Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Saturday, 27 September 2014

Day 4 in Sydney - Ipoh on York, Queen Victoria Building, Paddy's Market, Macquarie Street

Hari terakhir di Sydney...

Kita melepak dan bersarapan ringan-ringan dulu di bilik hotel. Barang dah siap pack dari malam semalam, so tinggal bersiap je. Pukul 11.00am baru check -out. Tinggalkan all our bags kat reception sebab nak pusing Sydney one last time.

Kita mula gerak ke York St untuk makan kat kedai yang kita lalu semalam - Ipoh on York.





Kedai ni berkonsepkan ala fast food di mana kita perlu membuat order di kaunter dulu. Kemudian nombor kita akan dipanggil apabila makanan telah siap.




Kopi dan teh ais di sini kaww!!


 Makanan yang dijual di Ipoh on York ini telah diiktiraf halal oleh Australian Islamic Authority.





We all makan Nasi Ayam Hainan, Penang Kue Tiaw dan Nasi Lemak.

Fuhh!! Nasi Ayam dia memang sedap! 100% rasa macam kat Malaysia. Recommended! Makan untuk 5 orang dengan drinks AUD71.


m



Lepas makan kita jalan ke arah QVB untuk window shopping sekejap. Dari situ, naik bas no M30 kat bus stop A di belakang QVB untuk ke Paddy's Market.  Dekat je hanya 2 stops, kalau ikutkan boleh je jalan kaki tapi saja nak rasa naik bas kat Sydney. Bayar tambang gunakan Opal Card.




Kita turun di Haymarket area dekat Campbell St dan jalan ke arah Paddy's Market.




Fyi, untuk ke Paddy's Market ni boleh juga naik light rail.







So, inilah Paddy's Market, syurga membeli-belah di Sydney kepada sesiapa yang nak beli souvenirs. Murah!





Rambang mata!

Seronok sangat shopping, sedar-sedar dah banyak sangat barang tak tau mana nak bawa balik ni! Maka, terpaksalah beli satu lagi trolley bag. Tak pasal tambah luggage!




Selesai shopping, kita decided untuk buat one last tour sebelum balik ke hotel. Jalan kaki ke Town Hall station untuk naik train ke St James station.

Bukannya jauh pun St James station ni, tapi bila naik train berpusing satu round melalui Wynward dan Circular Quay stations, end up dekat-dekat situ jugak cuma the other side. Kalau jalan kaki dari Town Hall memang boleh sangat. Tapi sebab kita nak habiskan balance duit yang ada dalam Opal Card tu, makanya naik je lah train...hehehe..



Pemandangan di Circular Quay station dari dalam train

Turun di St James station, first impression was - wahh!! macam train station dalam cerita Narnia!





Keluar dari St James station, kita sudah berada di Hyde Park. Di sini ada J.F. Archibald Memorial Fountain dan St Mary's Cathedral.







Ada statue Major General Lachlan Macquarie, "The Father of Australia" di sini.


So, lepas tu kita jalan-jalan area Macquarie Street yang penuh dengan monumen yang menarik. Keluar je dari Hyde Park arah Macquarie Street, terletaknya Hyde Park Barracks Museum.




Prince Albert statue

Yang ni adalah Sydney Hospital, which has been located at the present site on Macquarie Street since 1811.





Jalan lagi dan akan jumpa The State Library of New South Wales.  It is the oldest library in Australia.



Selesai tour ni, budak-budak ni ajak ke Circular Quay lagi, sebab diorang nak cari satu benda ni. Apakah itu? Well...





Gelato yang dijual di stall ni ada dilabel "gelatin free / fat free". Lepak kat Circular Quay untuk makan gelato sambil menikmati pemandangan indah mengadap Opera House. Nyumm! Bertambah sedap rasa gelato walaupun makan dalam cuaca sejuk!

Selesai makan, kita terus gerak semula ke hotel untuk tunggu our cab driver Mr Ali to pick us up.

Untuk ke Sydney Airport, perjalanan mengambil masa kira-kira sejam sebab jalan sesak, time orang balik kerja. Selesai check-in luggage, kita cari surau untuk solat. Nasib baik ada..

Untuk pergi ke surau ni, mula-mula kena naik lift di sebelah kaunter F ke tingkat 3...


Keluar lift, jalan terus ke depan...lepas tu ke kanan.


 Jalan lagi...


Inilah suraunya. Tapi bilik yang sama dikongsi kaum lelaki dan perempuan. Dan kalau diperhatikan, ada Bible di dalamnya. Mungkin penganut agama lain pun gunakan bilik yang sama...





Selesai solat, kita pun masuk ke Departure Hall. Kali ni security agak tight, siap ada anjing pengesan lagi. Redha je lah...

Ok guys, itu saja pengalaman saya sekeluarga melancong ke Sydney pada musim bunga 2014. Best! Sebab kita cuma berada di sekitar CBD je, so dapat menikmati suasana Sydney city dengan tenang dan santai.

In summary, in 4 days we've visited / dined at:

1.   The Rocks weekend market
2.   Circular Quay
3.   Darling Harbour
4.   Malay Village a.k.a. Mamak Village
5.   Taronga Zoo
6.   The Fish Stop
7.   Sydney Opera House
8.   Neptune Palace Chinese Restaurant
9.   Woolworths, Town Hall
10. Hard Rock Cafe
11. SEA Life Aquarium
12. Madame Tussauds
13. Enfes Kebabs, Harbourside
14. Peter's, Sydney Fish Market
15. Ipoh on York
16. Queen Victoria Building
17. Paddy's Market, Haymarket
18. Hyde Park
19. J.F. Archibald Memorial Fountain
20. St Mary's Cathedral
21. Hyde Park Barracks Museum
22. The State Library of New South Wales


That's it for now. Semoga entry saya ni sedikit sebanyak boleh jadi reference untuk backpackers di luar sana ya!

Until next trip, Cheers mate!

xoxo
CQ


Sunday, 21 September 2014

Day 3 in Sydney - SEA LIFE Sydney Aquarium, Madame Tussauds, Sydney Fish Market

Hari ke 3 di Sydney, cuaca pada pagi ni nampak kelam. Hujan renyai...

Dalam itinerary, sepatutnya kita ke ke ASICS Factory Outlet di Birkenhead Points pagi ni. Kena naik bas kalau nak ke sana. Tapi bila discussed dengan En Hubby, kitorang macam malas pulak. Macam tak ada mood nak bershopping bagai, tak ada apa nak yang nak dibeli pun. Kalau setakat branded stuff, kat Johor Premium Outlet pun melambak.

So kitorang plan nak ke Luna Park di Milson Points instead. Tapi bila check website tulis tak beroperasi hari ni. Menurut few comments dalam internet, Luna Park ni hanya dibuka pada hari tertentu sahaja, mungkin kerana kekurangan pengunjung. Boleh gitu? Tapi kalau buka pun, cuaca tak berapa sesuai untuk outdoor activities.

Kita terus tukar plan lagi. Next yang ada dalam itinerary - SEA LIFE Sydney Aquarium.

Ini map untuk area sekitar Darling Harbour.





But first thing first, breakfast dulu. Malas nak terfikir-fikir lagi, terus gerak ke Malay Village yang kita pergi semalam. This time we chose Roti Pisang, roti canai dengan nasi lemak. Tak lupa, teh tarik kaww!

Lepas makan, keluar ikut pintu belakang Wynyard Station ni dan tembus ke York St. Dah dekat sikit... Tapi tetap jaraknya 1.7km dari hotel la...huhuhu!


Ntah pokok apa kat tepi jalan ni. Macam menarik je buahnya..

Pada saya, Sydney ini menarik dengan rekabentuk bangunannya yang unik dan pelbagai. Bangunan-bangunan lama masih terpelihara dengan baik dan mempunyai unsur-unsur Georgian, Eclectic Neo-Gothic atau Victorian.

Sepanjang York St




Di York St ni ada tempat makanan halal - Ipoh on York. Next entry nanti kita cerita tentang tempat ni.

Jalan sampai nampak Queen Victoria Building ni, then turn right di Market St.



Jalan straight sampai nampak laluan pejalan kaki menuju ke Darling Harbour melalui Pyrmont Bridge.




Pyrmont Bridge

Dari sini, turun ke bawah sekali untuk ke SEA LIFE Sydney Aquarium dan Maddam Tussauds.




Tickets untuk both attractions I dah siap-siap beli online, so tak payah beratur lelama...

Mula-mula kita masuk ke Sea Life Sydney Aquarium. The aquarium contains a large variety of Australian aquatic life, displaying more than 700 species comprising more than 13,000 individual fish and other sea and water creatures from most of Australia's water habitats

OPENING HOURS:
9:30am - 7:00pm daily

LAST ENTRIES:
Strictly 6:00pm












Kemudian, kita perlu berjalan lagi sebelum turun ke bawah untuk masuk ke kawasan aquarium ni. Kira underwater lah ni....







Keluar dari SEA LIFE Sydney Aquarium, masuk pulak Madame Tussauds kat sebelah...

Open hours : 9:30am to 8:00pm daily. Last admission at 7.00pm.





Banyak patung-patung ikon ternama yang ada kat sini.







Keluar dari sini dah dekat pukul 3pm. We've decided untuk ke Sydney Fish Market juga walaupun dah agak lewat. Esok dah nak balik, takut tak sempat. So, jalan ke The Star untuk naik light rail ke Fish Market. Jauh jugak kena jalan...

Penat cari counter nak beli ticket tapi tak jumpa, rupa-rupanya boleh bayar kat conductor kat dalam tram.



Turun kat station ni...




Naik atas dan jalan ke arah trafic light...




Err.... dia datang!... bahaya, sekali kalau kena patuk ni....



Alamak! Couple malang ni menjadi mangsa burung-burung, It happened right in front of our eyes. Do not feed the birds, they say. Ini dah kes the birds feed themselves!..... Eeeeee, takutnya!





Kat sini, kita plan nak makan di Peter's Market as suggested by few bloggers. 




Btw, melihat kejadian tadi, kitorang tak berani nak duduk luar so cari meja makan kat dalam market ni.





Kitaorang order set Seafood Platter dapat sebotol Coke harga AUD24.50. Ada fish, oysters, prawns, squids, calamari and chips. Tak agak-agak order dua pinggan... Potion yang banyak hokehh! Makan 5 orang, sepinggan pun tak larat nak habiskan! Last-last bungkus bawa balik...

Verdict : I preferred fish better. Yang lain-lain tu tak kena tekak.... By the way, minah kat kaunter ni tanya nak letak bacon tak (in English la hehehe!) ? Errr, no thanks..... Ok, tak nak tanya lebih-lebih bacon tu dari sumber apa nanti dah was-was. Kat kaunter tu pun takde displayed pun pasal bacon ni. Mungkin upon special request kot. Inilah masalahnya kalau makan kat seafood restaurant dan bukannya halal restaurant. Takut ada termasuk benda-benda non-halal, mungkin bukan secara direct - sauce, broth, cooking oil yang sama - who knows?

And after much thought, I wouldn't recommend this place to Muslims unless kalau nak beli fresh seafood and cook it yourself later...  But of course, this is just my personal opinion dan terpulanglah pada masing-masing untuk menilai sendiri ya...





Selesai makan, returned to the light rail station dan turun di Convention Centre di belakang Harbourside.



Alang-alang dah sampai Harbourside ni, sempat singgah kat Hard Rock Cafe untuk beli t-shirt lagi dan Enfes Kebabs untuk tapaw Snack Pack yang sedap itu! Padahal yang Peter's tadi dah bungkus... Boleh ke makan ni? We'll see... Hehehe!

Ok dah selesai semua, time untuk balik hotel. Tapi rasa tak larat nak jalan jauh-jauh ni. So we decided untuk naik ferry dari Pyrmont Bay ke Circular Quay. Dari situ dah dekat sikit untuk ke hotel.





Sangat-sangat relaxing naik ferry kali ni sambil menikmati pemandangan sekitar Sydney... cantik!

Pemandangan dari dalam ferry

One of the stops adalah Luna Park ni. Memang betul tutup...

Luna Park



Balik ke hotel, panaskan bekalan tadi dan sentap ramai-ramai. Licin!

15 minit lepas tu, anak-anak I suruh masak Maggi pulak...

Aishhhh!...