Months after our family trip to Europe in May and June 2015 ended, this is my final post about it (at last !), sebelum continue dengan next trip. Fuhh! Berjela-jela post, ambil masa berbulan-bulan pulak tu nak siapkan, sampai dah masuk tahun 2016 ni tak habis-habis lagi cerita...!
Ok here goes...
7th June 2015
On this date, it was our last day in Switzerland. Sepatutnya bertolak dari campsite menuju Paris pada 9.00am. Malangnya ada hiccup sikit perjalanan kita pagi tu. Entah macam mana our bus driver accidentally terlanggar pembahagi jalan masa nak keluar dari campsite (actually the road is very very narrow). So nak settle tu ambil masa yang agak lama sebab kena tunggu polis datang (dengarnya kena fine CHF1,000 on the spot sebab rosakkan pembahagi jalan tu... aduss!). Tak habis dengan drama tu, nak keluarkan bas pun satu hal lagi.... adoyaii! At last, pukul 11.30am baru dapat teruskan perjalanan.
Dari situ dah nampak sangkak dah and unfortunately from that moment on, our misadventure continues...
According to the itinerary, kita sepatutnya tiba di Paris around 4.00pm. Sempatlah nak ronda-ronda Paris sekejap. However, due to our late departure, nampaknya semua plan dah tak menjadi. Lagi satu, perjalanan kami sepatutnya melalui highway untuk terus ke Paris, tapi kemudian kami dapat tahu yang kita sebenarnya ikut jalan dalam melalui perkampungan di France. Nak elak traffic jam katanya. Makin lambatlah nak sampai ni. Nasib baik pemandangan kat kawasan ni cantik, so taklah boring sangat.
Akhirnya, kita sampai di Paris dalam pukul 9.00pm. Oleh kerana masa ni summer, keadaan masih terang macam waktu siang. At this point of time, bermulalah episode mencabar mental dan fizikal kami sekeluarga yang tak boleh dilupakan....
If you all ada terbaca my earlier post tentang our trip ke Europe ni, mesti tahu masalah yang I hadapi dengan this travel agent. Two weeks before our travel date, they emailed to us the new itinerary which is different from the one yang kita dapat earlier. Oleh kerana kita dah booked flight according to the earlier itinerary (fyi,we only took the ground arrangements), makanya our trip ni started one day later and ended one day earlier from them. Due to their reckless action, it cost us a lot deal of discomfort and stress, not to mention additional costs sebab banyak benda yang kita terpaksa arranged sendiri seperti hotels dan tiket Eurostar yang baru.
Me and my husband ni bukan jenis yang tangkap muat je. Kita dah biasa bila nak travel, everything we must planned at least 6 months ahead in order to get the best rate possible since kita travel ni beramai-ramai dengan anak-anak. So when things didn't go as planned bukan sebab kesilapan kita, terasa sakit hati juga tapi terpaksa pendamkan sebab tak nak kecoh-kecoh masa kita travel ni. Kalau macam ni, rasanya lebih better kalau I sendiri arrage trip ke Europe ni!
One more thing, tiket untuk Disneyland Paris (DP) kita dah beli online dated 8th June 2015 tapi kalau ikut itinerary baru, they will only go to DP on the 9th. How annoying? That is why we have decided to continue on our own...
Dari start join tour group ni sampailah ke few days sebelum bertolak ke Paris ni, kita dah informed kat tourist guide on our plan. Minta dia drop us off kat Val d'Europe train station on their way to Paris and then we'll continue our own way. Malangnya, masa dalam bas dah nak sampai Paris baru dia bagitau yang dia tak boleh nak hantar sebab dah behind schedule. Boleh bayangkan tak macam mana perasaan I masa tu. Terpaksa angguk-angguk je la kepala ni masa dia explained tu. Takkan nak menjerit kat situ kot, ada karang kena turun tepi highway ntah kat mana-mana ni. So, sabar ajelah...
Akhirnya dia turunkan kita kat Maisons Laffitte station yang sangat jauh dari Val d'Europe station. Maisons-Laffitte is a railway station situated at northwestern suburb of Paris. Nak tambah sedap lagi drama ni, phone line yang kita beli kat London haritu pulak takde coverage kat France walaupun sepatutnya termasuk dalam package tu. Kiranya kita travel the traditional way lah ni...
Nampak tak betapa jauhnya Maisons Lafitte tu dari Val d'Europe |
Dari Maisons Lafitte ni sepatutnya kita naik direct train RER A towards Marne La Vallee-Chessy (DP station) straight to Val d'Europe. Hanya berpandukan apps offline train schedule dan takde persediaan awal, akhirnyanya kita tersalah naik train kerana train time yang listed dalam apps tu tak sama dengan actual train time. Train yang kita naik tu berakhir di Haussman St-Lazare station. Setelah bertanyakan kat staff information counter, dia suruh kita naik Metro line 14 ke Gare De Lyon dulu, kemudian sambung balik naik RER A untuk ke Val d'Europe. Tiket yang mula-mula kita beli di Maison Lafitte ke Chessy boleh digunakan di sepanjang perjalanan ni, termasuk untuk transfer line.
Masa naik train dari Gare de Lyon, yang kelakarnya train ni berhenti jauh sikit ke depan. Maka semua orang terpaksalah berlari-lari takut tak sempat naik. Dalam berebut-rebut nak naik train yag agak sesak tu, tiba-tiba I terasa macam ada orang seluk dalam handbag I. Nasib baik I cepat tersedar, memang ada seorang black guy berdiri rapat sebelah I masa tu. Lepas tu dia buat muka selamba sambil baca paper. I pun bagitau En Husband pasal ni dalam Bahasa Melayu kuat-kuat and bila dia tengok lelaki tu, mamat ni still pretended baca paper tapi sambil senyum. Mungkin dia faham I tengah mengadu. From that moment on, I terus kepit beg I rapat-rapat and luckily he didn't attempted any further.
Setengah jam selepas tu, kita pun sampai di Val d'Europe station. The reason kita turun sini adalah kerana kita dah booked Residhome Hotel kat sini supaya senang nak ke Disneyland esok. Cuma masalahnya, sesampainya kat station ni kita tak tahu arah mana nak ke hotel. Masa ni dah pukul 11.30pm dan keadaan dah gelap. Ada dua pintu kat station ni, kiri dan kanan. Disebabkan takde internet, kita gamble je lah. Mula-mula I ke arah pintu kiri, tapi lepas tu nampak macam gelap je. Tak jadi lah, let's try the other door I told my husband. On our way towards the door, kita terserempak dengan tiga orang policemen ni. So I tanpa agak-agak bertanyalah kat diorang bertiga arah Residhome Hotel. Malangnya diorang pun tak tahu tapi masih cuba nak menolong. Kalau korang tengok masa ni agak kelakar lah sebab masing-masing sibuk study map kat station ni sambil berbual tapi I cakap dalam English and these policemen ntah ape yang diaorang cakap dalam French. Hahaha! Last-last, dengan muka yang tak berapa confident, diorang pun tunjuk arah pintu sebelah kiri. Nampak sah diorang pun tak tahu ni! Tapi sebab taknak kecikkan hati diorang, kita pun ikutkan aje lah meredah kegelapan malam. Tapi akhirnya lepas sejam berpusing-pusing still tak jumpa. Setelah bertanya beberapa orang lagi kat sini, masing-masing kata tak tahu. Jauh sangat ke hotel ni??
Akhirnya dalam keadaan I dah nak start panik, ada seorang mamat French ni jenguk kepala dia keluar tingkap. Agaknya dia nak check apa yang memekak sangat bunyi orang tarik trolley bag memalam buta ni. Nasib baik bila husband I tanya, dia tahu kat mana hotel tu. Fuhh! Tapi kena dengar betul-betul la sebab dia explain in French (again!) dan sign language. So conclusion nya, yang kita faham hotel tu mungkin kat the opposite side of the train station then kena belok-belok sikit. Ok lah, let's try one more time.
So kita decided untuk return to the train station dulu. On the way tu, berhenti duduk jap kat bus stop sebab dah terlalu penat. At this point of time, I truly felt sorry towards my children sebab kena lalui semua ni. At the same time, I'm scared for their safety sebab macam agak dangerous juga especially untuk kita ni Muslim yang bertudung, travel alone in this foreign land at this late hour. Yang agak menghairankan, takde kedai yang bukak kat area ni, semua gelap je.
Yang sedihnya bila I said sorry to my children, diorang cheerfully replied "Eh it's okaylah ibu. Takpe".... Terharu!
At last, kita sampai semula ke train station and from there we walk out the door on the right. And then, there it was.The hotel! Right in front of us! Ya Allah! Dekat je rupanya.... time ni nak nangis ada, nak ketawa pun ada...
My 14 year old daughter said this : "Ibu, biasanya orang cakap 'malu bertanya sesat jalan'. Ni kita sesat sebab kita bertanya!" Hahaha! Yup, ni semua angkara tiga orang policemen yang very 'helpful' tu. Chehh!
Akhirnya, bila selesai check-in....Ohh alangkah leganya! Syukur Alhamdulillah dijauhkan perkara-perkara yang tak diingini..Dan setelah seminggu lebih di campsite dengan outdoor toilets, dapat tidur di hotel semula, terasa nyamannn!
Malangnya, time ni dapat tengok je la dapur ni yang complete dengan cooking utensils ni. Nak buat caner, maggi pun takde nak masak... Makan coklat lagi je lah... huhuhu!
Malam tu kitorang tidur tak ingat dunia....
8th June 2015
Our plan for this morning nak pergi shopping kat La Vallée Village. Their opening time is at 10.00am so lambat sikit keluar pagi ni sebab nak terus check-out.
Dari hotel kita jalan kaki ke arah Val d'Europe shopping mall. Bila dah siang, barulah nampak cantik kawasan ni... bila malam menakutkan la pulak...
Untuk ke La Vallée Village, kena masuk dulu ke dalam Val d'Europe Shopping Mall dulu dan teruskan berjalan ke arah kiri hingga ke hujung..
Entrance Val d'Europe Shopping Mall |
Jauh juga nak kena jalan dalam shopping mall ni..
Haa inilah dia entrance to La Vallée Village.
This village ni kira adik beradik dengan Bicester Village in London. Over a hundred prestigious fashion luxury brands such as Salvatore Ferragamo, Armani, Calvin Klein Jeans, Diane Von Furstenberg, Diesel, Gérard Darel, Guess, Jimmy Choo, Joseph, Longchamp, The Kooples, Tod’s, UGG and several French and international brands present in this open-air village where each house is a boutique. We can enjoy designer outlet shopping with up to 60% off. Open 7 days a week from 10.00am until 7.00pm. Dalam kesuntukan masa tu, dapat la gak sambar sepasang kasut Salvatore Ferragamo kat sini....ngeee! Dari 355 Euros lepas diskaun dapat 225 Euros, kira ok la tu....
Tak lama kat sini, budak-budak dah tak sabar nak gi Disneyland pula. Returned to the hotel nak collect luggage sebab dah tak ke sini lagi... Untuk tempat makan halal yang ada di Val d'Europe / La Vallée Village dan sekitar Europe, boleh klik sini .
Dari Val d'Europe station, terus ke next station Marne-la-Vallée - Chessy station (1 stop) untuk ke Disneyland. Luggage kita simpan kat sini sebab balik nanti nak terus ke airport.
Disneyland Paris area |
Sampai di Disneyland ni, anak-anak I dah excited dah...
Walt Disney Studios Park is the second of two theme parks built at Disneyland Paris in Marne-la-Vallee. Kita boleh beli tickets for both parks online. Dan ada Disney Village untuk shopping.
Tips untuk beli tiket lebih murah ke Disneyland Paris dan Walt Disney Studios Park :
Beli online. Ada yang kata kena select country France masa beli tiket untuk dapatkan harga yang lebih murah. Tak perlu, cuma perlu select, klik Asia / Malaysia and not UK. You will get same price as the French website.
Every person childhood's fantasy...
Ada Alice in Wonderland.
Pirates of Carribean..
Sebelum balik, shopping souvenirs di Disneyland Village. Untuk tempat makan halal di Disneyland Paris, boleh klik sini .
Sunset - pemandangan dari dalam TGV |
Di CDG, naik shuttle CDGVAL pula untuk ke Novotel Hotel di Terminal 3. Hotel ni sesuai sangat untuk yang ada flight pagi / transit sebab memang betul-betul kat airport.
9th June 2015
Akhirnya, setelah berada selama 14 hari di perantauan (chewahh! macam lama sangat je bunyinya), it's time for us to return home. Hurrah!
Malangnya, drama di Paris tak habis lagi rupa-rupanya. Mula-mula memandai gi Terminal 2 untuk claim Tax Refund, rupa-rupanya tak boleh buat kat situ. Kena claim kat Terminal yang kita nak berlepas nanti which is at Terminal 1. Terminal 2 untuk flight within Europe je hehehe! Dah satu hal kena patah balik naik CDGVAL. Lepas tu, kena beratur panjang pula untuk claim Tax Refund ni.
Yang tak boleh tahan, masa lalu body scanner kat airport, sensor asyik berbunyi je bila I lalu walaupun dah bukak belt segala. Makanya, dia suruh bukak kasut la pulak! Berkaki ayam sekejap. Nasib baik bukan baju! And last sekali, masa dia check my handbag, ada body lotion and makeup remover botol dia je besar, pun kena ambik walaupun I dah explain benda-benda ni cuma half full. Habis dia nak ambik jugak, haa ambik lah malas nak argue kan. Buatnya dia cari pasal ngan kita nak check macam-macam pulak, lagi haru!
Ntah kenapa banyak sangat hal yang berlaku kat Paris ni. Dari masa baru tiba, hinggalah dah nak balik, macam-macam hal. Tapi syukur Alhamdulillah semua berakhir dengan baik.
Overall, trip kali ni adalah yang paling lama, paling mahal, paling banyak negara sekaligus, paling banyak drama, paling banyak dapat pengalaman berharga dan of course paling best yang I pernah pergi. But if you ask me, next time should I forget Paris? Oh no, malah makin yakin nak pergi lagi sebab dah belajar banyak benda since I learned it the hard way... kikiki!
10th June 2015
Sampai KLIA after 16hours flight (transit 2 hours di Doha) dan kena pula tunggu few hours lagi untuk flight ke JB. Time ni memang dah tak boleh angkat kepala rasanya, jet-lagged tahap gaban!
Sesampai di JB, seminggu straight makan luar sebab nak fulfill wishlist sendiri dan anak-anak, yang mana kita dah mula terfikir masa kat Europe lagi.. Nasi lemak UDA, soto Skudai Kiri, ais kacang Tepian Tebrau dan ikan bakar Tip Top adalah antara item yang ada dalam wishlist tu....hehehe! Tak boleh jumpa kat Europe tu!
So sampai sini je cerita trip kita ke Europe in spring / summer 2015. Until next trip, Au Revoir!