Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Saturday 20 December 2014

Day 1 - Jalan-Jalan Singapore

School holiday is finally here! Which means kenalah cari activity yang nak dibuat time ni, or else bising budak-budak tu nanti. So En Husband come up with an interesting idea, why don't we spend 2 days in Singapore instead? Saja nak tengok lampu di Orchard Road sempena nak dekat Christmas ni. Selalunya kalau pergi kita balik hari je. Kali ni overnight kat sana. Ok jugak idea tu...

So, on Sunday 14th December 2014 my family and in-law's (9 orang kesemuanya), we drove to Singapore via Woodlands. The traffic was smooth, maybe because it was Sunday which is a working day in Johor state, so tak ramai lah orang nak ke Singapore time ni. First stop, nak cari makan dulu. So we all singgah di Madini Food Stall di Woodland Town Centre untuk breakfast.



Mak aihh, pagi-pagi lagi dah pekena Nasi Beriyani...




Mee goreng kaler merah pun ada...



Selesai makan, we all gerak ke Singapore Science Centre yang terletak berdekatan Jurong. Bepandukan Google Map, senang je nak cari tempat ni ikut laluan BKE, then masuk KJE arah Tuas and last pusing ke PIE arah Changi. Nanti ada exit Jurong Town Hall, kat traffic light ke kanan. Dalam 2km lepas tu belok kanan, dah sampai ke Science Centre.






Untuk kali ni, kita ambil package Snow City dan Science Centre je sebab tak banyak masa. Ada Tranformers Exhibition yang macam menarik, tapi terpaksa lah lupakan dulu coz lepas ni nak check-in hotel pula.


Untuk ke Sow City ni kena la menapak sikit...


Melalui kawasan Kids Stop ni dulu sebelum sampai ke Snow City...




Snow City ni taklah  sebesar I-City Shah Alam, tapi kat dalam ni you all boleh main tube slide (itu je lah attractionnya). Btw, dalam Snow City ni kamera tak dibenarkan.

Lepas tu, kita masuk pula ke Science Centre - ala2 Petrosains lah...





Selesai di Science Centre ni, kita gerak pula ke Elizabeth Hotel yang terletak berdekatan Orchard Road.




I was nice little hotel situated next to Quincy Hotel. The staff is helpful too. Once, I drop my gold ring inside the wash basin and they managed to get it for me...


Lepas maghrib, kita berjalan kaki ke Paragon Mall yang terletak kira-kira 600m dari hotel Elizabeth hotel ni. Bila berjalan tu terasa jauh juga tu. Nak cari dinner ni agak mencabar sebab rata-rata tempat makan ni penuh. Nak cari restoran halal di Singapore boleh rujuk ke website MUIS.

Mula-mula ingat nak makan di Fish and Co tapi terlampau ramai pula yang menunggu.



At last, we chose an Indonesian Restaurant Tambuah Mas. Boleh tahan masakannya. Tapi still kena menunggu juga sekejap untuk dapatkan meja.




Afterwards, kita pun bergerak ke Orchard Road. Tapi nampaknya tahun ni macam tak semeriah dulu, tak tahu kenapa ya...







Dari Orchard, kita naik MRT untuk ke Marina Bay station dulu.



Dari situ, kena tukar pulak train untuk ke Bayfront yang akan berhenti betul-betul di Marina Bay Sands.





 Dari Marina Bay Sands ni, kena lah lintas jalan untuk ke The Shoppes at Marina Bay Sands







Cantik pemandangan kat sini... Boleh naik ke rooftop juga kalau nak.






As the time now nearly 12.00am, we all decided to call it a night...

No comments:

Post a Comment