Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Monday, 14 September 2015

Melancong Ke Eropah : London - Big Ben, London Eye, Madame Tussauds, London Central Mosque, Harrods & Primark

Assalam,

Ok kita sambung semula cerita kita di London...


1ST JUNE 2015

Hari ni kita dah start join the tour company. Sampai ke campsite di Essex ni pada petang semalamnya, suhu di sini lebih sejuk dari di London sebab berangin.

Kawasan ni terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari London...




Kami bernasib baik kerana dapat upgrade ke cabin. So untuk dua malam di sini, dapat menginap di bilik yang selesa jugalah...







Sebenarnya gambar di atas ni adalah antara dua bilik yang mula-mula kita tengok. Later dapat tukar ke bilik yang lebih besar dari yang ni, muat untuk kami lima beranak...




Lengkap dengan dapur untuk memasak...





Dapat juga merasa local beryani sedap ni yang ditempah khas oleh tour company ni...




Pagi ni kita dibawa melihat sekitar bandar London dengan bas...









Sepatutnya kita turun di Buckingham Palace ni untuk quick tour. Malangnya, time ni macam ada some sort of event, so bas tak dibenarkan berhenti di kawasan ni. Makanya, cuma dapat snap gambar dari dalam bas aje le...









Next, kita dibawa untuk melihat-lihat di kawasan sekitar Big Ben dan London Eye. Untuk siapa-siapa yang tak tau, Big Ben is the great bell inside the clock tower at the Houses of Parliament in Westminster, London.

Masa di sini, sempat makan di sebuah restoran halal di sini iaitu Ned's Noodle. Entry lanjut tentang Ned's Noodle dan tempat makan halal lain sekitar London dan Eropah, sila klik sini .








Kita tak naik pun London Eye ni because a ride on the London Eye takes 30 minutes, and it travels at a speed of about 0.6 miles per hour. Tak cukup masa, nak makan lagi..





Seterusnya, kita turun pula di Madame Tussauds. Memandangkan kami dah pernah masuk tempat yang sama di Sydney, malas pula nak bazirkan lebih kurang 30 pound seorang semata-mata nak tengok patung je.




So dengan tidak membuang masa I pun ajak En Husband ke Harrods dengan menaiki tube. Duit dalam Oyster tu pun ada sikit lagi. Nak beli apakah kali ni? Takkan macaroon Laduree lagi kot?

Nope...

Ada unfinish business kat sini... Ngeee!!!


Ni je lah yang mampu beli kat Harrods


Kita cuma ada masa dalam sejam je untuk kembali ke bas semula. Tetapi masa kat dalam Harrods ni, punyalah susah nak cari tempat tax refund. Bila dah jumpa, kena jawab macam-macam soalan pulak untuk dapatkan form tax refund tu ..

Bila selesai je, terus berlari dalam tube station tu macam tengah race... Sampai kat bas dah lewat 10 minit! Tapi kita bernasib baik sebab ada yang lagi lewat.... fuhh!

Lepas semua dah naik ke bas, kita dibawa pula bersolat di London Central Mosque. Ia terletak berdekatan dengan Regent's Park, kira-kira 10 minit je perjalanan dari Madame Tussauds.







Untuk acara terakhir, kita dibawa pula ke Oxford Street untuk bershopping. Kali ni dapatlah I ke Primark yang famous tu. Tapi lupa pula nak snap gambar Primark ni.

Harga barang-barang kat Primark ni memang murah even kalau kita convert ke ringgit! Tapi ada certain barang je la yang I rasa worth beli, yang lain-lain tu tak perlu la sebab kita ada banyak hari lagi nak travel ni, so kena shopping berhemah sikit sebab nak save space. Tapi akhirnya, kena juga beli trolley bag sebiji sebab dah tak muat nak letak barang... aduss!

Masa kat Primark ni lah I terjumpa dengan Rozita Che Wan retis tu... Mula-mula I tak perasan pun, En Husband yang bagitau. So I tanpa berfikir panjang terus pergi kat dia. Macam ni le lebih kurang perbualan kami...

Me : Hi! You Rozita kan?
Her : Angguk perlahan
Me : Boleh kita ambil gambar together?
Her : Ok (tapi macam nada terpaksa la)
Me : (Sambil keluarkan handphone) Err... I ganggu you ke ni?
Her : Hmmm.. I nak cepat ni (sambil belek2 baju dgn tekun nya).
Me : Okay kalau macam tu tak payah lah  (terus blah. I bukan peminat dia pun ...kikiki!)

Moral of the story, kalau jumpa kat oversea jangan ingat semua Malaysian tu friendly, especially artis. Tapi I tak salahkan dia pun, maybe dia ada her own reason.

Maybe:-

1. Dia tengah betul-betul bz nak cepat
2. I orang ke 20 ajak dia bergambar so dia penat
3. Muka dia tak camera-ready nanti nampak flaws
4. I jumpa dia tu kat Primarks so maybe dia tak suka nanti satu Malaya tau dia shopping kat tempat murahan. Dia kan biasa amik gambar kat kedai-kedai seperti Chanel, Dior atau yang sekelas dengannya...

Maybe... who knows? However, I takde pun rasa marah ke whatsoever so I just let it go je...

Lain lah kalau macam masa terjumpa Ricky Kim (Oh My Baby and Let's Go Dream Team) kat airport balik dari Korea. Oh yess I memang terkilan sampai sekarang sebab tak sempat bergambar dengan dia... Punyalah baik sungguh dia melayan para gadis yang ajak bergambar walaupun minah-minah ni tak semua pun yang kenal dia..

Me? Time tu la handphone habis battery, kamera ntah kemana-mana....Aigooo!!!

Anyway, I end my story here for now. In Sha Allah, ada masa I sambung lagi k.

Bye!


No comments:

Post a Comment