pinjaman untuk semua jenis mata wang kadar faedah kami yang berlaku untuk semua pinjaman adalah (2%) jika anda berminat hubungi kami melalui (rahelcohranloan@gmail.com) untuk Perkhidmatan yang disediakan termasuk:
    Pembaikan rumah
    Pencipta Pinjaman
    Pinjaman Penyatuan Hutang
    Pinjaman Perniagaan
    Pinjaman peribadi.
    pinjaman gaji
    pinjaman perubatan pinjaman harta tanah
    Berminat harus menghubungi: [rahelcohranloan@gmail.com] atau Whats-app +1 (505) 227-8333 untuk kebebasan kewangan anda.

    ReplyDelete
  27. Selamat datang di kuatpelangi. net perusahaan game online πŸ‘‰ Sekarang tepopuler dan sangat meledak, mudah dimainkan, dan menang 😍 Kuatpelangi. net, memiliki 10 jenis permainan untuk dipilih, POKER, DOMINO99 , BANDARQ dan game lainnya 😍😘 Pelayanan 24 jam 😍😘
    Lebih istimewa adalah pelangi99 menyimpan informasi rahasia untuk pelanggan 😍😘

    πŸ“² WA : +62877-9870-3858
    πŸ“² link : kuatpelangi. net
    πŸ‘‡ Nih infonya buat pelanggan baru yang mau ikut game πŸŽ‰πŸ˜
    ☘️ ROLLINGAN 0.2 % 😍😘 di bagikan 5 hari sekali
    ☘️ REFFERAL 15 % di bagikan setiap tanggal 1
    πŸ€ Dapat dipercaya, bermain untuk menang, peroleh uang sungguhan πŸŽ‰πŸ˜
    Jangan Ketinggalan , Segeraa DAFTAR , MAINKAN , MENANG !!
    Salam Hoki dan sukses selalu dari kuatpelangi. net

    Fasilitas Bank Yang Disediakan :
    – BCA
    – MANDIRI
    – BRI
    – BNI
    – DANAMON
    – PERMATA
    – PANIN
    – GOPAY
    – DANA
    – OVO
    – TELKOMSEL
    – XL ( AXIS)

    ReplyDelete
  28. Kami di sini untuk menyediakan pinjaman antara minimum $10,000.00 hingga maksimum $100,000,000.00, iaitu jika anda ingin memohon dalam dolar. Walaupun anda dari Indonesia, anda boleh memohon pinjaman sekurang-kurangnya Rp 100juta. maksimum Rp 25 bilion jadi walaupun anda dari Malaysia anda boleh memohon pinjaman minimum Rm 30k dan maksimum Rm 850k. Anda juga boleh memohon dalam mata wang lain yang tidak disebutkan di atas, kami sentiasa di sini untuk menyediakan pinjaman yang anda perlukan untuk menampung semua perbelanjaan kewangan anda pada kadar yang sangat rendah, kerana kami telah melakukan ini selama bertahun-tahun dan ia telah berjaya dan bermanfaat untuk kedua-duanya. pemberi pinjaman dan peminjam, jadi kami ada testimoni di mana-mana<<<<>> >> Testimoni terakhir Farouk dari Malaysia dengan jumlah RM 2.3 juta dan juga Indra dari Indonesia dengan jumlah Rp 570 juta, jadi tolong jangan' t mengetepikan transaksi yang sangat mesra kepada pelanggan ini<<<<<>>> >>>>

    Butiran Perhubungan Ada Di Bawah

    Company name: ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY
    e_mail::>[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp::[+6282274045059]

    ReplyDelete
  29. Thanks for being a source of inspiration and knowledge in your post.

    ReplyDelete