Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Saturday, 5 November 2016

Hong Kong 4 Hari 3 Malam November 2016 - Day 2


5th November 2016

Ok pagi ni kitorang keluar dalam pukul 9.00 pagi. Tujuannya untuk makan di Islamic Centre Canteen yang terletak di Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre.

Kita mulakan dengan menaiki metro ke Admiralty station kemudian transfer line untuk menuju ke Wan Chai station. Dari Wan Chai, kita menaiki tram pula dari O'Brien station dan turun di Tonnochy Rd station. Dapatlah merasa naik tram yang terkenal di Hong Kong ni...










Dari tram station ni, kita perlu melintas jalan dulu...




Sepatutnya, kita perlu melalui jalan pintas yang terletak bersebelahan dengan basketball court ni. Malangnya kita tak perasan akan jalan ni dan makanya apalagi, menapaklah sejauh-jauh tidak berpusing satu round sebelum jumpa jalan ke masjid ni. Hampeh betul...dah le penat semalam tak habis lagi...








Islamic Centre Canteen terletak di tingkat 5 di dalam bangunan masjid ni. Boleh menggunakan tangga atau lif.







Waktu operasi Islamic Centre Canteen ni adalah dari 10.00am hingga 3.00pm, kemudian dibuka semula pada 6.00pm hingga 9.00pm.

Makanan yang cukup terkenal di sini ialah dim sum nya yang sedap.Biasanya dim sum ni boleh didapati pada waktu pagi hingga tengahari je.







Ada juga makanan lain yang boleh diorder berdasarkan menu yang disediakan. Boleh tahan sedap juga.






Setelah makan, kita kembali ke tram station semula tapi kali ni kita menuju ke arah barat pula dan turun di Swatow Street station. Dari situ, berjalan ke arah Amoy Street untuk ke Lee Tung Avenue.




Di Lee Tung Avenue ini terdapat banyak kafe-kafe, restoran-restoran gourmet, dan kedai-kedai fesyen tempatan dan luar negara. Berada di sini, terasa seakan-akan anda bukan berada di Hong Kong lagi. Deretan kedai-kedai mewah di laluan sepanjang 200 meter ni agak berbeza dengan kedai-kedai yang terdapat di sekitar kawasan Wan Chai dan juga tempat-tempat lain di Hong Kong.




Tujuan utama ke sini adalah semata-mata nak makan Rose-Shape gelato di Givres. Hikhikhik...




Waktu operasi untuk Givres di Hong Kong ni adalah dari 11.30am hingga 9.00pm.




I beli kombinasi perasa rasberry dan mango. Perghh! Dah lah cantik, sedap pulak tu!


Rose-shape Gelato dah mula nak cair

Dah puas hati dapat pergi Givres, kita teruskan perjalanan lagi dengan tram. Naik dari station yang sama, kali ni turun di Ponger Street station dan berjalan ke Hong Kong metro station. Ramai betul orang di station ni kerana ia juga merupakan hentian terakhir untuk Keretapi Express dari Hong Kong Airport.




Kita menaiki keretapi ke Sunny Bay, dan kemudiannya turun untuk bertukar ke Disneyland Resort line di Platform 3.




Rekabentuk Disneyland Resort train in sungguh comel dan berdasarkan karakter Mickey Mouse.












Sampai di Disneyland Hong Kong sekitar pukul 1.00pm.




Waktu operasi untuk Disneyland Hong Kong adalah dari 10.00am hingga 8.00pm. Jika ada masa, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukan bunga api iaitu pada 8.00pm.


























Terdapat dua restoran yang menyediakan makanan halal di Disneyland Hong Kong iaitu Explorer's Club di Mysc Point dan Tahitian Terrace di Adventureland.























Ingat nak makan di Tahitian Terrace Restaurant ni tapi malangnya ditutup pada hari tu.















Last-last makan waffle berbentuk Mickey Mouse yang terdapat di salah satu stall di Main Street Market.
















I love the fireworks so much!






Balik dari Disneyland balik dulu ke apartment. Selesai makan masakan yang dimasak oleh travel buddy kita, keluar semula kononnya nak pergi shopping di Ladies Market tapi malangnya entah kenapa malam tu tempat tu ditutup awal. Nasib baik ada dua-tiga stall yang masih buka, so dapatlah juga beli souvenir seperti T-Shirts dan magnets.

Ok sekian je untuk 2nd day kita di Hong Kong. Nanti kita sambung lagi untuk day 3 ke Ocean Park. Until then, bye!


No comments:

Post a Comment