Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Saturday, 8 August 2015

Melancong Ke Eropah : London - Emirates Stadium, Hard Rock Cafe, Harrods & Hyde Park

31st May 2015

Hari ni pukul 2.00am kita dah terjaga. Time spring ni 2.00am+ dah subuh, syuruk pukul 4.00+ cuaca dah start terang. Tak boleh tidur semula mungkin belum serasi dengan local time. Pekena espresso dulu kat hotel room sambil menikmati suasana pagi yang sejuk sebab hujan renyai...




Untuk aktiviti hari ni, kita mulakan dulu dengan breakfast di The Canteen, Malaysia Hall London. Jalan kaki je dalam 10 minit dah sampai. Ini salah satu sebab kita pilih Corus Hyde Park Hotel ni sebab dekat dengan banyak restoran Malaysia dan tempat makan halal yang lain. Untuk info tentang tempat makanan halal di London dan beberapa negara Eropah yang lain, nanti kita post kat lain entry ye.

Lepas makan, ikut plan asal kita sepatutnya pergi join tour di Kengsington Palace. Tapi nampaknya En Husband ada plan lain. Nak ke Emirates Stadium lagi katanya, ada jersey terlupa beli semalamnya. So, tukar plan kita ke Emirates Stadium.

Sesampai je di stadium, agak ramai manusia berkumpul kat sini tak seperti hari sebelumnya. Apa kes ni?





Rupa-rupanya ada street celebration sempena Arsenal menang FA Cup 2015 the day before. Apalagi, En Husband was over the moon I tell you!

Balik dari stadium ni, kita menuju pula ke Hard Rock Cafe London. Tempat wajib singgah kalau travel!

Nak ke Hard Rock Cafe ni, dari Arsenal direct ke Hyde Park Corner station. Lepas tu kena jalan kaki dalam 5 minit.





Selesai, kita ke Harrods pula sebab dah dekat - one station away je Knightsbridge. Nak beli macaroons Laduree lagi kikiki! Tapi kali ni kita keluar exit kemana-mana aje.. makanya kena la jalan jauh sikit untuk ke Harrods...



Dari Harrods, kita balik ke Lancaster Gate station. Sempat lah menyinggah di Hyde Park jap untuk ambik gambar. Lepas ni dah nak join tour so takde peluang lagi nak ke sini...







Masa ni hari pun dah nak hujan. So kita lunch di Tukdin je. Malas nak cari tempat lain. Lagipun nak pekena Kue Tiaw Goreng dia lagi sekali. Sedappp!

Lepas makan kita lepak jap sementara nak tunggu tour guide tu pick us up kat hotel.


Ok lah itu saja buat masa ni. Cerita London kita sambung next entry ya...


No comments:

Post a Comment