Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Sunday 21 December 2014

Day 2 - Jalan-Jalan Singapore

Sambungan cerita short trip kami ke Singapore...

Pagi-pagi kita dah ready untuk aktiviti hari ni, Singapore City Tour. Fyi, package ni adalah percuma apabila kita membuat tempahan untuk menginap di Elizabeth Hotel ni melalui website rasmi Far East Hospitality.

Kira-kira jam 9.30 pagi, kami dibawa menaiki coach untuk ke transit hub di Singapore Flyer yang terletak di Raffles Ave.

Opening Hours Daily Flights : 8:30am – 10:30pm



Ada few options untuk 1 Day Hopper Pass ni sebenarnya. We chose Hop on Hop off Sightseeing  City Tour (yang bertanda hijau tu)..



Untuk tour ni, kita naik open-top bus sebegini...



Antara laluan City tour ni..


Marina Bay Sands


Esplanade

Clifford Pier (Merlion Park)

Clarke Quay


Singapore Botanical Garden

Kami turun di Orchard Road untuk sambung dengan shopping pula. Christmas hampir tiba, so banyaklah Christmas tree / decorations di sepanjang Orchard Road ni. 






Setiap kali ke Orchard Road, adalah menjadi satu kemestian untuk singgah di stall Mr Obanyaki ni yang terletak di Takashimaya untuk beli Taiyaki (Japanese Pancake)..





Seterusnya we all pulang ke hotel dulu untuk solat Zohor dan seterusnya check-out. Untuk lunch, kita ke area Masjid Sultan untuk makan di Singapore Zam Zam Restaurant yang terletak di Arab Street.





Makanan yang paling popular di sini adalah murtabak dan nasi beriyani. Tapi untuk kali ni, I macam terasa nak makan yang simple je - nasi putih dengan kari ikan. Yummy! En Husband je yang makan Nasi Beriyani.



Burrppp...Alhamdulillah! Makan sudah shopping pun sudah, maka it's time to go home...

Setakat itu je entry untuk kali ni. Until next trip, see ya!


xoxo
CQ

Saturday 20 December 2014

Day 1 - Jalan-Jalan Singapore

School holiday is finally here! Which means kenalah cari activity yang nak dibuat time ni, or else bising budak-budak tu nanti. So En Husband come up with an interesting idea, why don't we spend 2 days in Singapore instead? Saja nak tengok lampu di Orchard Road sempena nak dekat Christmas ni. Selalunya kalau pergi kita balik hari je. Kali ni overnight kat sana. Ok jugak idea tu...

So, on Sunday 14th December 2014 my family and in-law's (9 orang kesemuanya), we drove to Singapore via Woodlands. The traffic was smooth, maybe because it was Sunday which is a working day in Johor state, so tak ramai lah orang nak ke Singapore time ni. First stop, nak cari makan dulu. So we all singgah di Madini Food Stall di Woodland Town Centre untuk breakfast.



Mak aihh, pagi-pagi lagi dah pekena Nasi Beriyani...




Mee goreng kaler merah pun ada...



Selesai makan, we all gerak ke Singapore Science Centre yang terletak berdekatan Jurong. Bepandukan Google Map, senang je nak cari tempat ni ikut laluan BKE, then masuk KJE arah Tuas and last pusing ke PIE arah Changi. Nanti ada exit Jurong Town Hall, kat traffic light ke kanan. Dalam 2km lepas tu belok kanan, dah sampai ke Science Centre.






Untuk kali ni, kita ambil package Snow City dan Science Centre je sebab tak banyak masa. Ada Tranformers Exhibition yang macam menarik, tapi terpaksa lah lupakan dulu coz lepas ni nak check-in hotel pula.


Untuk ke Sow City ni kena la menapak sikit...


Melalui kawasan Kids Stop ni dulu sebelum sampai ke Snow City...




Snow City ni taklah  sebesar I-City Shah Alam, tapi kat dalam ni you all boleh main tube slide (itu je lah attractionnya). Btw, dalam Snow City ni kamera tak dibenarkan.

Lepas tu, kita masuk pula ke Science Centre - ala2 Petrosains lah...





Selesai di Science Centre ni, kita gerak pula ke Elizabeth Hotel yang terletak berdekatan Orchard Road.




I was nice little hotel situated next to Quincy Hotel. The staff is helpful too. Once, I drop my gold ring inside the wash basin and they managed to get it for me...


Lepas maghrib, kita berjalan kaki ke Paragon Mall yang terletak kira-kira 600m dari hotel Elizabeth hotel ni. Bila berjalan tu terasa jauh juga tu. Nak cari dinner ni agak mencabar sebab rata-rata tempat makan ni penuh. Nak cari restoran halal di Singapore boleh rujuk ke website MUIS.

Mula-mula ingat nak makan di Fish and Co tapi terlampau ramai pula yang menunggu.



At last, we chose an Indonesian Restaurant Tambuah Mas. Boleh tahan masakannya. Tapi still kena menunggu juga sekejap untuk dapatkan meja.




Afterwards, kita pun bergerak ke Orchard Road. Tapi nampaknya tahun ni macam tak semeriah dulu, tak tahu kenapa ya...







Dari Orchard, kita naik MRT untuk ke Marina Bay station dulu.



Dari situ, kena tukar pulak train untuk ke Bayfront yang akan berhenti betul-betul di Marina Bay Sands.





 Dari Marina Bay Sands ni, kena lah lintas jalan untuk ke The Shoppes at Marina Bay Sands







Cantik pemandangan kat sini... Boleh naik ke rooftop juga kalau nak.






As the time now nearly 12.00am, we all decided to call it a night...