Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Sunday 6 November 2016

Hong Kong 4 Hari 3 Malam November 2016 - Day 3

6th November 2016


Hari ke-3 kami ke Ocean Park pula. Dari Jordan Station, kita menaiki train ke Admiralty Sation. Dari situ, kita menaiki bas 629 untuk ke Ocean Park pada pukul 9.30am.



Masa ni orang dah mula ramai tapi luckily, kita dah beli tiket melalui online.



Ocean Park ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu The Waterfront dan The Summit. Disarankan adalah lebih baik untuk ke The Summit dahulu kerana waktu operasinya yang terhad.


Map ni di boleh dimuat turun di Ocen Park Hong Kong official website




Kami terus menuju ke cable car station untuk ke The Summit yang terletak di atas puncak gunung.





Satu masalah di Hong Kong ni adalah terlalu ramai orang dan kena beratur terlalu panjang...huhuhu!




Hamikk kauu... beratur ajelah kerjanya di HK ni





Mak aihhh! Punya la seramm naik cable car ni. Tobattt makcik!




Hair Raiser




Memang luas kawasan The Summit ni, penat berjalan! Tapi pemandangannya pun sangat cantik...




Ada makanan halal yang dijual di sini iaitu di Dive Into A Float. Alhamdulillah... dapatlah hilangkan penat sekejap.





Selepas makan kami menyaksikan pertunjukan ikan lumba-lumba yang diadakan di Ocean Theatre.



Berlatarbelakangkan pemandangan lautan yang cantik



Walaupun pertunjukan dolphin ni tidak sehebat di Seaworld Australia, tapi best la jugak...



Ok, untuk perjalanan turun pula, kita dah tak sanggup lagi nak naik cable car tadi. So kita naik train Ocean Express ni je. Best!





Sambung explore di The Waterfront pula.






Masa balik kita naik bas bernombor 629A pula menuju ke Admiralty station semula dan kemudian kembali ke apartment untuk berehat dan bersolat.

Lepas maghrib, kami keluar semula dari apartment menuju ke Tsim Sha Tsui Station. Kemudian berjalan kaki ke Star Avenue untuk melihat Symphony of Light show.





Symphony of Light show ni bermula pada pukul 8.00pm dan berdurasi selama 13 minit. Tapi pada I how ni was overrated, biasa-biasa je. Best lagi yang kat Marina Bay Sand in Singapore.



Habis show ni, kita menuju pula ke Public Pier 1 untuk menaiki Aqua Luna Evening Sail yang telah ditempah awal. Tak sah lah kalau ke Hong Kong kalau tak menaiki bot iconic ni hokehh!



Masa perjalanan menaiki Aqua Luna atau dikenali juga dengan nama junk boat ni adalah selama 45 minit mengelilingi Victoria Harbour. Kita juga disajikan dengan minuman percuma di atas cruise ni.




It was an awesome experience I tell you!




Setelah selesai, kami menuju ke Tsim Sha Tsui semula untuk makan malam. Kali ni kita ke Chungking Mansion untuk mencari kedai makan halal. Lepas tu terus kembali ke apartment semula sebab dah tak larat lagi rasanya nak berjalan. Lagipun dah nak start packing, esoknya dah nak balik...

So nampaknya itu saja pengalaman kami sekeluarga di Hong Kong pada November 2016. Lepas ni tunggu ada mood datang lagi untuk tulis pula pasal trip ke Osaka dan Kyoto, Japan pada Februari serta Gold Coast, Australia pada March yang lepas.


Ok lah ya, until next time!



No comments:

Post a Comment