Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Sunday, 10 January 2016

Melancong Ke Eropah : Bern, Switzerland

Assalam...


6th June 2015

Hari ni adalah hari ketiga kami sekeluarga di Switzerland, bermakna sudah 11 hari meninggalkan rumah. Terasa lama pula trip kali ni, anak-anak pun dah start bertanya bila nak balik.... hehehe! Masing-masing dah asyik teringat masakan kat Malaysia sebenarnya...

Ok sambung cerita trip kami lagi...

Hari ni tiada aktiviti disediakan oleh pihak travel agent, dengan erti kata lain free and easy lah kiranya sepanjang hari. Di Eropah, terdapat undang-undang dimana pemandu bas hanya dibenarkan untuk memandu selama 56 jam sahaja seminggu. Kemudian, mereka diwajibkan berehat selama 24 jam pada hari Ahad. Undang-undang ini dilaksanakan bagi mengelakkan pemandu keletihan dan boleh menyebabkan kemalangan dan menbahayakan keselamatan penumpang.

Setelah berbincang dengan suami, kami mengambil keputusan untuk melawat Bern. Kalau ikut plan asal, kami sekeluarga sepatutnya ke Europe dengan arrangement sendiri tanpa menggunakan travel agent. So I dah buat surveys dan sedikit sebanyak dah tau lah route keretapi kat Europe ni.

Mula-mula kami perlu menaiki public bus melalui kawasan perkampungan di kaki gunung (free ride as we have a visitor's card) untuk ke  Interlaken West railway station.




Sampai di Interlaken West station, kita perlu beli tiket Inter-City Express Train (ICE) untuk ke Bern. Cuma 3 hentian untuk sampai di Bern dan akan melalui kawasan Lake Thun dan Spiez yang indah.




Perjalanan dari Interlaken West ke Bern ni hanya mengambil masa selama 47 minit sahaja dengan menaiki ICE.

ICE High speed train

Memang cantik Lake Thun ni!




Sesampainya di Bern, kami turun di Bern Railway Station. Besar station ni sebab banyak penumpang transit kat sini untuk ke destinasi Europe yang lain.




Menariknya tentang the Old Town of Bern yang merupakan salah satu daripada UNESCO World Heritage site ni, ia hanyalah walking distance dari railway station. Bangunan-bangunan di sini kebanyakannya berkonsepkan medieval yang merupakan salah satu keunikannya.

Antara bangunan yang paling terkenal di Bern ni adalah Clock Tower (Zytglogge).










The Parliament Building is the seat of the Swiss government and the parliament.




Dah penat berjalan kaki, perut dah start lapar. Malangnya, masa ni hari Ahad makanya kebanyakan kedai di bandar Bern ni tutup, termasuklah restoran halal yang kita plan nak pergi. Untuk info tentang tempat makan halal di Bern dan sekitar Europe, sila klik sini .

Masa cari tempat makan ni, terjumpa pula dengan Berner Tramways ni pula. Ia akan bawa kita pusing-pusing bandar Bern ni lebih kurang dalam sejam. Best!






Memang cantik Bern ni. Tepatlah our decision nak ke sini....hehehe!








Selesai naik tram ni, kita pun decided untuk return straight to Interlaken West sebab nak cari makan. Plan mula-mula nak turun jalan-jalan di Thun dan Spiez stations terpaksa cancel sebab budak-budak ni dah bising kelaparan. Bagi makan roti pun dah tak jalan...huhuhu!

So lepas makan, memandangkan hari ni hari terakhir kita di Interlaken sempatlah pulak last minute shopping singgah beli souvenir cuckoo clock, untuk habiskan baki Swiss Franc yang ada.





Masa yang ada kami habiskan dengan lepak-lepak di tepi padang di Interlaken tengok paragliders sambil makan ice-cream... Fuhh relaxing betul! Sedih juga sebab ni last day kita jalan-jan di Switzerland yang super cantik ni. Kalau tanya I, Switzerland ni sesuai lah sangat untuk honeymooners... ;)






So that's all peeps until next time. Nanti I cerita tentang pengalaman ngeri di Paris ok. Bye!

No comments:

Post a Comment