Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Friday, 4 November 2016

Hong Kong 4 Hari 3 Malam November 2016 - Day 1

Assalam semua!

Lama dah rasanya tak update my blog, dah bersawang nampaknya. Kali ni I nak share tentang our family trip to Hong Kong last November 2016. Fyi, selepas trip Hong Kong ni, dah ada tiga lagi completed trips yang belum sempat nak share i.e. Osaka / Kyoto (Japan) in February 2017, Gold Coast (Australia) in March 2017 and Umrah & Ziarah to Makkah & Madinah in May 2017. 

Btw, big thank you to all yang followed my blog. Got many positive feedbacks esp. entry tentang "16 Tempat Yang Wajib Dilawati di Seoul, Korea Selatan". Aww,  thanks guys!

Semenjak kebelakangan ni hakak tak sempat nak update blog, the very the busy dengan office works gitteww.  Jangan kata nak update blog, nak gi toilet pun kadang-kadang tak sempat, huhuhu! Masa trip ke Hong Kong ni pun, keadaan fizikal macam tak berapa fit untuk travel. Mainly because dah berminggu-minggu running against time untuk selesaikan office workloads. Ini bagi mengelakkan officemate yang relief tu rasa terbeban dan takut nanti dia pulak yang terpaksa berhempas pulas buat kerja kita. 

Tapi busy2 pon sempat la pulokk arranged trips lagi kan? Owhh yang itu senang jer, sambil2 buat kerja dalam kepala still boleh plan macam2. Kadang2 tu siap boleh fikir dua tiga benda sekaligus... Tu pasal la bila dalam mode ligat berfikir tu, kalau ada sesiapa yang tegur memang confirm le blur sekejap.. Hahaha! ... :p 

Ok panjang pulak intro, jom fokus pada trip Hong Kong kita ni tadi....


3rd November 2016

Seperti biasa kalau dapat morning flights, kita akan bertolak dari Senai International Airport JB malam sebelumnya . Then kita checked-in dulu di Tune Hotel untuk berehat few hours until it's time to check-in flight which was 3 hours prior to departure.

4th November 2016

Jangka masa penerbangan dari KLIA 2 ke Hong Kong adalah lebih kurang 4 jam. Fyi, rakyat Malaysia tidak perlu memohon visa untuk memasuki Hong Kong. Tentang restricted items untuk dibawa masuk ke Hong Kong, nampaknya tak ada issue sangat tentang tu. Asalkan tak bawak raw foods atau firearms whatsoever, kira ok lah tu. Tak macam Australia yang terkenal dengan strict regulations on restricted items upon entering their country. Siap keluarkan anjing bagai..

Sampai di Hong Kong International Airport pada waktu tengahari, cuaca tak jauh berbeza dari Malaysia sebab masa ni belum memasuki musim sejuk. Musim luruh di Hong Kong, yang bermula dari pertengahan September hingga awal Disember mengalami cuaca panas dan kelembapan rendah, dengan suhu berkisar antara 23 ° C - 28 ° C. 

Kemudian kitorang terus menuju ke airport bus stop untuk naik bas A21 menuju ke apartment di Nathan Road. Kalau diikutkan I preferred naik Airport Express sebenarnya, tapi memandangkan lebih senang nak cari apartment dengan menaiki bas, makanya kita gunakan this mode of transport.  




Nak ke bus stop ni kena keluar dulu dari airport dan menuju ke arah kanan...






Honestly I wasn't prepared for what comes next. Nak naik Airport Bus #A21 ni rupanya kena beratur panjang wehh! Sebelum ni takde pula terbaca tips yang inform pasal hal ni. Rasa bersalah sangat pada travel buddy kali ni yang last minute decided untuk bawa her grandma along .... Adusss!.

Nasib baik tak perlu menunggu terlalu lama for the bus. Seems like everybody wanted to catch the same bus as ours! Ini mungkin disebabkan kebanyakan pelancong juga gemar menginap di hotel-hotel sekitar Nathan Road oleh kerana terdapat banyak kawasan tarikan pelancong terletak di sekitarnya.

Sedikit info ringkas tentang Hong Kong, ia merupakan salah satu daripada dua kawasan pentadbiran khas (SAR) Republik Rakyat China. Hong Kong merangkumi Pulau Hong Kong, Semenanjung Kowloon, Wilayah Baru  (New Territories) dan sekumpulan lebih 260 pulau-pulau terpencil. Nathan Road terletak di dalam Semenanjung Kowloon.

Tempat-tempat tarikan popular pelancong seperti Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui, Ladies Market di Mongkok dan Temple Street Night Market di Yau Ma Tei terletak kawasan berhampiran Nathan Road. Oleh kerana Masjid Kowloon juga berada di sekitar Nathan Road, banyak kedai-kedai makanan halal boleh ditemui berhampiran kawasan masjid terutamanya di dalam Chungking Mansion. Manakala Al Maidah Restaurant yang terletak sederet dengan masjid adalah tempat makan halal paling kitorang gemari di Nathan Road ni.








Menurut laporan institusi penyelidikan Amerika Demographia pada Januari 2015, Hong Kong yang terkenal dengan pasaran hartanah termasuk dalam senarai antara bandar yang termahal berbanding dengan bandar-bandar utama dunia.

Bila berada di Nathan Road, kelihatan banyak bangunan yang bercampur-aduk antara yang lama dan baru dibina. Namun bangunan yang kelihatan buruk tu pun nilainya berjuta-juta HKD agaknya.




Setelah check-in di apartment, oleh kerana masing-masing kepenatan we all decided untuk berehat sekejap dan juga solat jamak. Ikut plan asal, lepas solat terus je keluar nak cari makan dulu. Tapi masing-masing nampaknya macam malas nak gi makan, maka kita alas perut dengan Maggi je.

Lebih kurang pukul 5.00pm baru kitorang keluar menuju metro station berdekatan iaitu Jordan Station. Dari saat keluar dari apartment ni, maka bersambunglah semula episod-episod  yang menguji ketahanan mental dan fizikal kami sepanjang berada di Hong Kong...

Tujuan pertama adalah untuk terus ke Central station untuk join tour group yang menawarkan pakej eksklusif melawat The Peak dengan menaiki Peak Tram, tanpa perlu beratur panjang. Kalau tanpa pakej ni, biasanya perlu beratur sehingga sejam. Tour ni I booked online, dan waktu lawatan yang telah dipilih adalah jam 5.30pm denga harapan sempatlah kami menikmati pemandangan dari The Peak masa waktu siang dan juga malam....

Dan pukul 5.00pm baru keluar dari apartment? Nak jalan kaki ke metro station je dah dekat 10 minit, travel time I checked dalam 6 minutes, tu pun kalau train dah sampai lah. Erkk...

I dah mula berdebar-debar ni. Why? Kat voucher tu ada tertulis ni :" Since Central Station is one of the biggest interchange stations in Hong Kong, it may take a some time to walk to the correct exit. Meet up with your guide 15 minutes prior to scheduled departure time".

Sama je macam travel sebelum-sebelum ni, kitorang memang suka cari pasal kan?!!! Ingat kan kan HK ni nak santai-santai je travel rupanye kali ni pun kena berlari jugak Cik Jah oiiii!  Hahaha!!!

Tapi nasib baik entah macam mana, senang pulak nak cari exit yang telah ditetapkan tu. Ngam-ngam sampai 5.30pm, tu pun masing-masing dah tercungap-cungap. Disuruh sampai 15 minit awal memang dah kelaut la. Nasib baik they all still accepted lagi kitorang, maybe sebab semua tour leaders tengah briefed all the participants. Ramai je nampaknya..






Habis je briefing, makanya beramai-ramai la start berjalan ikut tour leaders masing-masing. Terasa macam lawatan sambil belajar time sekolah dulu-dulu pulak dah, kikiki!. Nak buat caner, memang ada mentioned kt voucher tu jugak : "There will be a 10- 15 minutes walk from your meeting point to the Peak Tram Terminus during which time your escort will share some interesting facts".




Daripada 15 minit yang kita kena berjalan tu, 90% of it memerlukan kita mendaki bukit rupanya... Adoyaii, nak tercabut rasa lutut ni haaa!! And that was not even the worst part hokehh!




Sesampainya di Peak Tram Terminus tu, kitorang disuruh beratur pulak dan bila I perhatikan, line tu macam panjang semacam je? Tang mana yang kata fast track, boleh jump to the front of the line bagai?








It's beyond my control and my wildest imagination that it will going to be this bad... Sedangkan kita yang guna special pass ni pun kena tunggu dekat 2 jam, apahal pulak yang  beli normal ticket tu agaknya ekk? Mau kena beratur 4 jam kot hahaha!




Instead of half an hour, we end up queued for nearly 2 hours.. huhuhu! Sakit belakang makcik berdiri lama-lama ni woitt!!! Nasib baik la my friend's grandma tu was allowed to sit down a bit. Tu pun pastu dia masih kena sambung queue agak lama juga... kesian I tengok dia... Sorry nek!

Bila I asked around, slot time yang I ambik at 5.30pm memang yang busiest and longest queue of all.. And it was Friday that day... sendiri mau ingat la kan.... aduss! Wrong timing ropanya...





Sampai kat The Peak, jangan kata nak nampak matahari... embun pun dah mula nak turun kot...




Tapi the view was magnificent, I admit...







Ada juga Hard Rock kat sini, tapi cuma Rock Shop je. Satu lagi Hard Rock Cafe terletak di Lan Kwai Fong, kira-kira 400 meter dari Central station.




















Masa nak balik tu, dah tak sanggup lagi rasanya nak tunggu tram tu. Nak naik teksi diorang tekan harga tambang sampai beratus-ratus.  Last-last kitorang naik bas dan turun di Admiralty station.

Sambung pula naik metro dan turun di Tsim ShaTsui untuk cari makan di Al Maidah. Wow, Nasi Beriani dia memang superb! My favorite was Beryani Udang... yummy!







Belasah makan cukup-cukup sebab memang masa ni masing-masing dah lapar. Nasib baik masa kita datang ni takde orang, selang beberapa minit ramai orang mula memenuhi kedai ni. Sampai tak cukup kerusi meja! Alhamdulillah memang rezeki kitorang agaknya tersampai awal sikit...

Lepas makan kita naik metro semula untuk ke Jordan Station untuk return to our apartment.Walaupun boleh kalau nak berjalan kaki sebab jaraknya cuma satu stop je, tapi takde saper yang larat...

Balik ke apartment, semua tidur pengsan tak hingat dunia kikiki! Pheww what a day!

Btw, sebelum tidur tu I nampak Nenek dah start keluarkan macam-macam ubat dari beg dia....Erkk.. >.<

'Em sorry Nek!!! Mesti dia dah serik nak ikut lagi esok...huhuhu!...


*To be continued*


Saturday, 4 June 2016

Seoul 6H5M Musim Sejuk / Bunga 2016 - Everland and Dongdaemun

Assalam...


22nd March 2016


Hari ke-5 kami di Seoul.

Untuk hari ni, I dah planned untuk ke Everland. Tapi memandangkan group kita ramai, maka tak bolehlah nak naik bas 5002 dari Gangnam. Kenapa pula? Ini kerana, terdapat undang-undang baru di mana Korean authority tidak membenarkan penumpang untuk berdiri jika bas ni melalui highway / expressway. Bermakna, berkemungkinan kita perlu menunggu lebih lama sehingga bas ni kosong supaya semua orang dalam group kita ni dapat tempat duduk. Susah kan? Macam tu berapa lama pulak kitorang nak kena tunggu ek?

Untuk info mengenai bas 5002, Gangnam dan Everland, sila klik sini.

Therefore, I've decided that we should take the shuttle bus package inclusive of Everland entrance ticket instead. Siap-siap booked online sebab takut dah tak available. Ini kerana time kita nak ke Everland ni masa bermulanya 'Tulip Festival'. Tiket untuk weekend memang dah takde la, semua fully booked. So bila dah ambil package ni, senang tak payah nak berebut-rebut macam dulu. Our pickup location was in Hongdae, scheduled to depart at 9.30am and we must be there 5 minutes prior to departure time.

However, pagi yang tenang bertukar jadi kelam kabut sikit kerana ada antara travel buddies yang terlewat. Mungkin kepenatan sebab banyak berjalan semalam. Bayangkan, masa perjalanan untuk ke Hongdae dari apartment memerlukan sekurang-kurangnya 40 minit tapi 8.45am masih belum gerak lagi. Alamak! I dah start panik. Gila kalau terlambat, nanti tertinggal shuttle bus pula dan worst, duit tiket masuk ke Everland pun burn macam tu aje! Total RM2000+ tu! It was clearly written that  "The bus will not wait for you. If you are late to board the bus, it is considered as a cancellation and NO REFUND is given". OMG!

Menaiki subway dari Gyeogbokgung perlu transfer pula ke line 2 untuk ke Hongdae. Ya Allah, berdebar-debar betul masa tu! Masa dalam train tu I dah briefed En Husband, I akan pergi ke travel agency tu dulu dan dia uruskan group kita. Turun je di Hongik station, I dengan segeranya berlari selaju yang mungkin menaiki tangga yang tinggi, cari exit dan naik tangga some more. Lepas tu berlari lagi ke travel agency tu pula. Macam nak tercabut jantung ni rasanya! Oh my! I'm too old for this! Tapi bila difikirkan balik,every trip family kitorang memang selalu ada benda-benda camni - sprint ada, cross country ada, walkathon, marathon semua cukup....hahaha!

At last, I sampai di travel agency tu pukul 9.29am... pheww. That was close..
Dan yang lain arrived 5 minutes later...sesat rupanya... adoyaii!


63 Building

Hangang


Alhamdulillah, semua selamat naik shuttle bus ni. Siap dapat air dan yogurt free lagi. Bas ni melalui Sungai Han (Hangang) so dapatlah tengok 63 Building dari jauh. Supposed pagi ni kita ke Yeouido Park dulu sebelum ke Hongdae. Tapi memandangkan cherry blossoms belum ada lagi, so I think better tak payah ke sana.

Arrived in Everland at 10.0am+, just nice...





Nasib baik Everland tak berapa crowded time ni...




Sesuai dengan tema 'Tulip Festival', makanya Everland dihiasi dengan tulips yang cantik-cantik dan berbau wangi. At first, I thought diorang cuma letak bunga plastik je ke haper sebab banyak sangat bunganya. But they were real tulips...







Maka I dengan tak berlengah-lengah lagi terus keluarkan kamera dan snap gambar tulips ni. Sampai boring anak-anak I tunggu... diorang dah tak sabar-sabar nak naik rides kat situ...












Not for the faint-hearted



Sky Way



Untuk sesiapa yang nak cari surau di Everland ni, ia terletak di bersebelahan Mystery Mansion.. Turun dari Sky Way, jalan ke arah kiri...

















Alolo comeynyer tersidai cenggitu haa...





T-Express anybody?




Seperti biasa, petang tu ada Parade dengan kereta berhias yang colorful...







Okey yang ni bukan real tulips but LED tulips. Macam yang ada di Dongdaemun Design Plaza (DDP). Sayang tak dapat tengok diorang nyalakan during night time, mesti cantik...









Kalau diikutkan, memang tak sempat nak explore keseluruhan Everland ni melainkan kalau kita kat sini sampai malam. Tapi nak buat macam mana, bila guna travel agent camni lah. Pukul 4.30pm dia dah suruh keluar.

Time ni I dah start rasa sejuk memandangkan hari dah lewat petang..

Seperti yang dah dipersetujui masa booked this package, it includes a 30 minute stop at a duty free shop near Insadong. Melangok je le, mahal-mahal harga barang yag dijual kat situ.

Masa kat sinilah, everybody decided untuk return makan di Yang Good Halal BBQ Restaurant di Yeoksam. Wah, dah kemaruk makan daging kat Korea ni ye...hehehe? Sampai di Yang Good terasa macam kat Malaysia pula. Mana taknya, 80 peratus pelanggan malam tu adalah orang Melayu Malaysia... daebak!

Selesai makan, kitorang menuju ke Dongdaemun untuk last shoping sebelum balik esoknya. Terpegun betul melihat rekabentuk Dongdaemun Design Plaza (DDP) yang macam UFO tu. Masa ni tak tahu yang LED Rose Garden extended until 30th May 2016, so tak le pergi explore further. Haishh rugi,rugi...








Di Dongdaemun, banyak kedai yang dibuka hingga jam 5.00am keesokannya. So kepada kaki shopping, boleh lah datang sini ya. Macam-macam ada..

Terdapat juga kedai ikan bakar yang popular di Dongdaemun ni setanding dengan Gosame di Sinchon. Tetapi setelah membuat sedikit rujukan dari blog-blog bukan Muslim, saya dapati kedai-kedai ikan bakar ni ada juga menjual hidangan-hidangan yang tidak halal seperti stir fried pork. So that's why kita tak masukkan dalam itinerary.





Masa ni rasa sejuk yang teramat, my son pun dah menggigil-gigil kesejukan. terpaksa belikan dia baju sejuk. Kemudian tengok dia jalan dah berdencut-dencut pula, kasut Timberland yang dia pakai tu nampak dah tak selesa. Belikan pula dia kasut kulit KRW60,000 sepasang, boleh tahan mahal juga harganya. Tapi terpaksa juga beli sebab tak banyak option. I pun paksa En Husband beli satu sweater untuknya, sebab I nak pinjam sebab tak tahan dah sejuk gila!









Selesai shopping, dah tak sedar time tu dah pukul 12.00am +. Nasib baik belum last train lagi... Ni lambat gara-gara nak cari sweater tu lah. Rasa bersalah pulak especially kat budak-budak kecik tu semua, dah malam-malam ni kena heret bershopping pulak...

Sampai di apartment terus packing barang sebab esok pagi dah nak balik. Pukul 2.00am+ baru tidur.

Esok pagi, naik Airport bus 6011 untuk ke airport. Option lain, boleh naik AREX Express juga tapi leceh sikit naik turun subway. Untuk info tentang AREX, sila klik sini .




So, itu saja cerita tentang trip I ke Korea kali ni. In summary, kali ni we've visited / rides:-

1)   Gyeongbokgung Palace
2)   Insadong
3)   Itaewon
4)   Lotte World and Hard Rock Cafe
5)   Bukchon Hanok Village
6)   Samcheong-dong
7)   Gangnam
8)   Everland Theme Park + shuttle bus
9)   One day ski package at Yongpyong Ski Resort
10) Seoul World Cup Stadium
11) Nami Island
12) Petite France
13) Myeongdong
14) ITX
15) Namdaemun
16) Dongdaemun and Dongdaemun Design Plaza (DDP)
17) SM Town @ COEX Mall
18) YG Building
19) Seoul Grand Mosque
20) National Folk Museum of Korea


Makan di :-
1) Murree Korea Muslim Food, Itaewon
2) 2x Yang Good BBQ Restaurant, Gangnam
3) Potala Restaurant, Myeongdong
4) Asian Cuisine (Dongmun), Nami Island
5) Ankara Picnic, Itaewon
6) Paris Baguette


So berapa kos trip 6H5M kita ke Seoul, Korea Selatan kali ni? Anggaran perbelanjaan untuk seorang lah ye:


Flight ticket                                  : RM570
Apartment (twin sharing room)    : RM500
Transports and Entrance tickets  : KRW 185,000 @ RM630
Meals                                           :  Between KRW70,000 -  KRW 100,000 @ RM250 - RM350
One Day Ski (optional)                :  KRW 100,000 - KRW125,000 @ RM360 - RM440

Anggaran kos seorang (basic) untuk 6H5M : RM2,300 - RM2,500


Tak lah mahal sangat untuk ke Korea ni sebenarnya lah kan? Boleh kurang lagi tu kalau tak ambil ski package dan masak sendiri. Dan pilih antara Lotte World atau Everland (I prefer Everland). Cuma kena rajin check promo Air Asia untuk flight tiket murah. Well, dah boleh start planning ke Korea lah yek!


Until next trip, Anyeong!



xoxo
CQ