Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Monday, 2 May 2016

Seoul 6H5M Musim Sejuk / Bunga 2016 - Nami Island, Petite France, Lotte World

Kita sambung lagi dengan trip kita ke Korea pada bulan Mac 2016...


20th March 2016

Next, tempat wajib untuk dilawati kalau ke Korea adalah Nami Island.

Pagi tu kita bertolak dari apartment pukul 7.00 pagi untuk ke Nami. Seperti sebelum ni, kita dah tempah tiket ITX secara online untuk perjalanan dari Cheongnyangni Station ke Gapyeong Station. Dari situ, kita menaiki Gapyeong City Tour Bus pula (harga tiket KRW6,000 untuk dewasa dan KRW4,000 untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas) untuk ke Nami Island.


Jadual Gapyeong City Tour Bus

Based on past experience, kalau nak ke Nami better pergi pagi-pagi sebab tak ramai orang. Unfortunately, masa nak naik feri untuk ke Nami, ada few large tour groups dari China baru tiba. Alahaii, memang manyampah betul kalau terjumpa diorang ni sebab rata-rata memang jenis tak makan saman...dia je nak berebut dulu.

Even masa tengah beratur nak naik feri ni pun ada sorang pompuan ni dengan selamba menyelit depan group kitorang sebab nak berselfie... Dahlah tempat tu sempit pastu nak berlama-lamaan pulak siap berpusing-pusing bagai. Masuk kali ke 3 dia nak terpusing-pusing kat depan muka kitorang ni, dah tak boleh tahan dah so I pun sound dia - "Are you done?" baru lah dia nak beralih ke belakang semula. Bukan nak berkira, tapi sikit-sikit sudahlah! Nanti bila dah sampai Nami karang haaa gasaklah situ nak berpusing ke berguling ke takde orang nak marah.... Aiishhh!


 




Ecehh pandai pulak tengok kamera yerk...


Untuk lunch, kita singgah di Asian Cuisine Restaurant (Dongmoon) yang terletak di sebelah Library. Restoran ini telah diiktiraf halal oleh Korea Muslim Federation.






Melihat pada menunya, terdapat pelbagai pilihan makanan Korea untuk dicuba. Harganya boleh tahan, tak berapa mahal dalam lingkungan KRW10,000 hingga KRW35,000 per dish.






My choice was Grilled Chicken with Teriyaki Sauce and Rice. Mashittda!




Salah satu menu kat sini adalah Jajangmeon a.k.a. black bean sauce noodles. Yeay! Bukan senang nak cari Jajangmyeon yang halal kat Korea ni. Excited sangat sebab salah satu item yang ada dalam my wishlist adalah nak makan Jajangmyeon hokehh! Ni semua sebab pengaruh K-drama lah ni! Kikiki!


Jajangmyeon


Our friend tried the Jjampong, a Korean spicy noodle soup flavoured with seafood and gochugaru (red chilli pepper flakes).




Dah kenyang, kitorang tour sikit lagi kat Nami ni sebelum menuju ke wharf untuk menaiki ferri semula.




Decorative wall


Zipwire

Seterusnya, kita ke Petite France sebab salah seorang dalam group kita ni peminat Kim Soo-Hyun dan cerita My Love from The Star. Makanya kita ke sini lagi sebab Petite France merupakan salah satu filming location untuk drama tu dan juga Secret Garden (my favourite!).

Untuk baca lebih lanjut tentang Nami dan Petite France, sila klik sini .







Masa kita sampai di sini, ada pula mini parade sedang berlangsung sempena Spring Festival yang menandakan permulaan musim bunga. Patut le ramai orang kat sini, macam kat Nami Island juga....








Ayam ke burung? Ntahlah..

















Seterusnya, kita naik semula Gapyeong City Tour Bus untuk ke Cheongpyeong station. Next in the itinerary was to visit Lotte World.

Sampai di Lotte World, terus tuju ke area Magic Island sebab last time tak sempat masuk sini because it was too cold! So this time around, tak nak ter miss lagi...






Tidak seperti games yang ada indoor, games yang ada kat Magic Island ni agak menakutkan dan lebih sesuai untuk orang dewasa. Budak-budak ni beria-ia nak naik Gyro Swing so kenalah menunggu diorang beratur sejam lebih... Hari dah nak start gelap makanya suhu pun dah mula dropping... sejuk!








Sambung pula indoor...





Untuk info lanjut tentang Lotte World, sila klik sini .





Fyi, Hard Rock cafe Seoul terletak di 5th floor of Lotte World Mall di bangunan bersebelahan Lotte World.

Sempat juga meninjau pokok cherry blossom di kawasan Lake Seokchon, tapi malangnya belum berbunga lagi. Kalau ikut forecast, 2 minggu dari tarikh ni iaitu awal bulan April baru bunga-bunga kat sini akan full bloom. Huhuhu apa nak buat, time tu bukan cuti sekolah....





Untuk dinner, we chose to eat at Potala again since semalamnya tak semua yang ikut makan kat situ. Nak pekena Fried Chicken dia lagi, yummy!




No comments:

Post a Comment