Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Sunday, 2 August 2015

Melancong Ke Eropah : London - Portobello Market, Arsenal Stadium, Harrods, Bayswater

Hello again!

Bersambung dari entry yang lepas... 


30th May 2015


Ok, it was Saturday, so kali  kita ke Portobello Road Weekend Market pula. It is one of the famous street markets in the world. Makanya kalau datang London, tak sah kalau tak pergi ke Portobello Road ni ya! Terutamanya bagi peminat peminat film Notting Hills lakonan Hugh Grant dan Julia Roberts. Wajib pergi walaupun I tak sure whether the house with a blue door and the travel bookshop macam dalam movie tu actually exist ke tak...

Pukul 8.30 pagi kita dah gerak dari hotel sebab untuk ke market ni mesti pagi-pagi. Kalau kita pergi lewat, nanti terlalu ramai orang - packed dengan locals dan tourists alike. Untuk ke sana kita naik tube di Lancaster Gate station dan turun di Noting Hills Station. Dekat je hanya 2 stops. Bila keluar dari station tu, agak blur sikit nak cari arah ke Portobello Road ni. Instead of turning right, we went straight and turn right at the next junction. Melilau lah sekejap tapi tak jauh lah sesat kat jalan sebelah je. 

Jarak dari tube station ke penghujung Portobello Market ni adalah kira-kira 3km. Jenuh juga kalau nak berjalan dari hujung ke hujung...


Market opening times

09:00 – 18:00 Monday To Wednesday
09:00 – 13:00 Thursday
09:00 – 19:00 Friday and Saturday.


So, apa yang ada kat market ni?




Mostly, you can find souvenirs, vintage items and antiques kat sini.







Kalau nak beli souvenirs kat sini, I would recommend this Cool Portobello shop. Harga murah sikit dari kedai lain plus boleh negotiate further.




Dah penat shopping for souvenirs, kita breakfast kat kedai Makan ni. Malay street-food such as nasi lemak is served in this lively, no-frills cafe. Baru 3 hari traveled and kita dah missed our Malaysian food!




Kedai Makan ni terletak di bawah flyover di tengah-tengah Portobello Market. Selesai makan kita pun berjalan ke Ladbroke Grove station yang terletak kira-kira 300 meter dari kedai makan ni. Naik Hammersmith & City Line train dan turun di King's Cross St Pancras station. Next kita transfer ke Piccadilly Line pula untuk ke Arsenal station.

Masa kita ni pergi adalah hari final FA Cup between Arsenal and Aston Villa yang berlangsung di Wembley Stadium. Mula-mula sebelum datang ke London ada terfikir juga nak pergi tengok live sebab En Husband is an Arsenal fan. Tapi bila cari di internet, tickets dah habis yang ada cuma yang berharga 500+ pounds. Kalau beli 5 tickets then convert to RM dah berapa? So lupakan saja ya sayang..kita pergi Emirates Stadium je lah... :)




















Selesai berpusing-pusing di sekitar Emirates Stadium ni, kita pun returned to tube station. Next, nak ke Harrods dan makanya naik tube Piccadilly Line ni semula untuk ke ke Knightsbridge station.



Keadaan interior Harrods ni agak mewah dan bila bawa anak-anak kecil ke sini, terasa seram jugak. Takut diorang terlanggar barang-barang kat situ yang rata-ratanya berkaca dan mahal-mahal gitu. Cari gifts section sebab nak beli souvenirs tapi malangnya tak jumpa. Sesat dalam Harrods ni! Nasib baik ada juga sikit souvenirs kat Supermarket section, jadilah...



Haaa, yang nak dicari di Harrods ni adalah Laduree's macaroons yang terkenal ni. Supposed cari benda ni di Paris, tapi memandangkan tak sempat, kita cari di London je lah...




Memang terbukti sedap macaroons ni and our favorites adalah Vanilla, Chocolates, Salted Caramel, Raspberry dan Toffee... Harga? 21+ pounds = lebih kurang RM130 untuk 12 pieces.. dalam RM10 untuk sekeping macaroons yang comel itu! Aduss!









Lepas ni, kita naik tube ke Bayswater pula. Nak cari makan dah laparr...









Banyak juga kedai makanan halal kat Bayswater ni... Untuk entry tentang tempat makanan halal yang our family singgah di London ni dan sekitar Eropah, sila click sini.





Untuk cari souvenir pula, recommended cari di Bayswater ni. Jauh lebih murah dari tempat lain!




Selesai makan dan shopping, kita jalan kaki balik ke hotel. Dekat jer...


Ok until next post lah ya. Bye!

No comments:

Post a Comment