Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Saturday 4 June 2016

Seoul 6H5M Musim Sejuk / Bunga 2016 - Everland and Dongdaemun

Assalam...


22nd March 2016


Hari ke-5 kami di Seoul.

Untuk hari ni, I dah planned untuk ke Everland. Tapi memandangkan group kita ramai, maka tak bolehlah nak naik bas 5002 dari Gangnam. Kenapa pula? Ini kerana, terdapat undang-undang baru di mana Korean authority tidak membenarkan penumpang untuk berdiri jika bas ni melalui highway / expressway. Bermakna, berkemungkinan kita perlu menunggu lebih lama sehingga bas ni kosong supaya semua orang dalam group kita ni dapat tempat duduk. Susah kan? Macam tu berapa lama pulak kitorang nak kena tunggu ek?

Untuk info mengenai bas 5002, Gangnam dan Everland, sila klik sini.

Therefore, I've decided that we should take the shuttle bus package inclusive of Everland entrance ticket instead. Siap-siap booked online sebab takut dah tak available. Ini kerana time kita nak ke Everland ni masa bermulanya 'Tulip Festival'. Tiket untuk weekend memang dah takde la, semua fully booked. So bila dah ambil package ni, senang tak payah nak berebut-rebut macam dulu. Our pickup location was in Hongdae, scheduled to depart at 9.30am and we must be there 5 minutes prior to departure time.

However, pagi yang tenang bertukar jadi kelam kabut sikit kerana ada antara travel buddies yang terlewat. Mungkin kepenatan sebab banyak berjalan semalam. Bayangkan, masa perjalanan untuk ke Hongdae dari apartment memerlukan sekurang-kurangnya 40 minit tapi 8.45am masih belum gerak lagi. Alamak! I dah start panik. Gila kalau terlambat, nanti tertinggal shuttle bus pula dan worst, duit tiket masuk ke Everland pun burn macam tu aje! Total RM2000+ tu! It was clearly written that  "The bus will not wait for you. If you are late to board the bus, it is considered as a cancellation and NO REFUND is given". OMG!

Menaiki subway dari Gyeogbokgung perlu transfer pula ke line 2 untuk ke Hongdae. Ya Allah, berdebar-debar betul masa tu! Masa dalam train tu I dah briefed En Husband, I akan pergi ke travel agency tu dulu dan dia uruskan group kita. Turun je di Hongik station, I dengan segeranya berlari selaju yang mungkin menaiki tangga yang tinggi, cari exit dan naik tangga some more. Lepas tu berlari lagi ke travel agency tu pula. Macam nak tercabut jantung ni rasanya! Oh my! I'm too old for this! Tapi bila difikirkan balik,every trip family kitorang memang selalu ada benda-benda camni - sprint ada, cross country ada, walkathon, marathon semua cukup....hahaha!

At last, I sampai di travel agency tu pukul 9.29am... pheww. That was close..
Dan yang lain arrived 5 minutes later...sesat rupanya... adoyaii!


63 Building

Hangang


Alhamdulillah, semua selamat naik shuttle bus ni. Siap dapat air dan yogurt free lagi. Bas ni melalui Sungai Han (Hangang) so dapatlah tengok 63 Building dari jauh. Supposed pagi ni kita ke Yeouido Park dulu sebelum ke Hongdae. Tapi memandangkan cherry blossoms belum ada lagi, so I think better tak payah ke sana.

Arrived in Everland at 10.0am+, just nice...





Nasib baik Everland tak berapa crowded time ni...




Sesuai dengan tema 'Tulip Festival', makanya Everland dihiasi dengan tulips yang cantik-cantik dan berbau wangi. At first, I thought diorang cuma letak bunga plastik je ke haper sebab banyak sangat bunganya. But they were real tulips...







Maka I dengan tak berlengah-lengah lagi terus keluarkan kamera dan snap gambar tulips ni. Sampai boring anak-anak I tunggu... diorang dah tak sabar-sabar nak naik rides kat situ...












Not for the faint-hearted



Sky Way



Untuk sesiapa yang nak cari surau di Everland ni, ia terletak di bersebelahan Mystery Mansion.. Turun dari Sky Way, jalan ke arah kiri...

















Alolo comeynyer tersidai cenggitu haa...





T-Express anybody?




Seperti biasa, petang tu ada Parade dengan kereta berhias yang colorful...







Okey yang ni bukan real tulips but LED tulips. Macam yang ada di Dongdaemun Design Plaza (DDP). Sayang tak dapat tengok diorang nyalakan during night time, mesti cantik...









Kalau diikutkan, memang tak sempat nak explore keseluruhan Everland ni melainkan kalau kita kat sini sampai malam. Tapi nak buat macam mana, bila guna travel agent camni lah. Pukul 4.30pm dia dah suruh keluar.

Time ni I dah start rasa sejuk memandangkan hari dah lewat petang..

Seperti yang dah dipersetujui masa booked this package, it includes a 30 minute stop at a duty free shop near Insadong. Melangok je le, mahal-mahal harga barang yag dijual kat situ.

Masa kat sinilah, everybody decided untuk return makan di Yang Good Halal BBQ Restaurant di Yeoksam. Wah, dah kemaruk makan daging kat Korea ni ye...hehehe? Sampai di Yang Good terasa macam kat Malaysia pula. Mana taknya, 80 peratus pelanggan malam tu adalah orang Melayu Malaysia... daebak!

Selesai makan, kitorang menuju ke Dongdaemun untuk last shoping sebelum balik esoknya. Terpegun betul melihat rekabentuk Dongdaemun Design Plaza (DDP) yang macam UFO tu. Masa ni tak tahu yang LED Rose Garden extended until 30th May 2016, so tak le pergi explore further. Haishh rugi,rugi...








Di Dongdaemun, banyak kedai yang dibuka hingga jam 5.00am keesokannya. So kepada kaki shopping, boleh lah datang sini ya. Macam-macam ada..

Terdapat juga kedai ikan bakar yang popular di Dongdaemun ni setanding dengan Gosame di Sinchon. Tetapi setelah membuat sedikit rujukan dari blog-blog bukan Muslim, saya dapati kedai-kedai ikan bakar ni ada juga menjual hidangan-hidangan yang tidak halal seperti stir fried pork. So that's why kita tak masukkan dalam itinerary.





Masa ni rasa sejuk yang teramat, my son pun dah menggigil-gigil kesejukan. terpaksa belikan dia baju sejuk. Kemudian tengok dia jalan dah berdencut-dencut pula, kasut Timberland yang dia pakai tu nampak dah tak selesa. Belikan pula dia kasut kulit KRW60,000 sepasang, boleh tahan mahal juga harganya. Tapi terpaksa juga beli sebab tak banyak option. I pun paksa En Husband beli satu sweater untuknya, sebab I nak pinjam sebab tak tahan dah sejuk gila!









Selesai shopping, dah tak sedar time tu dah pukul 12.00am +. Nasib baik belum last train lagi... Ni lambat gara-gara nak cari sweater tu lah. Rasa bersalah pulak especially kat budak-budak kecik tu semua, dah malam-malam ni kena heret bershopping pulak...

Sampai di apartment terus packing barang sebab esok pagi dah nak balik. Pukul 2.00am+ baru tidur.

Esok pagi, naik Airport bus 6011 untuk ke airport. Option lain, boleh naik AREX Express juga tapi leceh sikit naik turun subway. Untuk info tentang AREX, sila klik sini .




So, itu saja cerita tentang trip I ke Korea kali ni. In summary, kali ni we've visited / rides:-

1)   Gyeongbokgung Palace
2)   Insadong
3)   Itaewon
4)   Lotte World and Hard Rock Cafe
5)   Bukchon Hanok Village
6)   Samcheong-dong
7)   Gangnam
8)   Everland Theme Park + shuttle bus
9)   One day ski package at Yongpyong Ski Resort
10) Seoul World Cup Stadium
11) Nami Island
12) Petite France
13) Myeongdong
14) ITX
15) Namdaemun
16) Dongdaemun and Dongdaemun Design Plaza (DDP)
17) SM Town @ COEX Mall
18) YG Building
19) Seoul Grand Mosque
20) National Folk Museum of Korea


Makan di :-
1) Murree Korea Muslim Food, Itaewon
2) 2x Yang Good BBQ Restaurant, Gangnam
3) Potala Restaurant, Myeongdong
4) Asian Cuisine (Dongmun), Nami Island
5) Ankara Picnic, Itaewon
6) Paris Baguette


So berapa kos trip 6H5M kita ke Seoul, Korea Selatan kali ni? Anggaran perbelanjaan untuk seorang lah ye:


Flight ticket                                  : RM570
Apartment (twin sharing room)    : RM500
Transports and Entrance tickets  : KRW 185,000 @ RM630
Meals                                           :  Between KRW70,000 -  KRW 100,000 @ RM250 - RM350
One Day Ski (optional)                :  KRW 100,000 - KRW125,000 @ RM360 - RM440

Anggaran kos seorang (basic) untuk 6H5M : RM2,300 - RM2,500


Tak lah mahal sangat untuk ke Korea ni sebenarnya lah kan? Boleh kurang lagi tu kalau tak ambil ski package dan masak sendiri. Dan pilih antara Lotte World atau Everland (I prefer Everland). Cuma kena rajin check promo Air Asia untuk flight tiket murah. Well, dah boleh start planning ke Korea lah yek!


Until next trip, Anyeong!



xoxo
CQ