Assalam semua!
Lama dah rasanya tak update my blog, dah bersawang nampaknya. Kali ni I nak share tentang our family trip to Hong Kong last November 2016. Fyi, selepas trip Hong Kong ni, dah ada tiga lagi completed trips yang belum sempat nak share i.e. Osaka / Kyoto (Japan) in February 2017, Gold Coast (Australia) in March 2017 and Umrah & Ziarah to Makkah & Madinah in May 2017.
Btw, big thank you to all yang followed my blog. Got many positive feedbacks esp. entry tentang "16 Tempat Yang Wajib Dilawati di Seoul, Korea Selatan". Aww, thanks guys!
Semenjak kebelakangan ni hakak tak sempat nak update blog, the very the busy dengan office works gitteww. Jangan kata nak update blog, nak gi toilet pun kadang-kadang tak sempat, huhuhu! Masa trip ke Hong Kong ni pun, keadaan fizikal macam tak berapa fit untuk travel. Mainly because dah berminggu-minggu running against time untuk selesaikan office workloads. Ini bagi mengelakkan officemate yang relief tu rasa terbeban dan takut nanti dia pulak yang terpaksa berhempas pulas buat kerja kita.
Tapi busy2 pon sempat la pulokk arranged trips lagi kan? Owhh yang itu senang jer, sambil2 buat kerja dalam kepala still boleh plan macam2. Kadang2 tu siap boleh fikir dua tiga benda sekaligus... Tu pasal la bila dalam mode ligat berfikir tu, kalau ada sesiapa yang tegur memang confirm le blur sekejap.. Hahaha! ... :p
Ok panjang pulak intro, jom fokus pada trip Hong Kong kita ni tadi....
3rd November 2016
Seperti biasa kalau dapat morning flights, kita akan bertolak dari Senai International Airport JB malam sebelumnya . Then kita checked-in dulu di Tune Hotel untuk berehat few hours until it's time to check-in flight which was 3 hours prior to departure.
4th November 2016
Jangka masa penerbangan dari KLIA 2 ke Hong Kong adalah lebih kurang 4 jam. Fyi, rakyat Malaysia tidak perlu memohon visa untuk memasuki Hong Kong. Tentang restricted items untuk dibawa masuk ke Hong Kong, nampaknya tak ada issue sangat tentang tu. Asalkan tak bawak raw foods atau firearms whatsoever, kira ok lah tu. Tak macam Australia yang terkenal dengan strict regulations on restricted items upon entering their country. Siap keluarkan anjing bagai..
Sampai di Hong Kong International Airport pada waktu tengahari, cuaca tak jauh berbeza dari Malaysia sebab masa ni belum memasuki musim sejuk. Musim luruh di Hong Kong, yang bermula dari pertengahan September hingga awal Disember mengalami cuaca panas dan kelembapan rendah, dengan suhu berkisar antara 23 ° C - 28 ° C.
Kemudian kitorang terus menuju ke airport bus stop untuk naik bas A21 menuju ke apartment di Nathan Road. Kalau diikutkan I preferred naik Airport Express sebenarnya, tapi memandangkan lebih senang nak cari apartment dengan menaiki bas, makanya kita gunakan this mode of transport.
Nak ke bus stop ni kena keluar dulu dari airport dan menuju ke arah kanan...
Honestly I wasn't prepared for what comes next. Nak naik Airport Bus #A21 ni rupanya kena beratur panjang wehh! Sebelum ni takde pula terbaca tips yang inform pasal hal ni. Rasa bersalah sangat pada travel buddy kali ni yang last minute decided untuk bawa her grandma along .... Adusss!.
Nasib baik tak perlu menunggu terlalu lama for the bus. Seems like everybody wanted to catch the same bus as ours! Ini mungkin disebabkan kebanyakan pelancong juga gemar menginap di hotel-hotel sekitar Nathan Road oleh kerana terdapat banyak kawasan tarikan pelancong terletak di sekitarnya.
Sedikit info ringkas tentang Hong Kong, ia merupakan salah satu daripada dua kawasan pentadbiran khas (SAR) Republik Rakyat China. Hong Kong merangkumi Pulau Hong Kong, Semenanjung Kowloon, Wilayah Baru (New Territories) dan sekumpulan lebih 260 pulau-pulau terpencil. Nathan Road terletak di dalam Semenanjung Kowloon.
Tempat-tempat tarikan popular pelancong seperti Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui, Ladies Market di Mongkok dan Temple Street Night Market di Yau Ma Tei terletak kawasan berhampiran Nathan Road. Oleh kerana Masjid Kowloon juga berada di sekitar Nathan Road, banyak kedai-kedai makanan halal boleh ditemui berhampiran kawasan masjid terutamanya di dalam Chungking Mansion. Manakala Al Maidah Restaurant yang terletak sederet dengan masjid adalah tempat makan halal paling kitorang gemari di Nathan Road ni.
Menurut laporan institusi penyelidikan Amerika Demographia pada Januari 2015, Hong Kong yang terkenal dengan pasaran hartanah termasuk dalam senarai antara bandar yang termahal berbanding dengan bandar-bandar utama dunia.
Bila berada di Nathan Road, kelihatan banyak bangunan yang bercampur-aduk antara yang lama dan baru dibina. Namun bangunan yang kelihatan buruk tu pun nilainya berjuta-juta HKD agaknya.
Setelah check-in di apartment, oleh kerana masing-masing kepenatan we all decided untuk berehat sekejap dan juga solat jamak. Ikut plan asal, lepas solat terus je keluar nak cari makan dulu. Tapi masing-masing nampaknya macam malas nak gi makan, maka kita alas perut dengan Maggi je.
Lebih kurang pukul 5.00pm baru kitorang keluar menuju metro station berdekatan iaitu Jordan Station. Dari saat keluar dari apartment ni, maka bersambunglah semula episod-episod yang menguji ketahanan mental dan fizikal kami sepanjang berada di Hong Kong...
Tujuan pertama adalah untuk terus ke Central station untuk join tour group yang menawarkan pakej eksklusif melawat The Peak dengan menaiki Peak Tram, tanpa perlu beratur panjang. Kalau tanpa pakej ni, biasanya perlu beratur sehingga sejam. Tour ni I booked online, dan waktu lawatan yang telah dipilih adalah jam 5.30pm denga harapan sempatlah kami menikmati pemandangan dari The Peak masa waktu siang dan juga malam....
Dan pukul 5.00pm baru keluar dari apartment? Nak jalan kaki ke metro station je dah dekat 10 minit, travel time I checked dalam 6 minutes, tu pun kalau train dah sampai lah. Erkk...
I dah mula berdebar-debar ni. Why? Kat voucher tu ada tertulis ni :" Since Central Station is one of the biggest interchange stations in Hong Kong, it may take a some time to walk to the correct exit. Meet up with your guide 15 minutes prior to scheduled departure time".
Sama je macam travel sebelum-sebelum ni, kitorang memang suka cari pasal kan?!!! Ingat kan kan HK ni nak santai-santai je travel rupanye kali ni pun kena berlari jugak Cik Jah oiiii! Hahaha!!!
Tapi nasib baik entah macam mana, senang pulak nak cari exit yang telah ditetapkan tu. Ngam-ngam sampai 5.30pm, tu pun masing-masing dah tercungap-cungap. Disuruh sampai 15 minit awal memang dah kelaut la. Nasib baik they all still accepted lagi kitorang, maybe sebab semua tour leaders tengah briefed all the participants. Ramai je nampaknya..
Habis je briefing, makanya beramai-ramai la start berjalan ikut tour leaders masing-masing. Terasa macam lawatan sambil belajar time sekolah dulu-dulu pulak dah, kikiki!. Nak buat caner, memang ada mentioned kt voucher tu jugak : "There will be a 10- 15 minutes walk from your meeting point to the Peak Tram Terminus during which time your escort will share some interesting facts".
Daripada 15 minit yang kita kena berjalan tu, 90% of it memerlukan kita mendaki bukit rupanya... Adoyaii, nak tercabut rasa lutut ni haaa!! And that was not even the worst part hokehh!
Sesampainya di Peak Tram Terminus tu, kitorang disuruh beratur pulak dan bila I perhatikan, line tu macam panjang semacam je? Tang mana yang kata fast track, boleh jump to the front of the line bagai?
It's beyond my control and my wildest imagination that it will going to be this bad... Sedangkan kita yang guna special pass ni pun kena tunggu dekat 2 jam, apahal pulak yang beli normal ticket tu agaknya ekk? Mau kena beratur 4 jam kot hahaha!
Instead of half an hour, we end up queued for nearly 2 hours.. huhuhu! Sakit belakang makcik berdiri lama-lama ni woitt!!! Nasib baik la my friend's grandma tu was allowed to sit down a bit. Tu pun pastu dia masih kena sambung queue agak lama juga... kesian I tengok dia... Sorry nek!
Bila I asked around, slot time yang I ambik at 5.30pm memang yang busiest and longest queue of all.. And it was Friday that day... sendiri mau ingat la kan.... aduss! Wrong timing ropanya...
Sampai kat The Peak, jangan kata nak nampak matahari... embun pun dah mula nak turun kot...
Tapi the view was magnificent, I admit...
Ada juga Hard Rock kat sini, tapi cuma Rock Shop je. Satu lagi Hard Rock Cafe terletak di Lan Kwai Fong, kira-kira 400 meter dari Central station.
Masa nak balik tu, dah tak sanggup lagi rasanya nak tunggu tram tu. Nak naik teksi diorang tekan harga tambang sampai beratus-ratus. Last-last kitorang naik bas dan turun di Admiralty station.
Sambung pula naik metro dan turun di Tsim ShaTsui untuk cari makan di Al Maidah. Wow, Nasi Beriani dia memang superb! My favorite was Beryani Udang... yummy!
Lepas makan kita naik metro semula untuk ke Jordan Station untuk return to our apartment.Walaupun boleh kalau nak berjalan kaki sebab jaraknya cuma satu stop je, tapi takde saper yang larat...
Balik ke apartment, semua tidur pengsan tak hingat dunia kikiki! Pheww what a day!
Btw, sebelum tidur tu I nampak Nenek dah start keluarkan macam-macam ubat dari beg dia....Erkk.. >.<
'Em sorry Nek!!! Mesti dia dah serik nak ikut lagi esok...huhuhu!...
*To be continued*
Thank you sebab selitkan sikit-sikit tips dekat entry ni. Good tips untuk orang yang nak travel ke Hong Kong
ReplyDeleteTq sebab sudi baca... :)
Delete