Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Friday, 10 March 2017

Tempat Menarik di Gold Coast Australia

Assalam semua..

Ok kali ni I nak cerita trip 4 hari 3 malam ke Gold Coast Australia pada March 2017 yang lalu. Dah berbulan, baru sekarang sempat nak update blog...hehehe!

Ini merupakan trip yang ketiga ke Gold Coast. I memang suka ngan Gold Coast ni sebab ada sentimental value. Ia merupakan destinasi yang pertama keluar negara iaitu pada usia 32 tahun, masa tu berdua je dengan suami. Dah tua-tua baru mampu travel ke oversea, tak macam orang sekarang, muda-muda lagi dah boleh fly sana sini. Solo travellers pun dah ramai. Terima kasih juga lah pada Air Asia sebab with them, now everyone can fly. Chewahh! Iklan lah pulak ye...

Ok serba sedikit tentang Gold Coast - matawang mereka adalah Australian dollar. Masa kita pergi ni kadar pertukaran matawang adalah RM3.32 berbanding AUD1 kalau tak silap. Kalau dibandingkan pada nilainya masa tu, lebih kurang macam Singapore dollar jugaklah...




Memandangkan peserta rombongan Cik Kiah kali ni agak ramai iaitu seramai 14 orang termasuk kanak -kanak, agak sukar untuk ke tempat-tempat tourist attractions di Gold Coast ni kalau dengan menaiki public transport. So, sebelum bertolak I dah siap-siap arranged untuk menggunakan antara shuttle service yang popular di Gold Coast iaitu Con-x-ion.





Di Gold Coast ni, pilihan penginapan yang paling popular untuk tourist ialah di area Surfers Paradise. Tempat ni lebih kurang macam the heart of Gold Goast la gitteww...




Hotel favorite kitorang pula adalah Novotel Surfers Paradise (formerly known as Grand Chancellor) sebab ia centrally located. Very convenient kalau nak explore area Surfers Paradise. Hard Rock Cafe pun kat sebelah hotel je.

Room rate : kalau pandai cari, boleh dapat serendah RM300++ je utk satu malam. Not bad huh?



Pemandangan jangan cakap lah, memang superb!






Ok berikut adalah my suggestions untuk aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Gold Coast - in random order ...


1. Melihat matahari terbit

Tak payah nak menapak jauh-jauh tunggu atas bukit atau tepi pantai bagai, dari dalam bilik hotel pun dah boleh nampak dengan jelas matahari terbit. Tu antara sebab kita pilih hotel ni.

Cantik woooo....



Time sunrise masa ni sangat awal sekitar pukul 5.45am, dan agak cloudy sikit. Masuk waktu untuk solat subuh juga awal, kira-kira 4.30am.


2. Warner Bros. Movie World Theme Park


Ni memang tempat wajib pergi kalau datang ke Gold Coast. Keluasannya lebih kurang macam Universal Studio Singapore , maybe kecik sikit kot..




Macam-macam rides ada dalam ni.. dari yang biasa-biasa sampailah yang ke extreme..

Untuk level akak ni, takde maknanya le nak suruh naik rides tu. Paling hebat pun tengok street performance je la gamaknya. So setiap kali gi theme parks, memang ada tugas khas bagi kat I iaitu jadi tukang jaga beg/barang kat luar. Memang tak berbaloi betul kan...hehehe!











3. Currumbin Wildlife Sanctuary

Tempat ni bagus dilawati jika teringin nak jumpa kangaroo dan koala. Biasa dapat pegang patung je kan. Kat sini bolehlah you alls pegang-pegang dia, bagi makan pastu wefie sesama lagi haaaa gittew....

Shared from experience : kalau nak bagi kangaroo ni makan, kita biasanya diminta mencangkung, maybe sebab nak elakkan kangaroo tu daripada rasa takut / terancam , macam orang nak bergusti dengan dia kot..hehehe..






Kalau nak bergambar berpeluk-peluk bagai dengan kaola pun boleh. Tapi kena bayar dalam AUD25 per photo.





Pastu ada Pelican and Eel Feeding... tapi yang ni tengok dari jauh je la.






Dan yang paling best sekali, you alls boleh experience bird feeding activity ni. Tapi kena datang sini pagi-pagi la, sebab start dalam pukul 8.00am.






Kalau penat berjalan, boleh naik keretapi keliling tempat ni...




4. Sea World

Tempat ni pun kira theme park juga. Kalau lama ada di Gold Coast, boleh lah melawat Sea World. Taman tema ni adalah yang paling dekat dengan Surfers Paradise. 




Main attraction Sea World ni adalah Dolphin show mereka. Memang best!





5. Gold Coast Light Rail

Sekarang di Gold Coast dah ada tram. Dulu masa 2nd time datang sini pada tahun 2011 pun masih belum ada lagi perkhidmatan tram ni.

So kalau nak jalan-jalan ke Pacific Fair Shopping Mall boleh la naik tram ni southbound sampai last station Broadbeach South.




6. Shopping di Cavill Avenue dan sepanjang Surfers Paradise Boulevard


Bawak je lah duit banyak-banyak untuk beli souvenirs. Konsepnya - makin jauh kedai tu, makin murah.









7. Surfers Paradise Beachfront Market

Kalau nak cari Australian-made items, boleh cari kat sini. Dibuka hanya setiap hari Ahad dan Rabu sahaja dari pukul 4.00pm sampai 9.00pm. Biasanya 8.30pm diorang dah start kemas-kemas la so jangan lambat ok..
















Barang yang I recommend beli kat sini, sama ada untuk makan sendiri atau bawa balik untuk souvenir adalah hand made nougat halal ni. Sedap!!







8. The Sun, The Sand and The Sea

Kalau nak mandi kat Surfers Paradise Beach ni pun boleh. Dekat je. Bawak je la baju mandi siap-siap. Walaupun cuaca masih panas belum tukar ke autumn lagi, air dia sejuukkk...








9. Food, Glorious Food!

Banyak kedai makanan halal di Gold Coast ni. Kat Cavill Avenue ni je ada tiga kedai kebab.








Nasi Beryani kat Arabesque Bazaar ni pun sedap. Try la!




Tapi makanan wajib yang kita akan makan setiap kali datang sini adalah chilli crab kat Golden Legends Malaysian Seafood Restaurant. Tak pernah miss!





And of course seperti biasa, bila dah bersuka-ria makan ketam tu sampai kenyang, jangan pulak muntah balik bila masa nak bayar ya... Rugi!

Sila jangan convert ke RM....huhuhu!



Kalau tak kenyang lagi, kedai Gelato yang sedap ni ada kat Cavill Avenue *wink wink*





10. Harbour Town Outlet Shopping Centre

Tempat ni I tak pergi masa trip kali ni sebab dah pernah pergi last time. Lagipun dah ada Johor Premium Outlet so tak terasa nak pergi kot...

Tapi untuk yang ada banyak masa, boleh la tengok-tengok cuci mata, cuci poket sekali lah ye....hehehe!




Note : Ada satu lagi Theme Park yang ada kat Gold Coast ni iaitu Dreamworld tapi tak berani nak suggest sebab baru-baru ni ada accident kat situ.




So that's it guys.. Hopefully boleh give you some ideas bila nak planning nanti...

Until next time! Bye!


xoxo
QC



No comments:

Post a Comment