Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Sunday, 22 December 2013

Day 2 in Korea - Garosugil, Apgujeong Rodeo Street, Gangnam, Everland, Yang Good Halal BBQ Korean Restaurant in Yeoksam, Gangnam

22nd November 2013 - Day 2


Ok pagi ni plan nak gerak pukul 7.30am. Tapi budak-budak ni punya la liat nak bangun, mungkin sebab penat semalam tak hilang lagi. Kesian...

Plan nak breakfast kat luar kita cancel; rebus half boiled egg dengan buat Dairy Milk hot chocolate je...

Barang-barang untuk memasak yg dibawa dari Malaysia
Selesai sarapan, dalam 8.30am baru gerak dari apartment.


6. GAROSU-GIL, GANGNAM

Naik subway straight ke Sinsa station exit 8.



Garosugil (Garosu Street) in Sinsa-dong is located to the south of Hangang River and is part of Gangnam district. This trendy area is commonly called ‘Designer’s Street' and widely known for its galleries, clothing boutiques, restaurants etc. Masa kita pergi ni, banyak kedai belum bukak lagi sebab masih pagi sangat tapi kita memang saja nak window shopping and walk along the tree-lined street.  Santek sangat!

The area is adorned with ginkgo trees


Ada macam-macam kedai dengan rekabentuk menarik... Love it!






Lepas jalan-jalan kat Garosu-gil ni, ikut plan asal kita nak singgah breakfast kat A Twosome Place Apgujeong yang owned by So Ji Sub of The Master's Sun. Tapi memandangkan keluar dari apartment lambat, so tak sempatlah . Next time oppa! *sob*

Dari Garosu-gil ni kita naik bas color biru untuk ke Apgujeong Rodeo Street. Btw, don't forget to tap your T-Money everytime you get on and off the bus ya!


Bas biru cenggini, tapi no 143

7.  APGUJEONG RODEO STREET, GANGNAM

Turun bas kat Galleria ni untuk ke Apgujeong Rodeo Street.



Connecting Apgujeong and Cheongdam-dong, Apgujeong-ro (ro meaning ‘boulevard’) is the center of luxury fashion and is full of a cool department stores and luxury brands. Designated as the ‘Special Fashion District’, Apgujeong-ro holds various fashion festivals and events every year. Note for K-Pop fans, JYP Entertainment, SM Entertainment and Cube Entertainment offices are located within this area. Dah dekat dah. Tapi, today we're not going to these places. Tak kuasa makcik!

Apgujeong Rodeo Street is located opposite the Galleria.






Tujuannya nak beli barang kat Everysing Apgujeong Rodeo ni (located above GS25), tapi nampaknya belum bukak la pulak walaupun dah pukul 10.00am. Sorry girls...


Nak tunjuk gambar 2NE1 kat belakang tu sebenarnya.

Take a break...have a Kit Kat! Yup, we did exactly that....:)

8.  GANGNAM

Untuk ke Gangnam, naik Bundang line at the Apgujeong Rodeo station, then transfer to Gangnam station. 

Ada pulak pameran kat subway station ni...

Dalam train on the way to Gangnam, makin lama semakin ramai orang naik sampai berhimpit-himpit. Adoyaii! Masa ni dah dekat pukul 11.00am. Memang plan dalam itinerary biar lambat sikit sebab nak avoid rush hour, tapi masih ramai lagi nampaknya. Tiba di Gangnam, semua berpusu-pusu turun. Semua tujuannya ke sini rupanya...

Di Gangnam Station ada underground arcade, sesuai untuk shopping dalam apa jua musim. Terjebak beli winter boots kat sini. Sepasang KRW9,000 siapa tak nak! Siap beli dua pasang lagi, hehehe!

Macam-macam ada

Harga sweater tu dalam KRW10,000 je baru RM30+. Membazir je beli kat Malaysia beratus-ratus harganya

Inilah dia exit 10 Gangnam Station
Oppa Gangnam Style!

9.  EVERLAND THEME PARK

Untuk ke Everland, keluar je exit 10 (previously exit 6) dari Gangnam station terus je jalan straight sampai jumpa Who.A.U. Bus stop bus no 5002 untuk ke Gangnam kat depan kedai ni. Kalau sampai situ nampak ada orang beratur line panjang, terus je ikut beratur. Tu ramai-ramai semua nak ke Everland la tu...



Sampai je kat bus stop ni, bas 5002 pun tiba. Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama... This bus, if I'm not mistaken ran about every 30 minutes intervals...

Beratur dengan berhemah gitu..

40 minutes bus ride kalau tak stuck in traffic, sempat la kalau nak tidur jap. When you see most of the passengers turun bas tu, ikut sekali. Dah sampai le tu. Ikut je orang ramai tu jalan, diaorang semua nak naik shuttle bus pulak.

Shuttle Bus Stop

Yeay!! Dah sampai Everland. Kita then proceed to Group Ticket Office untuk beli tiket. Tempat ni, kalau nampak kaunter tiket belok ke kanan. Ada satu tempat pintu kaca.


Everland Operating Hours

Weekdays 10:00-22:00
Saturdays 10:00-20:00
Sundays, Public Holidays 9:30-22:00




Fyi, Everland is divided into five sections: American Adventure, Magic Land, European Adventure, Zoo Topia and Roller Coasters, in addition to the Global Fair.

Throughout the year, Everland hosts a wide range of festivals just like in a fairy tale:

Snow Festival (January - February)
Tulip Festival (March - April)
Rose Festival (May - June)
Summer Splash (June - August)
Chistmas Fantasy (November - December)


Masa kita pergi ni tengah Christmas Fantasy theme. Tak ramai orang sangat, so tak payah nak beratur lama-lama..


Starting point




If you think you can walk comfortably in Everland, well, think again... Jalannya berbukit-bukit yang sangat curam!


Jalan dalam Everland yang sangat curam. Kalau terjatuh, alamat nya bergolek la sampai bawah nuuunnn...

We explored the American Adventure section of the theme park first.



Lepas tu perut dah mula berbunyi, so we ate a quick lunch at Magic Island picnic area. Bawa bekal sebab rasa-rasanya tak ada restoran halal di Everland ni. Nak beli seafood burgers, tekak macam tak boleh terima sebab bercampur dengan makanan non-halal juga. Masa makan ni, punya lah sejuuukkk!

Lepas makan, kita sambung activities...

Magic Swing yang terkeluar dari landasannya...

Christmas Parade....

Christmas Parade





Kita tak pergi ke Eropean Adventure sebab tak ada siapa yang berani naik...hehehe..

Ada berani?

The Zoo-Topia section of the park is the where guests can find the ever-popular Safari World and Herbivore Safari.



Sempat pula masuk Safari World di Everland ni. Tapi time ni dah ramai orang, kira-kira sejam juga kena beratur...

In safari world white tigers, tigers, lions, and bears roam around freely, providing guests with an up-close look at these amazing creatures.

Siapa minat Running Man, mesti ingat episode kat sini

I'm bored.... *yawn*

Bear ni pandai balancing stick tu. Jinak...jinak...



Masa naik ni kalau baju basah kena air, memang menggigil la turun


Tak ada restaurant halal di Everland ni. Jagung pun jadi lah....


Cotton candy ni besar betul!





Ramai-ramai tengah tunggu show

Waktu malam, suhu di Everland adalah lebih dingin berbanding di Seoul... Be prepared dengan sweater yang tebal or else terloncat-loncat lah nak menahan kesejukan.... :)

Fyi, waktu malam di Korea during winter adalah cepat. Bayangkan kalau maghrib je sekitar pukul 5.20pm manakala Isya' pula pukul 6.45pm!

Night in Everland

Christmas Theme in Everland dah start 



Masa dah menunjukkan pukul 7.00pm so kita pun dah nak gerak balik. Sempat jugak budak-budak ni beli K-Pop stuff. Untuk kembali ke Gangnam, tunggu bas kat tempat yang sama bila tiba. My suggestion, don't ever go to Everland on Fridays! Bad idea!! Bukan kat Everland tu yang ramai, orang yang nak naik bas nak ke Gangnam tu yang berduyun-duyun. Al-maklumlah malam minggu...nak berenjoy le teww....Ntah mana datangnya. Masa beratur tak ramai pun. Aleh-aleh je bas tu penuh. Amik kau. Sejam lebih berdiri sebab jalan jem la pulak. Rasa nak patah pinggang. Anak I sampai nak muntah sebab x tahan, last-last duduk bersila dalam bas yang sesak tu.. Nasib la... . 




Nak turun kat Gangnam ni pun satu hal. Kat bas tak ada bagitau nama-nama bus stops. Nak tengok luar, tak nampak sebab tingkap berkabus...So main agak-agak je ikut bila orang ramai-ramai turun...nasib baik betul...Fuhh!!



At night in Gangnam banyak stall yang jual macam-macam barang


10.  YANG GOOD RESTAURANT


Since dah ada kat Gangnam, kita decided nak makan BBQ kat Yang Good Restaurant in Yeoksam. 

Direction to Yang Good Restaurant : Turun kat Yeoksam Station (just 1 stop from Gangnam) then ikut exit 6.



Yang Good Restaurant Operation Hours : 4.00pm - 2.00am

Ada tanda halal kat depan restaurant ni. Dekat menu pun dia ada tulis Yang Good use Only Halal Meat. Sebenarnya dah banyak makanan halal di Korea ni tapi kena rajin tanya pakcik Google la...

Masa mula-mula nak cari restaurant ni, terlepas jugak lorong yang kedua tu sebab kecik sangat. 2nd time pusing baru jumpa. Itu pun selepas ternampak gambar kambing tu. Alhamdulillah!





Untuk dinner ni, kita order marinated lamb. Sepinggan dlm KRW18,000, ok la tu.  Memang sedap! Siap tambah order.... :)

Every 10 minutes ada je waitress dia datang tukar besi grill tu... Efisi!

Lamb tu dimakan bersama-sama nasi pulut ala-ala kaler macam nasi kerabu gitu. Ok, not bad. Dan memang kebiasaan orang Korea makan mesti ada side dishes yang banyak. Tapi untuk family I yang tak berapa nak layan sayur-sayuran ni, maka tak berusik la side dishes ni.....

Macam-macam side dishes

Alhamdulillah kenyang dan puas hati makan kat sini. Next time ada rezeki datang Korea mesti kena singgah lagi kat sini... In Sha Allah...

Maka selepas makan ni kita pun dengan lemah longlai nya balik ke apartment....dah nak pengsan dah ni... Ok, stop dulu. Until next post...

No comments:

Post a Comment