Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Monday 18 April 2016

Seoul 6H5M Musim Sejuk / Bunga 2016 - Yongpyong Ski Resort, Insadong, Myeongdong

Assalamualaikum...

It's been a month since we came back from Korea. Yup, ke Korea lagi kita tahun ni. Yeay! Trip dulu best sangat so me and my husband decided untuk return lagi ke sana. Kalau dulu kita pergi end of autumn beginning of winter, kali ni end of winter nak masuk spring pula. Memang suka pergi time pertukaran musim so dapatlah rasa dua musim sekaligus. Tapi time kita pergi ni early spring so cherry blossom belum ada lagi.

Actually, in between our last trip to Europe and our recent trip, me and my husband ada ke Bangkok selama 2H1M tapi tu semata-mata nak tengok bola JDT lawan Muangthong United untk ACL qualifying round. En Husband fanatikus JDT la katakan hehehe! Untuk trip tu malas nak tulis kat blog ni sebab tak berapa banyak aktiviti yang nak di share. Cuma makan kat ever so popular Yana Restaurant kat MBK Mall (tomyam dia sedap giler!), singgah di Hard Rock cafe lepas tu tengok bola kat Thunderdome Stadium. That's it. So better I terus cerita tentang trip Korea je lah.

Mula-mula untuk trip kali ni plan macam biasa untuk kitorang sefamily je. Lepas tu ramai pulak kawan-kawan yang nak ikut. Tapi sebelum apa-apa I dah remind my husband, based on our experience this trip will going to be very challenging so it's not suitable for small kids and elderly. Kesian diorang nanti kepenatan naik turun tangga subway and transfers. Dan kalau boleh jangan ramai-ramai sangat takut susah nak handle sebab kita naik public transport nanti ada pulak yang tertinggal. Okay, we both agreed on that.

We end up with 7 adults, 2 teenagers, 4 children and a 9 month old baby... Err apakah?!


17th March 2016

9 months after we bought the plane tickets, we're on our way to Seoul. Akhirnya! Selagi belum pergi, asyik tukar-tukar itinerary je.  Actually, it's a real challenge for me to plan this trip in order to suit everybody. Kena fikir activities for families with small kids, honeymooners, k-dramaniac and k-pop fangirls pun ada. Aduss, pening kepala makcik! Ni kira first time nak bawak orang lain travel sama, takut pulak. Takut tak meet diorang punya expectations. Tapi takpelah,kita tawakkal ajelah, semoga dipermudahkan segalanya.

Kita bertolak dari Johor Bahru ke KL dan bermalam di Tune Hotel sementara menunggu our flight to Seoul. Not bad biliknya, lebih besar dan selesa berbanding yang kat LCCT dulu. Located next KLIA2 building.


18th March 2016

Bertolak dari KLIA2 dengan menaiki pesawat Airasia pada pukul 8.00 pagi dan tiba di Incheon Airport pada pukul 2.30pm waktu Seoul, which was 45 minutes ahead of schedule. Suhu time ni agak warm sikit around 16 degrees maybe disebabkan this year's Equinox falls on 20th March. The March equinox signals the beginning of spring in the Northern Hemisphere so people here will enjoy warmer days.

Beli T-Money dari convenience store di airport (susah juga nak communicate sebab minah kat kaunter tak faham English) dan kemudian beli tiket bas Airport Limousine 6011 untuk ke apartment di Gyeongbokgung.




Untuk cara-cara ke apartment berdekatan Gyeongbokgung, boleh klik sini

Kali ni kita menyewa dua apartment bertemakan Hello Kitty. So cute! The host is a pretty lady name Anna. Even though that was the first time I met her, the way she greeted me makes people wonder whether she's my Korean long lost friend! Hehe!




Her apartments located near to Gyeongbokgung station and walking distance to attractions such as Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun Square and Cheongyecheon Stream. Insadong, Bukchon Hanok Village and Samcheong-dong are just one station away. That is why I prefer stay kat area sini kalau ke Seoul.

Recommended this apartment for families with young children (because of the cute theme) and it can accommodate up to 6 people. Me and my family stayed with one of my husband's friend. The rest stayed at another apartment.


1st floor apartment

1st room


Kitchen and living room


2nd room

2nd floor apartment







Di sekitar apartment ni terdapat banyak kedai-kedai makan tapi semua nampaknya tak halal. Cuma ada sebuah restaurant halal iaitu Couscous Tunisian Home Kitchen yang terletak berhampiran tapi kita tak cari pun so tak tau exactly kat area mana. Tongin Market yang popular menjul makanan tradisional Korea juga ada kat area sini.

Nearby shop


Selesai check-in, kita keluar untuk ke Murree Restaurant di Itaewon. Target nak makan bulgogi kat situ. Dari apartment, kita berjalan ke subway station dan kemudiannya transfer ke line 6 untuk ke Itaewon.

Gyeongbokgung station


Malangnya service kat Murree kali ni sangat slow, maybe sebab ada satu group baru sampai saing kita. Lama juga nak tunggu untuk waiter ambil order.  Nak change plan pergi makan kat Eid Restaurant, takut tempat tu dah nak tutup sebab time ni dah nak dekat pukul 9.00pm. So nak taknak, tunggulah...

Nasib baik masakan kat Murree ni masih lagi sedap.


Bulgogi @ Murree Restaurant

Untuk info tentang cara-cara untuk ke Murree Restaurant, sila klik sini

Selesai makan, kitorang balik ke apartment semula sebab I takut diorang ni semua penat. Ni baru 1st day kena simpan tenaga untuk aktiviti selama 5 hari lagi kat Seoul ni!

Sebelum balik, singgah di Foreign Food Mart untuk beli barang-barang keperluan memasak. Entah ye ke tak nak memasak ni. Bersemangat sungguh. Even dari Malaysia pun dah bawa macam-macam satu beg penuh khas untuk makanan je. Mungkin sebab anak-anak dah besar so kena sentiasa ready dengan makanan in case diorang lapar.

Malam tu tidur sambil layan Song Joong Ki dalam drama Descendants of The Sun walaupun tak faham sebab takde subtitle.... Addicted punya pasal...





19th March 2016

Suhu time ni agak unpredictable. Waktu awal pagi suhu jatuh mendadak hingga boleh mencecah 0 degrees atau worst, negative! Bila bercakap keluar asap gittew! Sejuk hingga terpaksa pakai winter coats untuk elakkan dari kesejukan. Tapi menjelang tengahari hingga petang, dah panas lah pulak. Nanti sebelah malam, sejuk semula tahap gigil. Adoyaii, confuse la nak pakai camne!!

According to plan, aktiviti hari ni adalah one day ski tour kat Yongpyong Ski Resort (sebab tempat tu je yang still buka untuk ski activity until end of March). Cuma last minute nak confirmkan dulu whether the snow condition sesuai tak untuk ski.After consulted with the travel agent, akhirnya kita proceed dengan ski tour tu.

Pagi ni, I masak nasi lemak untuk bekalan ke Yongpyong. Pepagi buta dah bangun. Ecehh rajin la pulak, ngeee...




Seperti biasa, kita booked travel agent kat sana untuk ke Yongpyong. Kali ni tourist guide kita adalah Mr Robert yang super friendly! We were scheduled to meet him at 7.00am, makanya pukul 7.00am dia dah terpacak depan pintu apartment. Not one minute late. Diorang ni memang punctual giler!





Sebelum tiba di Yongpyong, Mr Robert bawa kita ke kedai ski untuk collect our ski gears dulu.




Sesampai di Yongpyong, takut juga kalau dah takde snow time ni, maklumlah memandangkan suhu dah mula panas. Dah le bayar mahal-mahal, sekali takde snow? Hampeh...  Luckily, the snow quality that day at Yongpyong was quite good.





Wahh! Masing-masing teruja tengok snow dan dah tak sabar nak belajar ski! Tak sia-sia datang jauh dari Seoul meredah perjalanan selama 2 jam setengah untuk ke sini...




Basic ski learning


Amboiii kemain gumbira semua berski especially abang-abang kita ni... macam tak nak balik je gayanya...





Ada pulak yang dah berangan nak try berski dari atas sana tu haa...Baru first time belajar, ada karang patah riuk siapa nak jawab? hehehe!





Dah sampai sini, maka tak sah lah kalau tak naik cable car untuk ke Dragon Peak...










Sempat jugak hiking at the mountain top...  A bit dangerous as the trail was covered with snow and quite slippery... Terfikir jugak, kalau jatuh tergolek terjun gaung ada ke orang jumpa nanti...huhuhu!








Untuk professional skiers, boleh la start dari atas Dragon Peak ni haa...


Ramai lagi skiers time ni


Untuk info tentang Yongpyong, sila klik sini

Pukul 3.30pm kita gerak balik ke Seoul. Oleh kerana masih awal lagi, kita singgah di Insadong untuk cari souvenirs...



Insadong during weekends memang happening sebab akan ada banyak stall dibuka di sepanjang jalan. Trading hours pun extended until 10pm.

Untuk info lanjut tentang Insadong, sila klik sini .


Ssamziegil


Insadong Street


Sementara nak tunggu dinner, beli crepe di salah satu stall kat Insadong. Nampaknya bahan-bahan yang digunakan macam ok. Tapi terpulang pada pendapat masing-masing ya. Kalau ada yang was-was jangan beli...




Crepe ni tak rangup. In fact, lembut macam tosai hahaha! Kena dengan gabungan coklat, pisang, strawberry dan cornflakes fuhh! Memang sedap!




Selesai shopping for souvenirs di kedai yang sama macam kita pergi last time, seterusnya kita dah plan nak ke N-Seoul Tower and then dinner in Myeongdong. Tapi memandangkan most of our friends dah nampak kepenatan, I suggested diorang balik ke apartment terus since kita cuma one stop je from Gyeongbokgung station. Me and my family together with our roommate je yang akan sambung jalan lagi. Akhirnya, setelah make sure yang lain naik the right train home, the rest of us decided utuk skip N-Seoul Tower dan terus ke Myeongdong.

Untuk info tentang Myeongdong, sila klik sini .

Myeongdong yang sentiasa crowded

Myeongdong ni terkenal dengan kedai-kedai kosmetik. For me, sudah jadi kemestian untuk singgah di Banila Co. untuk cari primer diorang yang awwwesomeee!





Antara kedai-kedai yang menarik di Myeongdong...




Banyak street food yang dijual di Myeongdong ni. Tapi tak terasa pulak nak beli maybe sebab dah kenyang makan crepe tadi.




Seterusnya, kitaorang ke Playnomore flagship store pula untuk cari handbag. Playnomore ni adalah popular bag and clothing brand in Korea dan terkenal di kalangan selebriti di sana. Artis-artis Malaysia pun ada yang pakai bag jenama ni sebab cute. Range harga untuk handbags adalah sekitar KRW178,000 ke KRW428,000. Tak lah mahal sangat. Ada banyak warna sampai rambang mata makcik nak pilih!













Selesai shopping, kita pun cari tempat makan. Husband siang-siang dah cakap taknak makan di Yoogane lagi sebab dapat tahu kat situ ada jual ham. Memang ada ditulis kat depan kedai tu pun. Last time pergi makan kat situ sebab tak tahu pasal ni.  Even though kita makan nasi goreng seafood, tapi kalau dah guna pan yang sama.... sendiri mau ingat lah...

So, kitorang try makan kat Potala Restaurant pula. Terletak sebaris dengan Yoogane, kedai ni berada di tingkat 4. Masa 1st time pergi tak nampak ada lif, maka memanjatlah tangga beramai-ramai, aduss bukan main tinggi lagi!

Restoran ni menjual makanan Tibet dan terdapat tanda halal dipamerkan. Restoran ni dibuka setiap hari dari jam 11.00am - 2.00am the next day.






Masa kita datang ni ramai juga pelancong dari Malaysia yang makan kat sini.


Nice ambiance


Kalau datang ke sini, do try their Cheese Nan dan Garlic Nan. Dan jangan lupa order Potala Fried Chicken yang sangat sedap tu! Recommended! Harga dalam KRW17,000 sepinggan, potion dia banyak macam gambar kat bawah ni.




Alhamdulillah... bila perut dah kenyang, mata pun dah start mengantuk le... Mood nak bershopping pun dah hilang. Makanya we decided to call it a night and went home. Esok nya nak ke Nami pulak so kena bangun awal...


Bersambung....