Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Monday, 19 August 2024

16 Tempat Menarik Di Seoul Korea Selatan Yang Wajib Dilawati

Seoul, ibu negara Korea Selatan, merupakan sebuah bandaraya metropolis yang sarat dengan arus pemodenan meliputi bangunan pencakar langit, keretapi berteknologi tinggi dan budaya k-pop serta k-drama. Walau bagaimanapun, warisan budaya seperti istana-istana lama dan pasar-pasar tradisional masih dijaga dengan baik dan menjadi tarikan pelancong sehingga ke hari ini, menjadikan Seoul sangat menarik untuk dilawati.

Berikut adalah senarai 16 tempat-tempat menarik tumpuan pelancong di Seoul (susunan random dan berdasarkan pengalaman admin sendiri).


16. BUKCHON HANOK VILAGE

Terletak di antara Istana Gyeongbokgung dan Changdeokgung, Bukchon Hanok Village ini merupakan kawasan perumahan tradisional (Hanok) penduduk Seoul. Terdapat beratus-ratus Hanok di kawasan ini menjadikannya antara tempat tumpuan pelancong terutama bagi mereka-mereka yang meminati senibina dan fotografi.

Di sini juga terdapat 8 photo spot locations untuk panduan pelancong untuk mendapatkan hasil gambar terbaik. Tapi awas, oleh kerana ini adalah kawasan kediaman, anda diingatkan untuk tidak membuat bising sehingga boleh menggangu ketenteraman penduduk di sini.

Waktu Operasi : Sepanjang tahun

Cara ke Bukchon Hanok Village : 
Seoul Subway Line 3, Anguk Station exit 3 (untuk ke 1st and 2nd photo spots location) atau exit 2 (untuk ke 3rd to 8th location)













Terdapat banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan menyewa Hanbok iaitu pakaian tradisional Korea.










15. NAMDAEMUN MARKET

Namdaemun Market merupakan pasar tradisional terbesar di Korea dengan lebih 1,700 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan merangkumi pakaian, barangan harian, peralatan dapur yang terdiri daripada produk-produk buatan tempatan dan juga yang diimport. Kebanyakan kedai-kedai di sini mempunyai kilang-kilang mereka sendiri atau membuat produk itu sendiri yang membolehkan mereka menjualnya kepada pengunjung pada harga yang sangat murah.


Photo credit : Namdaemun Market official website







Apa souvenir yang menarik di Namdaemun ni? Kalau mengikut pengalaman saya :-

1)  Sudu garfu yang ada engrave "Korea", kerana tak ada dijual di online. Yang ni kat kedai Kak Salmah ada banyak. Memang dah tak boleh guna sudu garfu lain kalau dah guna ni. Best!




2) Brooch dan gelang tangan + cincin (sepasang). Rambang mata!








3) Seluar Ahjumma. Memang tiap-tiap kali pergi saya akan borong banyak-banyak sebab kain dia sangat sejuk bila dipakai. Material lycra / jersi rasanya. Harga kalau dulu 4 helai KRW10,000. Sekarang dah naik harganya, 3 helai KRW10,000. 






Waktu Operasi : 11.00pm - 6:00am (pemborong) , 7:00am - 5:00pm (kedai biasa). Tutup pada hari Ahad.

Cara ke Namdaemun Market : 
Seoul Subway Line 4, Hoehyeon Station exit 5 atau 6 (satu stop dari Myeongdong Station)



14. SEOUL CENTRAL MOSQUE DAN MAKANAN HALAL DI ITAEWON

Seoul Central Mosque yang terletak di Itaewon, merupakan masjid yang terbesar di Korea Selatan. Pejabat Korea Muslim Federation terletak di aras satu, manakala di tingkat dua adalah tempat solat bagi lelaki dan di tingkat tiga adalah tempat solat bagi wanita.





Cara ke Seoul Central Mosque : 
Seoul Subway Line 6,  Itaewon Station Exit 3. Jalan straight kemudian belok kanan di Usadan-ro Street. Teruskan perjalanan mendaki jalan berbukit kemudian belok ke kiri di Usadan-ro 10-gil street. Jalan terus sehingga nampak gerbang masjid di depan anda.


Itaewon juga merupakan tempat wajib bagi pengunjung Muslim kerana di sini terdapat pelbagai restoran yang menyediakan makanan halal untuk pelancong dan warga setempat yang beragama Islam. Antara restoran yang popular di Itaewon di kalangan pelancong Malaysia adalah Eid dan Manis Kitchen yang menyediakan pelbagai masakan Korea yang halal. Selain itu terdapat juga banyak pilihan restoran yang berasaskan masakan Timur Tengah.

Di Itaewon ini juga terdapat Foreign Food Mart yang menjual barangan keperluan harian.




The Halal Guys


Interior The Halal Guys







Ada juga Manis Kitchen yang menjual street food. Sedap! Cuma ruang makannya agak sempit, tidak sesuai untuk group yang ramai.







Dan bagi yang hendak nak mencari baju sejuk dengan harga yang murah, juga ada dijual di Itaewon ni.




Cara ke tempat makanan halal di Itaewon : Seoul Subway Line 6,  Itaewon Station exit 3


Terdapat juga restoran halal berdekatan dengan Itaewon iaitu Korean Halal Restaurant. Semua makanan sedap-sedap terutama Dak-Gang-Jeong (Sweet Soy Sauce Chicken) dan Beef Bulgogi!









Cara ke sana : Boleh berjalan kaki dari Itewon station, exit 4. Atau lebih dekat kalau turun di Noksapyeong Station exit 3. Kemudian jalan ke arah Itaewon dan lintas jalan di lampu isyarat di situ. Restoran terletak di sebelah kanan barisan belakang kedai.

Tips : Kalau ke sini, boleh la ke Noksapyeong Bridge sekali, tempat filming location Itaewon Class.






13. N SEOUL TOWER

N Seoul Tower atau juga dikenali sebagai Namsan Tower, adalah sebuah menara komunikasi dan pemerhatian terletak di Namsan Mountain di pusat bandar Seoul. Ia dibuka kepada orang ramai pada 15 Oktober 1980 dan sejak itu telah menjadi tarikan utama pelancong sehingga sekarang.

Di bahagian atas N Plaza, terletaknya Roof Terrace iaitu dek kayu yang luas dimana beribu-ribu padlocks dilekatkan pada oleh pasangan-pasangan kekasih bagi melambangkan kasih sayang abadi mereka. Ia juga tempat yang paling strategik untuk menikmati keindahan Seoul dan masa yang paling sesuai untuk ke N Seoul Tower ini adalah pada waktu matahari terbenam.

N Seoul Tower juga sering menjadi lokasi penggambaran untuk k-drama, di antaranya drama popular Boys Over Flower dan My Love from The Star.

Waktu Operasi : Setiap hari dari 10.00 am - 12.00am (Observatory Tower 30 minit sebelum tutup)




















Cara ke N Seoul Tower :

1) Menaiki Shuttle Bus no 02 dan 05 dari Chungmuro Station exit 2
2) Shuttle Bus no 05 dari Myeongdong Station exit 3;  
3) Shuttle Bus no 03 dari Itaewon exit 4 dan Seoul Station exit 9;
4) Menaiki Cable Car : Dari Myeongdong Station exit 3, jalan lebih kurang 10-15 minit ke arah sebelah kanan Pacific Hotel. 
5) Menaiki Seoul City Tour Bus


12. GAROSU-GIL dan SEONGSUDONG

Jika anda yang ingin mencari kedai-kedai mewah, saya sarankan untuk ke tempat-twmpat berikut.

i) Garosu-gil

Nama Garosu-gil adalah berasal dari perkataan Korea yang bermaksud jalan yang dipenuhi dengan deretan pokok-pokok dan diberi nama sebegitu kerana kawasan ini dihiasi dengan pokok-pokok ginkgo. Masa yang paling menarik untuk ke sini adalah pada musim luruh dimana daun pokok-pokok gingko ini akan berukar warna kepada kuning keemasan.

Kawasan ini juga terkenal dengan  galeri, restoran, bar, kafe , serta butik pakaian dan bangunan-bangunan dengan seni reka bentuk yang menarik.

Tips : Jika ingin melihat pokok-pokok gingko yang bewarna kuning keemasan di Garosu-gil , boleh lah datang pada penghujung autumn iaitu minggu-minggu terakhir pada bulan November.















Cara ke Garosu-gil : 
Seoul Subway Line 3,  Sinsa Station Exit 8. Jalan straight dalam 800m kemudian belok ke kiri.


ii) Seongsudong

Pernah menjadi kawasan perindustrian yang dipenuhi dengan gudang lama, Seongsu-dong yang juga kini digelar "Brooklyn of Seoul" menjadi destinasi yang digiatkan semula dan sering dikunjungi oleh artis-artis terkenal. Banyak juga kafe-kafe menarik yang ada di kawasan ini.













Cara ke Seongsudong : Turun di Seongsu station exit 4 atau 3.



11. COEX

Bagi peminat k-pop khasnya telah mengetahui yang S.M. Entertainment merupakan salah satu daripada syarikat hiburan gergasi di Korea Selatan.

Pada 14 Januari 2015, S.M Entertainment telah membuka secara rasmi SMTOWN yang terletak di COEX Artium. Ia terdiri daripada SMTOWN STUDIO, ruang maya yang menawarkan pengunjung merasai pengalaman sebenar sebagai artis S.M. Entertainment, SMTOWN LIVErary CAFÉ, kedai menjual barangan cenderahati dari artis-artis S.M Entertainment. Terdapat juga SMTOWN THEATRE yang mempunyai Panavision skrin besar di mana pengunjung boleh menikmati hologram dan persembahan secara langsung.

Waktu Operasi : Setiap hari dari 11:00-22:00.












Kalau dah ke sini, boleh juga singgah ke Starfield Library yang terletak di tengah-tengah Central Plaza di dalam Starfield COEX Mall. Dibuka setiap hari dari 10.00am hingga 10.0pm.






Cara ke SM Town @ COEX Artium : 
Seoul Subway Line 2,  Samseong Station Exit 5 atau 6


10. DONGDAEMUN

Tidak sah kalau ke Seoul jika tidak singgah ke Dongdaemun.

Dongdaemun yang terkenal sebagai syurga beli-belah kepada pelancong terutamanya, terbahagi kepada dua bahagian iaitu Seksyen 1 yang terletak di  di sekitar Doosan Tower manakala Seksyen 2 pula di sekitar Dongdaemun Design Plaza and Park.




Original souvenir Seoul My Soul ada dijual di sini, iaitu di DDP Design Store.














Pusat membeli-belah yang besar di Seksyen 1 pada dasarnya menjual barangan borong dan runcit, tetapi kebanyakannya berurusan dengan pelanggan pada harga runcit. Pusat membeli-belah utama adalah Doosan Tower, Migliore dan Hello APM.










Waktu operasi : Dari 10:00 pagi - 5:00 pagi pada hari berikutnya. Sesetengah kedai tutup pada hari Ahad.

Cara ke Dongdaemun : 
(Seoul Subway Line 1, 4) Dongdaemun Station Exit 8 atau 9

(Seoul Subway Line 2, 4 & 5) Dongdaemun History & Culture Park Station exit 1 (Dongdaemun Design Plaza area) dan exit 14 (shopping malls area)



9. STRAWBERRY PICKING

Bagi yang ingin merasai pengalaman memetik strawberry di Seoul tanpa menggunakan khidmat travel agent, ada satu ladang strawberry yang dekat dengan Seoul yang menawarkan perkhidmatan ini iaitu di Incheon. Tapi aktiviti ini hanya ada pada bulan Disember - June sahaja. Pada Feb 2024, harga yang dinyatakan adalah sekitar KRW26,000 - KRW35,000 seorang (mengikut musim). Anda akan dapat pengalaman memetik strawberry dan juga 1 kg untuk dibawa pulang. Cuma sebelum memetik tu, bertabahlah untuk mendengar penerangan dalam bahasa Korea.















Ada juga aktiviti membuat aiskrim di sini, tapi dengan bayaran tambahan.




Cara menempah slot : Direct message di IG milik Gossi Farm (gossi_farm). Mereka akan balas dan anda cuma perlu ikut arahan yang diberi. 

Cara ke Gossi Farm : Turun di Gyeyang station exit 1 dan lintas jalan. Gossi Farm terletak betul-betul berhadapan dengan Gyeyang station. 


8. GYEONGBOKGUNG PLACE dan NATIONAL FOLK MUSEUM of KOREA

Gyeongbokgung Palace merupakan istana yang utama dan terbesar daripada lima Grand Palaces yang dibina oleh Dinasti Joseon. The National Palace Museum of Korea terletak di selatan Heungnyemun Gate manakala National Folk Museum terletak di arah timur Hyangwonjeong Pond.

Pada masa dahulu, pengawal diraja Dinasti Joseon ditugaskan untuk menjaga Gwanghwamun Gate, pintu masuk Gyeongbokgung Palace. Kini, pengunjung boleh merasai pengalaman Change of Guards Ceremony yang dijalankan setiap hari (kecuali pada hari Selasa) pada pukul 10:00am dan 2:00pm selama 20 minit.


Waktu Operasi : 
November-February 09:00-17:00
March-May 09:00-18:00
June-August 09:00-18:30
September-October 09:00-18:00
Tutup pada setiap hari Selasa














Cara ke Gyeongbokgung Palace :
Seoul Subway Line 3, Gyeongbokgung Palace Station exit 5



Tips: Jika sudah selesai melawat Gyeongbokgung Palace, bolehlah berjalan kaki ke Gwanghwamun Square dan Cheongyecheon Stream yang terletak berhampiran.
















Biasanya setiap tahun pada awal hingga pertengahan November, Seoul Lantern Festival akan diadakan di sini.









7. LOTTE WORLD 

Lotte World merupakan indoor theme park terbesar di dunia. Terletak di Jamsil, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu indoor Adventure theme setinggi 4 tingkat yang sesuai untuk anak-anak kecil. Manakala Magic Island theme yang terletak di sebelah luar berhampiran Tasik Seokchonhosu pula lebih sesuai untuk pengunjung dewasa.

Waktu Operasi :Isnin - Khamis dari 9:30 a.m. hingga 10 p.m., Jumaat - Ahad dari 9:30 a.m. to 11:00 p.m











Note : Hard Rock Cafe Seoul yang Sebelum ni terletak di aras 5 di Lotte World Mall iaitu bersebelahan Lotte World telah ditutup for good ya guys.







Cara ke Lotte World dan Lotte World Tower :
Seoul Subway Line 2 dan 8 , Jamsil Station exit 3.



Tips : Jika hendak cari tempat solat di area ni, boleh ke Tingkat 6, AvenueL di Lotte Tower. Ada surau yang sangat bersih dan cantik di situ.











6. INSADONG & IKSEONGDONG


i) Insadong

Insadong Street menjangkau lebih 700 meter antara Anguk-dong Rotary dan Tapgol Park. Ia merupakan tempat yang unik penuh dengan kedai menjual barangan kraftangan Korea terutamanya di Ssamziegil, kedai-kedai tembikar dan lukisan. Di sini juga terdapat banyak restoran tradisional and tea houses.

Pelbagai acara seni dan festival sering diadakan di sepanjang jalan yag menawarkan peluang bagi pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam seni dan kebudayaan tradisional Korea. Setiap Sabtu dari 2:00pm hingga 10:00pm dan Ahad dari 10:00am hingga to 10:00pm, jalan utama di Insadong ini akan ditutup kepada kenderaan dan bertukar menjadi kawasan bagi mempamerkan budaya Korea.









Ssamziegil





Cara ke Insadong :
Seoul Subway Line 3, Anguk Station exit 6



ii) Ikseondong

Ikseondong pula ialah tempat banyak kafe-kafe manarik yang biasanya dikunjungi oleh pelancong dari semua peringkat umur dan jantina. Ia juga merupakan kawasan yang menghubungkan generasi muda dan lebih tua. 



Mil Toast yang terkenal tu pun ada di sini, tetapi untuk mendapat meja anda kemungkinan perlu beratur sehingga 2 jam.








Cara ke Ikseondong :
Seoul Subway Line, Jongno 3-ga exit 6



5. EVERLAND THEME PARK

Everland adalah taman tema terbesar di Korea Selatan yang terletak di Everland Resort di Yongin, sebuah bandar di Gyeonggi-do (kira-kira 40 minit masa perjalanan dari Seoul). Ia menerima kira-kira 7.3 juta pengunjung setiap tahun dan pada tahun 2014, ia berada di kedudukan ke-16 di dunia untuk kehadiran pengunjung paling ramai.

Taman tema ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land dan American Adventure. Di sepanjang tahun pula, Everland menganjurkan pelbagai festival dengan tema-tema yang menarik seperti dalam kisah dongeng.

Snow Festival (January - February)
Tulip Festival (March - April)
Rose Festival (May - June)
Summer Splash (June - August)
Chistmas Fantasy (November - December)







Tulip Festival in March.











Chistmas Fantasy Theme in November.















Note : Di Everland ini juga ada disediakan sebuah surau untuk bersolat, terletak di bersebelahan Mystery Mansion. Turun dari Sky Way, jalan ke arah kiri...







Cara ke Everland :

1) Keluar je exit 10 (previously exit 6) dari Gangnam station terus je jalan straight sampai jumpa Who.A.U. Bus stop bus no 5002 untuk ke Gangnam kat depan kedai ni. Kalau sampai situ nampak ada orang beratur line panjang, terus je ikut beratur. Tu ramai-ramai semua nak ke Everland la tu..

2) Kepada mereka-mereka yang travel beramai-ramai, disarankan agar menggunakan khidmat travel agent. There are several pick up locations you can choose based on your preferences.

Untuk membaca tentang pengalaman saya dan tips-tips sebelum ke Everland, sila klik sini .


4. MYEONGDONG

Pada 2011, 2012 dan 2013, Myeong-dong tersenarai sebagai shopping street yag ke-9 termahal di dunia. Di sini terdapat pelbagai kedai-kedai menjual barangan buatan Korea dimana ia didominasi oleh kedai-kedai menjual produk barangan kecantikan terkenal seperti Nature Republic, Tony Moly dan sebagainya .




Ada banyak tempat makan halal di Myeongdong sekarang. Kami pernah makan nasi goreng di Yoogane pada 2013 (yang ni saya dah tak recommend lagi sebab 2016 nampak ada Ham pada menu jadi agak was-was). Sekarang kami lebih prefer makan di restoran Busan Jib atau Kampungku jika di Myeongdong .

Busan Jib sekarang mempunyai 3 kedai di Myeongdong, dengan satu cawangannya baru dibuka di Hongdae.







Makan di sini bila dah tak lalu lagi nak makan makanan Korea. Ni biasanya time dah nak dekat penghujung trip.










Bersebelahan Kampungku Restaurant pula terdapat Kampungku Mart, yang menjual barang-barang keperluan seperti makanan halal yang boleh juga dijadikan souvenir.










Di depan Kampungku Seoul Restaurant ini pun terdapat sebuah gerai menjual Bubble Tea halal. Dah jadi tempat persinggahan wajib untuk anak-anak saya setiap hari semasa trip kami yang terbaru pada November 2019 walaupun pada masa tu cuaca agak sejuk.









Street foods pun senang didapati di Myeongdong. Cuma sekarang ni kebanyakannya tidak ada lagi tanda halal pada gerai-gerai ni. Mungkin kerana sebelum ni terdapat berita yang tular di sosial media yang meragui akan status halal gerai-gerai ni. Tapi bagi saya terpulang pada diri masing-masing jika mahu makan atau tidak. Lagipun dah banyak pilihan makanan halal di Seoul sekarang, tak sukar macam dulu. Jadi kalau tak mahu beli makanan yang di sini pun tak mengapa kot. Saya sekeluarga pun hanya pilih makanan yang kami rasakan dari sumber-sumber yang tidak mengandungi apa-apa bahan yang meragukan.









Cara ke Myeongdong :

Myeongdong Station exit 7 (I prefer this exit sebab ada escalator hehehe). Untuk ke Kampungku Restaurant dan Mart, sila gunakan exit 3.

Tips

Awal March 2019, saya melawat Seoul lagi dan kali ini kami sekeluarge menetap di Step Inn Myeongdong 1. Walaupun biliknya agak kecil, tetapi lokasinya yang terletak betul-betul di tengah Myeongdong dan di antara dua subway stations membuatkan tempat ini saya recommend untuk budget traveler yang plan untuk stay jika ke Seoul nanti. 
Jika mampu, Prince Hotel atau Pacific Hotel terletak berdekatan dengan Myeongdong Station dan tempat makanan halal. Jika anda memilih untuk menginap di Airbnb, cari yang berdekatan dengan kedua-dua hotel ini.


3. SEOUL OLYMPIC PARK & SEOUL FOREST PARK


i) Seoul Olympic Park



Tempat ini saya sangat-sangat recommend untuk dilawati pada musim luruh (autumn)! Kalau dah ke sini, tak pergi ke Nami Island pun tak mengapa.




Dengan keluasan kira-kira 1.45 juta meter persegi, Olympic Park ini dibahagikan kepada beberapa zon, termasuk taman sukan rekreasi, taman seni kebudayaan, taman eko, dan tempat untuk pelawat mendalami sejarah warisan Korea, selain  merasai semangat Olimpik yang pernah diadakan di Korea Selatan pada tahun 1988.

Laluan yang disyorkan untuk pelawat :

Photo credit koreatodo.com

Lakeside Lane: Peace Square → Gommal Bridge → Soma Museum of Art → Peace Square

Fortress Lane: Mongchon Fortress circuit

Memory Lane: Gommal Bridge → Mongchon Fortress center → Mongchon Hut Site → Wild Flower Garden → Mongchon Fortress circuit → Picnic Place → Gommal Bridge

Lover’s Lane: Gommal Bridge → Mongchon Fortress center → Seoul Historiography Institute → 88 Square → Cafeteria → Mongchon Fortress center → Picnic Place → Soma Museum of Art → Peace Square → Gommal Bridge

Youth Lane: Bicycle circuit

Nota : Peta di atas ni sangat berguna untuk dijadikan panduan untuk meneroka Olympic Park.


Sebagai permulaan, untuk melihat deretan pokok gingko yang bewarna kuning keemasan sila turun di stesen Mongchontoseong dan keluar di exit 1. Terdapat ratusan pokok gingko yang memukau di sepanjang laluan ini sehingga ke Rose Plaza.







Jika melalui World Peace Gate, anda akan menemui mercu tanda ini dahulu.









Untuk melihat Pink Muhly Grass, jalan ke arah Dialogue Sculpture .



Kemudian anda akan menemui tangga ni. Perlu ada keazaman yang cukup kuat untk memanjat tangga yang begitu tinggi ni dulu ya.







Dalam perjalanan keluar menuju ke Rose Plaza, terdapat pokok-pokok yang bewarna-warni di sepanjang laluan ni.





Di Rose Plaza, terdapat ribuan pokok mawar ditanam di sini. Tapi biasanya pokok-pokok ni akan dimusnahkan bila daun-daun dah mula gugur kerana hujan. Jadi kena plan datang ke sini segera!













Wild Flower Garden







The Thumb




Nota : Kerana Olympic Park sangat besar dan mengambil masa tiga jam untuk diterokai, pelawat dinasihatkan untuk membiasakan diri dengan pintu masuk dan keluar, serta membawa peta sebagai rujukan.

Waktu Operasi: 05:00–22:00 (Plaza area sehingga 24:00). Dibuka setiap hari, masuk percuma.


Cara ke Seoul Olympic Park :

Mongchontoseong Station ( Line 8), Exit 1 (keluar betul-betul di depan World Peace Gate).
Olympic Park Station (Line 5), Exit 3 (keluar di The Thumb, hampir dengan Rose Plaza).


ii) Seoul Forest Park

Taman ini terkenal sebagai tempat berjalan kaki yang indah dan tasik yang tenang, menjadikannya tempat yang wajib dilawati untuk pencinta alam semula jadi. Berkeluasan kira-kira 595,000 meter persegi, Seoul Forest Park terdiri daripada 5 taman bertema, setiap satu menawarkan gabungan unik keindahan semula jadi dan aktiviti.















Cara ke Seoul Forest Park : Turun di Seoul Forest station exit 4.


2. NAMI ISLAND

Menurut sejarahnya, Pulau Nami yang berbentuk seperti  bulan sabit ini telah terhasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong. Menurut sumber, ia merupakan kubur General Nami, yang mengetuai kemenangan yang besar terhadap pemberontak dalam tahun ke-13 raja-7 Dinasti Joseon, King Sejo (pemerintahan 1455 ~ 1468).

Satu ciri khas Pulau Nami ini adalah bahawa tidak mempunyai tiang telefon. Ini kerana semua wayar elektrik telah dibina di bawah tanah untuk mengekalkan landskap asal pulau ini.










Sekarang terdapat restoran berstatus halal di Nami Island ini iaitu Dongmun atau lebih dikenali sebagai Asian Cuisine Restaurant. Ia menyajikan pelbagai makanan Korea yang sering kita lihat dalam drama-drama Korea.








Jajangmyeon










Pada Disember 2017, Alhamdulillah saya sekeluarga berpeluang travel ke Korea untuk kali ke 3. Nak rasa winter lah pulak kononnya. Mula-mula tu tak pasti samada nak ke Nami Island lagi sebab sebelum ni memang tak pernah miss ke sana. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi juga sekali lagi.

Turned out, it was the best decision that we make.... Ya Allah! Cantiknya pemandangan di Nami masa winter ni, macam dalam fairytale! Magical!


Travelog Kembara Orang Johor













Tips : Dan kalau sudah ke Nami, saya sarankan untuk singgahlah juga ke Petite France sebelum pulang ke Seoul.

Note: Jika semata-mata untuk ke Petite France sahaja tanpa ke Nami, pada pendapat saya not worth your time and  money. But hey, that's just my two cents. It's all up to you guys to decide.














Cara untuk ke Nami Island : Saya lebih gemar menggunakan perkhidmatan keretapi laju ITX dar Cheongnyangni station dan turun di Gapyeong Station. Kemudian, tunggu Gapyeong City Tour Bus di bus stop depan Gapyeong Station, tak payah lintas jalan... Fares dalam lingkungan KRW5000 per adults /KRW3000 per child.

Btw, ticket bas ni boleh digunakan lagi untuk perjalanan ke Petite France dan kemudiannya ke Cheongpyeong train station (lebih hampir dengan Petite France berbanding Gapyeong station) untuk menaiki ITX pulang ke Seoul.


1. SKI RESORT

Jika anda ke Seoul waktu musim sejuk, jangan ketinggalan untuk melawat ke salah satu ski resorts yang banyak terdapat di Korea ini, samada untuk belajar cara berski atau sekadar untuk menikmati pemandangan dan merasai salji sebenar.

Berikut adalah ski resorts di sekitar Korea yang kami sekeluarga pernah lawati.


i) Yongpyong Ski Resort

Biasanya pada musim sejuk Yongpyong Ski Resort ini akan dibuka pada akhir bulan November setiap tahun. Manakala ia merupakan salah satu ski resort yang ditutup paling lewat iaitu sekitar pertengahan bulan Mac.

Yongpyong Ski Resort terletak di Pyeongchang, Gangwon-do (kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan dari Seoul). Ia merupakan antara tempat ski yang terbaik di Korea Selatan. In fact, it is the biggest ski and snowboard resort in Korea. Fyi, the International Olympic Committee (IOC) has selected Pyeongchang as the host city of the XXIII Olympic Winter Games in 2018.

Ski Resort ini lebih sesuai untuk mereka yang ingin belajar atau sudah mahir bermain ski. Jika menggunakan khidmat travel agent, tempat ini sesuai untuk keluarga atau kumpulan yang ramai.















Untuk mencari makanan halal, tak perlu risau kerana ada satu restoran kebab di Yongpyong ini iaitu Efes Kebab.






Cara ke Yongpyong Ski Resort : Lebih mudah book dengan Klook.

Selain itu, untuk ke sini anda boleh juga menggunakan perkhidmatan keretapi Gangneung KTX (Pyeongchang Bullet Train yang beroperasi bermula Disember 2017 sempena  XXIII Olympic Winter Games) dan turun di Jinbu station. Bagaimanapun, dari Jinbu station free shuttle bus hanya ditawarkan kepada hotel guests sahaja. Cara yang sama jika anda mahu ke Alpensia Ski Resort.


ii) Alpensia Ski Resort
















Tips: Jika anda merancang untuk bermalam di ski resort di atas dengan melalui Jinbu station, saya ada cadangan menarik. Sementara menunggu masa untuk check-in, apa kata anda teruskan perjalanan dengan menggunakan laluan keretapi yang sama hingga ke Jeongdongjin station. Di situ terdapat Jeongdongjin Beach yang indah! 






Atau anda boleh terus ke Mukho Station dan berjalan-jalan di sekitar Mukho Port, makan fresh seafood, melawat Nongoldam-gil, Observation Deck dan sebagainya. Dan anda akan sempat untuk naik keretapi jam 2.08 petang untuk ke Jinbu station, shuttle bus pukul 3.00 petang dan seterusnya check-in. Menarik bukan? Saya dah cuba semasa trip 28/2/2024, di mana saya dah siap-siap tempah di Holiday Inn & Suite Alpensia, jadi saya naik KTX awal pagi, turun di Mukho station dan Alhamdulillah semua berjalan mengikut perancangan. Selepas check-out keesokan harinya, saya ke Yongpyong Ski Resort pula dengan menaiki free shuttle bus dan pulang ke Seoul dengan menaiki tour bus yang saya tempah di Klook.


























iii) Daemyung Resort Vivaldi Park 

Vivaldi Park terletak di wilayah Gangwon-do, kira-kira 90 minit perjalanan dari Seoul adalah sangat mudah untuk dilawati. Hanya tempah pakej yang sesuai di Klook.

Ski resort ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil kerana terdapat kawasan yang luas di Snowy Land untuk mereka menikmati snow tanpa dikhuatiri terlanggar atau mengganggu mereka yang sedang berski. Biasanya dibuka antara awal Disember hingga penghujung Februari setiap kali musim sejuk.

















iv) Welli Hilli Park Ski Resort

Welli Hilli Park terletak kira-kira 1 jam dan 30 minit dari Seoul di kawasan yang mengalami salji yang lebat. Untuk ke sini, anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi Gangneung KTX (Pyeongchang Bullet Train) dan turun di Dunnae station. Dari situ, terdapat free shuttle bus yang akan membawa anda ke ski resort.

Ski resort ini mempunyai sejumlah 19 cerun yang disediakan untuk semua  samada yang baru bermula untuk belajar berski atau snowboarding, sehinggalah rider-rider yang bertaraf pakar. Tapi pada pengamatan saya, ski resort ini lebih sesuai untuk mereka yang ingin bermain snowboard.

Kelebihan snow resort ini adalah kemudahan untuk merancang sendiri transportation selain dapat mengurangkan kos. Option lain, boleh teruskan perjalanan ke Pyeongchang station jika ingin ke Phoenix Park resort yang juga menawarkan free shuttle bus.


















MAKANAN HALAL LAIN DI SEKITAR SEOUL

Selain restoran-restoran yang saya ada sebutkan di atas, bolehlah cuba juga restoran halal berikut ini ya jika berkesempatan.

i) Yang Good BBQ Restaurant

Setiap kali ke Seoul, memang kita akan singgah makan di sini walaupun agak jauh dari area Myeongdong. Tapi jika travel jauh-jauh hanya mahu ke sini sahaja, agak not worth it lah kot. Better selitkan untuk ke sini jika ada bercadang ke area Lotte World atau COEX. Kerana sekarang agak sukar untuk makan di sini sebab dah makin ramai pelanggan terutama sebelah malam. Rasa makanannya pun dah agak biasa-biasa saja, berbanding masa kita mula-mula datang dulu.











Cara ke  Yang Good Restaurant :

Turun kat Yeoksam Station (just 1 stop from Gangnam) then ikut exit 6.

Untuk info lanjut tentang cara-cara ke Yang Good Restaurant, sila klik sini .



ii) Mae Hwa Yang Koji

Untuk yang tidak berkesempatan ke Yang Good kerana lokasinya yang agak jauh di Gangnam dan sentiasa packed dengan pengunjung, jangan bersedih. Ini kerana terdapat sebuah lagi restoran halal yang menawarkan masakan BBQ dan ianya hanya terletak di Myeongdong










Restoran ni sebenarnya adalah sebuah restoran masakan Cina. Ini kerana selain BBQ, terdapat makanan lain yang ditawarkan di sini yang berkonsepkan masakan Cina yang sememangnya terkenal dengan rasa yang sedap kerana mereka menggunakan bahan-bahan yang segar. Suami saya memang gemarkan masakan Cina siang-siang dah kata ini restoran favorite dia di Seoul.








Cara-cara ke Mae Hwa :

Dari Myeongdong Station, ikut exit 3 dan ikut arah kiri Pacific Hotel. Laluan yang sama jika mahu ke Kampungku Seoul Restaurant dan Kampungku Halal Mart.


iii) Nusantaraku 

Restoran ini terletak di Hongdae, menyajikan masakan Indonesia yang agak sedap. Waktu urusniaga juga hingga lewat malam, berbanding restoran yang lain.









Waktu Operasi : Setiap hari 11.00am - 11.00pm. cara ke sini : Hongik University station exit 8 dan belok kanan. Jalan menghala ke round about dan jalan terus lagi hingga nampak kedai ni di sebelah kanan.


iv) Iftar

Restoran ini juga terletak di Hongdae, dengan cawangan kedua baru dibuka berhampiran Gyeongbokgung Palace. Makanan yang disediakan adalah makanan Korea dan sedap-sedap juga lah. 










Waktu operasi : Setiap hari 11:30 - 8:30pm, rehat 3:00 pm - 4:00pm. 
Cara ke sini; Hongik University station, exit 3. Jalan terus dan selepas lorong ke 2, terus lagi dan belok kiri.



So I guess that's about all yang I boleh share dengan you guys setakat ni. Hopefully this entry sedikit sebanyak dapat membantu bagi mereka-mereka yang plan nak ke Seoul on your own especially for the first timer. 

So, happy planning la ya. Dan jangan lupa apply K-ETA sebelum beli flight ticket!

Until next entry, annyeonghaseyo!


xoxo
CQ



Nota penting : Tujuan blog ini ditulis sekadar untuk panduan asas dan perkongsian ilmu yang diharap boleh memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Manakala foto-foto di laman ini diambil sendiri oleh admin ketika melawat Korea pada lewat musim luruh (autumn) November 2013, penghujung musim sejuk (winter) March 2016, pertengahan musim sejuk (winter) December 2017, musim sejuk (winter) March 2019,  musim luruh (peak autumn) awal November 2019 dan winter Feb 2024. Saya akan kemaskini bila terdapat info baru untuk dikongsi. Maka, sila ambil perhatian kerana ada kemungkinan terdapat beberapa info atau foto-foto di sini yang tidak menggambarkan keadaan semasa di Korea (sebagai contoh : landmark yang telah bertukar, tempat-tempat  yang tidak wujud lagi, harga yang berubah, cuaca yang berbeza dsb.). Ini disebabkan admin tidak melawat tempat-tempat yang disebut di bawah ini setiap kali melancong ke Korea. Harap maklum ya! Dan kepada yang nak repost blog saya, silakan tapi pandai-pandailah beri kredit ya.