Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Sunday 15 November 2015

Melancong Ke Eropah : Brussels, Belgium dan Luxembourg

Assalamualaikum....

Dah agak lama jugak tak update blog. Pertama sebab malas, kedua laptop buat hal pulak. Ok lah kali ni nak sambung cerita trip I sefamily ke Europe tahun ni..


4th June 2015

Hari ni pukul 8.00am kita check out dari camping site di Amsterdam untuk ke destinasi seterusnya iaitu Brussels. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 3 jam ini tidak terasa lama kerana melalui padang-padang rumput yang menghijau saujana mata memandang. Subhanallah indahnya ciptaan Tuhan...

Menjelang tengahari, bas mula memasuki kota Brussels ini yang terkenal dengan Belgian chocolate ini. Tapi tiba-tiba je kita yang dalam bas ni mula terasa panas, kenapa ya? Oho! Nampaknya summer is finally here!




Berbanding Amsterdam, pada saya entah kenapa Brussels ini lebih menarik dan ada feel nya tersendiri..







Dan seperti biasa, tak sahlah kalau tak singgah Hard Rock untuk cari souvenirs... Staff kat sini sangat friendly lebih-lebih lagi bila tahu kita dari Malaysia... ada sorang tu siap pandai cakap "Terima Kasih" lagi... dah lama berangan nak ke Malaysia katanya...hehehe!







Belgium ni terkenal dengan Belgian chocolate. Melambak kedai yang jual chocolate ni kat bandar Brussels dan kitaorang pilih kedai yang jual jenama Godiva.



Bila ditanya, hanya chocolate yang diletakkan dalam bekas kaca macam kat bawah ni je yang mengandungi alkohol, yang lain ok. Apalagi, borong sakanlah...








Untuk peminat barangan kulit, kat Agora ni murah...










Dan kalau datang ke Brussels ni, jangan ketinggalan untuk try Belgian Waffles yang super sedap ni!

Untuk entry tentang tempat makan halal di Belgium dan sekitar Eropah, sila klik sini.




Lepas makan tengahari. kita pun meneruskan perjalanan untuk melawat ke tempat tarikan utama di Brussels ni iaitu Atomium.



The Atomium ni adalah merupakan simbol bagi Brussels dan juga Belgium. Ia terdiri daripada 9 biji bulatan sfera dan ketinggiannya pula adalah 102meter. Lima daripada sfera ni boleh dilawati oleh orang awam.

Di sebelah Atomium pula ada Mini Europe, sebuah taman tema yang mengandungi lebih kurang 350 miniature untuk bangunan-bangunan yang terkenal di Eropah.









Selepas ni, kami meneruskan perjalanan untuk ke camping site di Luxembourg sebagai tempat bermalam sebelum memasuki Switzerland...

Luxembourg ni adalah sebuah negara kecil di Eropah, bersempadan dengan Belgium, France dan Germany.



Dalam perjalanan, singgah pula di stesen minyak untuk bersolat dan membeli sedikit barang keperluan. Tapi, I was shocked bila tengok air mineral ni dijual dengan harga yang sangat murah! Serius, murah gila!

Memang di Luxembourg ni diorang ada produce air mineral sendiri. Maka tak hairanlah air mineral dijual dengan harga yang murah. Lagi satu di sini, kita boleh minum air terus dari paip sebab ia sangat bersih.




Tengok tu, 1 Euro untuk 6 botol air yang besar tu! Gila kalau tak beli...




Memang cantik kawasan camping site ni. Ala-ala dalam filem Twilight gitu. Tapi takut pulak alih-alih keluar vampire ke werewolf dari celah-celah pokok tu...kikiki!










Ok itu saja buat kali ni. Next time sambung cerita ke Switzerland dan Paris Disneyland pula, In Sha Allah (ntah bila la depend pada mood)..

Bye!