Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Sunday, 8 May 2016

Seoul 6H5M Musim Sejuk / Bunga 2016 - Bukchon Hanok Village,Samcheong-dong, World Cup Stadium, Namdaemun, SM Town @ COEX

Assalam,

Jom sambung lagi cerita trip kita ke Korea..


21st March 2016

Menurut itinerari, pagi ni kita akan mulakan dengan melawat Gyeongbokgung Palace. Tapi memandangkang istana ni hanya akan dibuka pukul 9.00 pagi, maka I dah plan nak keluar awal sikit untuk pergi ambil gambar di Bukchon Hanok Village dulu. Mula-mula plan nak pergi berdua dengan En Husband je, tapi dia tak berapa selesa nak tinggalkan budak-budak tu sendirian. Maka, semua kena ikut termasuklah our room mate yang seorang tu. Kesian dia. Yang lain-lain I dah arrange untuk jumpa di Gyeongokgung Palace pukul 10.00 pagi.


Bukchon Hanok Village

Dari apartment, kita naik subway untuk ke Anguk Station dan keluar melalui exit 3. Untuk pengetahuan, Bukchon Hanok Village ni adalah salah satu tourist attractions yang popular di Seoul. Di sini, terdapat beratus-ratus rumah dengan rekabentuk tradisional Korea atau lebih dikenali dengan nama 'Hanok'.

Terdapat 8 'photo spots' di kawasan Bukchon Hanok Village ni untuk kita ambil gambar.





Tapi disebabkan kita tak banyak masa, terpaksa skip few photo spot locations. Asalkan dapat ambil gambar sikit-sikit jadilah. Malangnya, nak cari satu photo spot pun payah! Tersesat jugalah nak cari kawasan Hanok Village ni. Dah lah dengan jalannya yang berbukit-bukit yang curam! Terpaksa tanya orang di sini baru jumpa.


Memanjat bukit


Nasib baik keseluruhan kawasan kat sini dipenuhi dengan rumah yang cantik-cantik reka bentuknya. So takde la rasa buang masa sangat merayau kat kawasan ni.












Ntah tersesat kat rumah chaebol mana ni





Kalau tak silap, yang I jumpa ni adalah 6th photo spot...











Dari Bukchon, kita menyusuri lorong-lorong kecil untuk ke Samcheong-dong pula...





Samcheong-dong

Samcheong-dong is known as an artistic area and popular among tourist. Some would come here to relax at the cafes, to take photos of the mural art, to appreciate artwork at hanok galleries and to enjoy modern art at galleries. Unfortunately, most of the shops were still closed at this hour.







Masa kita melalui kawasan Samcheong-dong ni, kelihatan ada production company tengah shooting kat area ni. Tak nampak pulak tengah shooting apa, kalau Running Man dah lama dah kita kejar!







National Folk Museum of Korea

Dari Samcheong-dong, kita masuk melalui pintu National Folk Museum of Korea untuk ke Gyeongbokgung Palace. Sebenarnya, kalau nak berjalan kaki dari apartment untuk ke Bukchon dan Samcheongdong tadi pun boleh sebab terletak berdekatan, cuma penat lah sikit.


k .





Gyeogbokgung Palace

Untuk masuk ke kawasan National Folk Museum of Korea, pelawat tidak dikenakan sebarang bayaran. Tapi jika ingin masuk ke Gyeogbokgung Palace, anda perlu membayar entrance fee sebanyak KRW3,000 untuk seorang dewasa dan KRW1,500 untuk kanak-kanak / remaja berumur 7 - 18 tahun.

Time kita pergi ni, ada night tour untuk masuk ke Gyeongbokgung ni untuk jangka masa sebulan gitu. Malangnya, hari yang dia jual tour tiket tu online, cuma dijual di Korean website je. I ni menunggu lah macam nak rak kat their English website...hampeh.. Tiket tu habis terjual within first few hours je...



















Masa kat Gyeongbokgung Palace ni, kelihatan bunga-bunga sudah mula berkembang menandakan permulaan musim bunga. Tapi I tak pasti pula sama ada bunga ni adalah maehwa (aprikot flower) atau cherry blossom.




Tepat jam 10.00 pagi, acara "the Change of Guard Ceremony" pun bermula. Time ni our travel buddies yang lain pun tiba dari apartment so dapatlah diorang tengok acara ni...










Setelah masing-masing dah selesai mencuba baju gatekeeper, kita pun bergerak ke Gyeongbokgung subway station melalui exit 5 untuk ke destinasi seterusnya iaitu Seoul World Cup Stadium.





Seoul World Cup Stadium

Seoul World Cup Stadium ni merupakan home untuk pasukan bolasepak FC Seoul.

Turun di World Cup Stadium station dan melaui exit 1. Kat sini kita boleh join stadium tour dengan bayaran sebanyak KRW 1,000 seorang. Namun sebelum tu, dari subway station kita terpaksa berpusing ke arah bertentangan untuk ke entrance gate stadium ni. Jauh betul nak kena jalan, nyaris-nyaris nak give up!


















Haii, boleh dikatakan setiap minggu kita ke Stadium Larkin, tapi changing room pasukan bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) pun kita tak pernah masuk. Tapi kat Seoul ni pulak kita dapat experience memasuki stadium si Seoul ni ya! Daebakk!

Walaubagaimanapun, nampaknya changing room pasukan FC Seoul pun tak boleh menandingi milik pasukan bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Larkin ! See?! Bangga!








YG Entertainment

Next, acara khas untuk dua orang k-pop fangirls (my eldest daughter and my niece) iaitu melawat YG Entertainment. Kita turun di Hapjeong Station dan melalui exit 8. Untuk yang tak nak ikut, I dah arrange supaya diorang teruskan perjalanan untuk makan tengahari di Itaewon.

Spent 20 minutes bergambar bagai kat sini, tapi bila nak ajak gerak punyalah liat minah-minah ni! Kalau diikutkan, sanggup tunggu sampai malam kat sini asalkan dapat jumpa artis-artis favourite diorang! Haishhh!








Itaewon

Selesai di sini, time pun dah dekat pukul 2pm, kita terus ke Itaewon. Ingatkan nak makan kat Makan Restaurant tapi macam tak dah tak sempat, banyak lagi acara lepas ni. Nak try Eid Restaurant pun tutup on Mondays. At the end, beli kebab takeaway kat Ankara Picnic je sebelum menuju ke Seoul Grand Mosque untuk solat. Geng yang lain dah gi makan kat Uthmania sementara nak tunggu kami.





Masjid ni terletak berdekatan dengan Restaurant Murree.





Namdaemun Market

Lepas makan, terus gerak ke Namdaemun untuk shopping. Tapi tak tau pula kenapa, macam takde feel pulak nak shopping kat sini. Ingatkan I seorang, rupa-rupanya En Husband pun sama. Last-last kitorang merayau-rayau tak tentu hala je kat sini. Satu benda pun tak beli. Rasanya, I lebih selesa shopping kat Insadong kot. Sini macam banyak jual barang-barang yang boleh jumpa di Malaysia. Setakat baju-baju, brooch ni I tak berapa minat...




Ohoh! Salah satu sebab takde mood nak shopping maybe disebabkan my 17 years old niece dah start menangis berjurai airmata. Apahal pulak budak ni! Bila tanya, dia kata kaki dia dah sakit gila sebab terlalu banyak berjalan. Ler..... pasal tu je rupanya. Dia punya cara nangis macam sah patah riuk ke haper. Buat orang terkejut je.
Ye lah, I pun lupa ini first time dia ikut I jalan so dia belum biasa dengan cara my family travel. Kali ni I yang sponsored sebab tahu dia ni memang gilakan Korea and she can even speak little bit Korean. So I was expecting dia akan teruja setiap masa. Sangkaan I meleset nampaknya... Macam mana next time nak ikut ni?

So sementara menunggu yang lain bershopping, kita singgah di kedai Korean Dessert Cafe ni untuk berehat sekejap sambil minum air.




Tapi bila nampak Bingsu a.k.a ice kacang yang sangat popular during summer time, ek eh macam nak try la pulak. We chose blueberry flavor and it was delicious! My niece tu pun sempat la tidur sekejap kat kedai ni lepas I bagi dia ubat untuk tahan sakit.





M Town @ COEX Artium

Pukul 5.00pm, kalau ikut perancangan kita sepatutnya melawat K-Star Road bermula dari Garosu-gil, kemudian ke entertainment companies such as JYP, Cube, FNC dan SM di Cheongdam-dong dan berakhir di Coex Mall. Tetapi memandangkan masing-masing dah penat dan berjaya negotiate dengan budak-budak tu untuk lupakan hasrat nak ke Cheongdam-dong, we all decided untuk terus ke SM Town di COEX Mall instead.

Untuk ke COEX Mall, perlu naik train ke Samseong Station exit 5 or 6.




Keluar dari subway station je dah nampak bangunan SM Town @ COEX Artium.







Sebelum nak masuk ke SM Town, kitorang pun sibuk taking pictures kat luar dulu. Ada banyak patung-patung EXO kat luar ni. And then....

It happened so fast... Tiba-tiba I nampak my daughter and niece berlari ke arah dalam bangunan COEX. Eh eh! What is happening? Cuak jugak masa ni. Pastu terdengar suara orang menjerit-jerit pula. I pun tanpa berlengah lagi terus berlari ke arah yang sama. Once there, baru lah I ternampak this group of girls tengah berkerumun kat somebody and they're coming towards me! Wah wah I pun terus menyibuk-nyibuk sama nak ambil gambar kat situ tapi sayangnya tak berapa clear sangat. Siap kena tolak-tolak lagi dengan budak-budak perempuan yang lalu tu adalah....Kalau artist tu nampak pun mesti dia cakap - Alamak! Ahjumma pun minat kat dia jugak ke? Kikiki!




Lepas dari tu, baru lah nampak my daughter and my niece. Super excited nampaknya. Ek eh.... Ni saper tadi yang sakit kaki sangat sampai menangis-nangis bagai? Kejar artis k-pop boleh pulak sihat-walafiat je berlari sakan?? Ciss!

Btw,  they were  Xiumin and Chen of k-pop group EXO yang diorang terkejar-kejarkan tadi....  Oh, no wonder lah semua berlari macam tak hingatt!!

Earlier plan was to let the girls enjoy the SM Town Studio located at 3F, which is a virtual space offering visitors a glimpse into the real educational experience of SM artists, SMTOWN LIVErary CAFÉ, and SMTOWN THEATRE, featuring a large-scale Panavision screen where visitors can enjoy a mix of holographic and live performances. The entrance fee is 30,000 won per person.

Malangnya, studio tour tu dah full so tak dapatlah masuk. Cuma boleh jalan-jalan kat tingkat lain kat dalam SM Town ni.















Ada juga gift shop untuk beli souvenirs of your favorite SM Entertainment artists,







Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant


Malam tu kita dinner BBQ kat Yang Good Restaurant di Yeoksam. Bestnya!!

Untuk cara-cara nak ke Yang Good Restaurant, boleh klik sini .




Kalau difikirkan semula, hari ni memang banyak betul berjalan kaki. Dah balik ke apartment, baru lah terasa sakit-sakit segala.

Ok lah stop dulu. Nanti next entry kita akan sambung cerita ke Everland dan Dongdaemun pula...