2nd June 2015
Jam 8.30 pagi, kita mula bertolak menuju ke destinasi seterusnya iaitu Amsterdam melalui jalan laut.
Dijadualkan menaiki feri di Port of Dover pada pukul 11.30 pagi. Malangnya, perjalanan kami ini tertunda sehingga 3 jam disebabkan oleh cuaca yang kurang baik dan keadaan laut yang bergelora. Seram juga tengok keadaan laut masa ni...
Jam 3 petang, barulah bas kami dibenarkan untuk menaiki feri. Perjalanan dari Port of Dover merentasi English Channel ini mengambil masa kira-kira 90 minit untuk sampai di Calais,France.
Keadaan dalam feri ni agak luas dan para penumpang boleh meninggalkan kenderaan masing-masing untuk duduk di lounge di tingkat atas feri ni. Boleh le kalau nak minum kopi ke makan-makan apa yang patut...
Dari Calais pula, it took another 2 and half hours to reached Amsterdam, cuma sesekali je berhenti untuk toilet break. Along the way, ternampak banyak wind turbines sebegini. Fyi, by December 2013, 1,975 of these turbines were operational on land in The Netherlands. The Dutch are trying to meet the target of producing 14% of their total electricity from it by 2020. Malaysia tak nak buat jugak ke?
Lebih kurang pukul 7.00 malam baru tiba di camping site. Maknanya kita telah buang seharian ni dalam bas saja. Apa nak buat... ikut group tour macam tu lah gamaknya ya... Perut pun dah lapar gila dari pagi cuma makan keropok dengan coklat je huhuhu! Sampai je camp site tu terus makan macam tak hingat!
Inilah cottage penginapa kami yang super cute ni! Cuma satu je tak bestnye, toilet kat luar ya! Adoyaii, bercinta betul kalau time nak pergi mandi, sejuk gila!!
Ada double-decker bunk beds macam ni budak-budak memang suka je lah...
Terdapat juga macam-macam jenis cabin kat sini...cute-cute belaka!
3rd June 2015
Our first destination in Amsterdam was Zaanse Schans. Tak complete le kalau ke Amsterdam kalau tak ke sini yang terkenal dengan kincir angin.
Ada pula students dari Germany yang datang buat persembahan kat sini. Such talented bunch of kids!
Dari Zaanse Schans, kita bergerak ke bandar pelabuhan terkenal di Amsterdam ni iaitu Volendam.
Kemudian ke Cheese and Clogs factory ni.
Their smoked cheese is to die for! Seriously! Kalau datang sini try lah kalau tak percaya...
Kemudian kita ke bandar Amsterdam pula untuk cari souvenirs.
Untuk tempat-tempat makan halal di Amsterdam dan Volendam serta sekitar Eropah, sila klik sini
Tapi, frankly speaking I don't prefer bandar Amsterdam ni sangat. Yang luar bandar tu ok. Kat sini macam takde feel... Maybe sebab bandar ni yang sibuk dengan kereta, motor, tram, basikal semua nak lalu kat tempat yang sama... Nak lintas jalan pun sangat merbahaya even kat traffic light!
Lagi satu maybe sebab bandar ni terkenal dengan Red Light district kot - prostitution adalah sesuatu yang legal di sini! Yang tulen bang!
Dan kadangkala tengah jalan-jalan tu terhidu bau-bau yang semacam je, don't be suprised sebab coffee shops kat sini dibolehkan untuk menjual cannabis tapi secara discreet la of course. Dan even ada pot delivery service taw!
So akak-akak kat luar sana tu kalau suami suka bercuti dengan kengkawan dia kat Amsterdam, sila le check betul-betul ya kot-kot dia ada acara tambahan dalam itinerary dia tu....hikhikhik!
So itu saja cerita Amsterdam kami sekeluarga. Next time kita cerita pasal Brussels dan Luxembourg la pulak.
Sekian, wassalam...